Monday, December 17, 2007

.:. Kem Motivasi Jati Diri Remaja Muslim .:.

Taujihad & Perasmian Program oleh Ustz Nasaruddin Tantawi

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: artinya:

" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh karena itu tidakkah kamu berfikir."

Ahad,16/12/07-Dalam usaha untuk menarik dan menyematkan remaja pada hari ini dari permasalahan & keruntuhan sahsiah yang semakin menjadi-jadi,adalah menjadi tanggungjawab semua untuk mengembling tenaga,idea,& masa kearah ini,bagi membolehkan remaja islam hari ini mempunyai akhlak,motivasi & jati diri muslim yang sebenar.

Alhamdulillah,Dengan berkat kerjasama dari semua,Program Motivasi Jati Diri Remaja Muslim,Anjuran MTD Dun Chukai dapat dilaksanakan dengan jayanya.Program Motivasi yang diadakan selama 3h2m di Lagoona Resort ini,adalah berobjektif untuk memotivasikan remaja dengan jati diri remaja Muslim yg sebenar menjadikan islam sebagai ''the way of life'',Program yang dianjurkan ini berjaya menarik & mengumpulkan seramai 200 peserta remaja muslim/muslimat sekitar daerah Chukai,kemaman.

Sekitar 3h2m Program Motivasi Jati Diri Remaja Muslim


Wajah2 Keseronakan berprogram dan lps melalui rintagan mujahid & mujahidah




Wednesday, December 12, 2007

:. Konvo & Keluarga.:.

Alhamdulillah......semuanya dalam aturan & perancangan Allah swt



nok gi ko dok...........bukan yer aper sangat sekadar naik pentas & turun pentas terima penganugerah. itu antara benda yang sy fikir setelah menerima surat jemputan untuk menghadiri majlis konvo sebelum ini.





Tp atas dasar seorang anak yg nak menghiburkan hati mak dan ayah serta adik2 yg lain ,kerana sudah lama dan kurang kebersamaan kami,sy terima untuk menghadiri majlis ini ,1 /12 /07,''Satu Detik sejarah Dalam Diri ''.Alhamdulillah semua nya berjalan & dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

Tuesday, December 11, 2007

'' Kitaran Kekutan & Kelemahan''

Bismillahirrahmanir rahim..



Alhamdulillah & syukur kerana masih lagi diberikan kekuatan oleh Allah swt ,untuk sy ruangkan sedikit masa,untuk menjenguk & dan membuat sedikit catitan,insyallah untuk diepilogkan dalam siri ada kali ini,Dengan sudah agak lama tidak mengaktifkan ruang blog ini,disebabkan kerana sejak akhir2 ini,keperluan komitment kerja & jugak mungkin ''kitaran Kekutan & kelemahan'' yg ada.

Walaubagaimanapun,terima kasih pada semua,atas lawatan anda.



.............................................................................................................................................................................



Kedatangan & Ibadat Bulan Zulhijjah





Kita sekarang berada di musim haji,bulan yang Allah telah muliakan dengan hari Arafah, hari Aidiladha dan hari-hari tasyrik. Bulan yang Allah telah mensyariatkan ibadah korban.

Sesungguhnya bulan Zulhijjah ini adalah bulan yang mulia, antara bulan-bulan haram dan bulan yang disediakan bagi kita yang ingin mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Maka rebutlah peluang ini. Jika kita kurang beribadah pada bulan Ramadhan yang lalu, jika kita terlepas berpuasa enam hari di bulan Syawal yang lalu, maka inilah kesempatan kita. Sekarang ini terbentang di hadapan kita peluang untuk menambahkan amalan kita, mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Antara masa-masa yang afdhal untuk beribadat dalam bulan ini adalah sepuluh hari keenam dalam bulan Zulhijjah. Maka rebutlah peluang ini. Perbanyakkanlah berzikir dan membaca Al-Quran. Perbanyakkanlah solat sunat dan berpuasa. Perbanyakkanlah ibadah kerana Allah s.w.t menjanjikan ganjaran yang banyak bagi mereka yang beribadat pada hari-hari ini. Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Fajr:

Ertinya: Demi sepuluh malam.

Mengikut sebahagian ulama, sepuluh malam pertama bulan Zulhijjah.

Sekiranya kita tidak mempunyai dorongan untuk berzikir dan membaca Al-Quran bersendirian, maka hendaklah kita berzikir atau membaca Al-Quran beramai-ramai. Dan sebaik-baik zikir dan ibadah adalah membaca Al-Quran. Rasulullah s.a.w bersabda:
Sebaik-baik ibadah umatku adalah membaca Al-Quran.

Akan tetapi bagi mereka yang lebih suka dan mempunyai dorongan untuk berzikir dan membaca Al-Quran seorang diri, maka itu adalah lebih baik kerana ia akan dapat menjauhkan diri dari perasaan riya’. Allah s.w.t berfirman didalam surah Al-Araf, ayat 205:

''Dan ingatlah TuhanMu dalam keadaan kamu seorang diri dengan penuh rendah hati dan perasaan takut terhadapNya, tanpa mengeraskan suara (kerana hendak menunjuk-nunjuk). (Ingatlah Allah) pada awal siang dan akhirnya. Dan janganlah kamu jadi dari orang-orang yang lalai (dari mengingati Allah).




Beberapa hari lagi kita akan menemui hari Arafah, hari dimana para jemaah haji berkumpul di padang Arafah. Mereka berkumpul disitu mengharapkan pengampunan dan rahmat dari Allah s.w.t. Hari dimana Allah s.w.t mempersaksikan mereka dihadapan para malaikatNya dan berkata: “Sesungguhnya Aku (Allah) telah mengampunkan dosa-dosa mereka.”

Begitulah besarnya ganjaran yang menunggu mereka yang mengerjakan haji dan berkumpul di bumi Arafah dengan penuh tawadhu’. Allah s.w.t amat Pemurah. Dia melimpahkan kurniaNya yang tidak terkira kepada hamba-hambanya . Bagi kita yang tidak berkesempatan untuk mengerjakan haji, maka Allah s.w.t telah menjanjikan pengampunanNya kepada kita pada hari Arafah. Tidakkah kita mahu rebut peluang ini? Tidakkah kita ingin Allah mengampuni dosa-dosa kita? Maka ambillah kesempatan pada hari Arafah ini. Bagaimana caranya? Caranya mudah. Berpuasalah pada hari Arafah. Berpuasalah pada hari tersebut dengan penuh rasa rendah diri kepada Allah s.w.t, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita. Rasulullah s.a.w ketika ditanya tentang puasa hari Arafah, beliau bersabda: Puasa tersebut menebus dosa tahun yang lepas dan tahun yang baki.

Mungkin ada yang tertanya-tanya bila sebenarnya hari Arafah jika kita berselisih dengan hari wukuf di bumi Arafah. Sebenarnya para ulama telah bersepakat bahawa hari Arafah adalah hari kesembilan dari bulan Zulhijjah. Sekiranya kita berada di tanah suci Mekkah, maka hari kesembilan adalah hari wukuf. Sekiranya kita berada di negara-negara yang jauh dari tanah suci Mekkah seperti di negara kita ini, maka hari Arafah adalah hari kesembilan bulan Zulhijjah walaupun ia tidak bertepatan dengan hari dimana para jemaah haji berwukuf di Arafah. Ini dikuatkan lagi olah hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam As-Syafii:


Ertinya: Dan hari Arafah adalah hari yang mereka jadikannya sebagai hari Arafah.



Setelah hari Arafah, kita akan didatangi pula dengan hari Aidiladha. Ia adalah hari kebesaran Islam, hari makan dan minum dan mengingati Allah. Maka umat Islam dilarang berpuasa pada hari Aidiladha dan tiga hari selepasnya, iaitu hari-hari tasyrik. Dan disunatkan bagi umat Islam untuk bertakbir, bertahmid dan bertasbih bermula dari solat Subuh hari Arafah sehingga solat Asar hari ke tiga belas Zulhijjah. Ia dilakukan selepas setiap solat samada wajib atau sunat. Dan kita dianjurkan agar memperbanyakkan ibadah pada malam Aidiladha berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa yang menghidupkan dua malam Aidilfitri dan Aidiladha (dengan ibadah) maka hatinya tidak akan mati pada hari dimana hati-hati manusia akan mati (iaitu leka dan mengingati Allah).”

Semoga Allah s.w.t memberi kita kekuatan dan dorongan untuk mengandakan ibadah kita pada hari-hari mendatang ini dan menerima segala amalan kita, amin ya rabbal ‘alamin.