Adakah ini Ramadhan terakhir bagiku..?
Andai benar ya Allah, daku memohon agar ikatan percintaanku denganMu dapat disulami dan diperhebatkan lagi di malam Al Qadr yang dijanjikan lebih baik daripada seribu bulan..
Moga bibit-bibit cinta ini disirami dengan ketaatan, tunduk, rukuk dan sujud serta doa dan dzikr yang menzahirkan cintaku kepadaMu dan kekasihMu Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam..
Tatkala ribuan manusia ghairah mengejar nikmat dunia sambil meninggalkan ibadah sempena menyambut berakhirnya Ramadhan, daku memohon dariMu ya Allah agar jiwa dan hati ini pasrah dalam ibadah, khusyuk dalam mengharap keampunanMu, tenang sepanjang minda dan hatiku bersaksikan keEsaanMu dalam rukuk dan sujudku ini dan berazam agar ia menjadi pegangan yang berkekalan hingga ke akhir hayatku..
Ya Allah, pertemukanlah bagiku Malam Al Qadr milikMu ya Allah, di mana aku beribadah dengan tenang dan khusyuk di dalamnya.. Jauhkanlah daku dari sebarang tujuan dan usul yang menjadi gangguan untuk beribadah pada malam itu..
Kurniakanlah bagiku kemenangan di dunia dan akhirat ya Allah..
OPERASI MEMBURU MALAM AL QADR : MALAM AL QADR, QHAZANAH YANG LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN
Baiklah, apakah yang perlu diketahui dalam operasi ini yang cuma setahun sekali sahaja..?
Apakah kaedah dan senjata yang diperlukan untuk memburu malam Al Qadar..?
Untuk menyelami jawapan kepada soalan-soalan ini, ada berapa perkara yang perlu menjadi bekalan ilmu kita terlebih dahulu..
Apa Itu Malam Al Qadr..? Saya keliru dengan Nuzul Quran. Boleh dijelaskan..?
Ramai juga yang tersalah tafsir bab ini. Malam Al Qadr adalah malam yang diturunkan al Quran sepertimana yang dijelaskan dalam surah yang ke 97 dalam Al Quran yang dikenali sebagai surah ‘Al Qadr’ atau ‘Kemuliaan’.
‘Al Lail’ atau ‘Lail’ bermaksud ‘Malam’ dan ‘Al Qadr’ bermaksud ‘Kemuliaan’. Jadi untuk penggunaan bahasa yang betul adalah malam Al Qadr, bagi menepati sebutan Lailatul Qadr. Jika disebut malam Lailatul Qadr maka ia akan bermaksud ‘malam malam kemuliaan’. Ia boleh digunakan akan tetapi merujuk kepada Al Quran yang mengkhususkan ia kepada satu malam sahaja dalam satu bulan, maka untuk menjamakkan (campur) bahasa melayu dan arab ia perlu lebih bersesuaian dengan tujuan penggunaannya yakni malam Al Qadr.
Adapun bahasa Melayu yang kini memudahkan sebutan-sebutan bagi suku kata bahasa Arab maka ia menjadi Lailatul Qadar. Sepertimana bila disebut nama Khalifah Abu Bakar yang asal sebutannya adalah ‘Abu Bakr’ ( tanpa membunyikan vokal A dari Bakar kepada ‘Bakr’ ). Sila rujuk dengan Al Ustaz dan Ustazah bahasa Arab anda.
Antara keterangan tentang malam Al Qadr ini dinyatakan juga didalam beberapa surah di dalam Al Quran. Surah khusus yang memperincikan malam Al Qadr adalah surah Al Qadr sendiri yang berkedudukan surah ke 97 dalam susunan surah di dalam Al Quran.
Bismillahirrahmanirrahim.
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan. [1]
Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? [2]
Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. [3]
Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. [4]
Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. [5]
Bagaimana pula dengan Nuzul Quran..?
Dari segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bermaksud menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Secara mudahnya atas sejarah peristiwa Nuzul Quran maksudnya adalah perpindahan dari atas yakni Syurga ke bawah yakni bumi.
Jumhur ulama’ berpendapat bahawa 17 Ramadhan, pada 41 tahun dari tahun kelahiran Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang juga dikenali sebagai hari Nuzul Quran adalah permulaan bermula turunnya Al Quran buat kali pertama pada masa Rasulullah Sallallhu ‘Alaihi Wasallam bersendirian di Gua Hira’. Malaikat Jibril memeluk baginda sambil melafazkan ayat ‘Al ‘Alaq’ (Segumpal Darah) yakni ” Iqra’ “. Pun begitu ayat ini tidak diturunkan sepenuhnya pada masa tersebut.
Manakala dikatakan malam Al Qadr adalah malam yang menjadi PILIHAN ALLAH yangmana diturunkan juga Al Quran pada malam tersebut sebagai kemuliaan untuk kita hamba-hambaNya mencari dengan memperbanyakkan ibadah kepadaNya..
Bilakah Malam Al Qadr pada bulan Ramadhan..?
Melalui riwayat Al Hadith yang dapat memberi petunjuk kepada kita umat Islam akan ciri-ciri kejadian Malam Al Qadr;
Sabda Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam;
” Carilah ia (malam Al Qadr) di sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Selain dari itu, kemungkinan besar jatuhnya malam Al Qadr pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan dalil hadith Al Bukhari, bersandarkan sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:-
“Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir”
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Juga satu lagi riwayat dari Al Bukhari ;
“Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan malam Al Qadr, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25.”
(Hadis Riwayat Al Bukhari)
Owh Begitu.. Jadi Apakah Pegangan Terbaik Dalam Operasi Memburu Malam Al Qadr..?
Ya, mungkin jalan terbaik adalah untuk tidak bertelagah dalam mencari ketepatan bilakah harinya malam Al Qadr, akan tetapi mengambil amalan sunnah baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam menghidupkan Ramadhan untuk bertemu dengan malam Al Qadr DAN sehingga berpisah dengan bulan Ramadhan. Ini lebih baik dan lebih utama.
“Adalah Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam Al Qadr darinya (malam-malam ramadhan)”
( Riwayat al-Bukhari & Muslim)
“Adalah Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain”
( Riwayat Muslim )
Dan antara yang lebih khusus apabila menghampiri malam-malam terakhir bulan Ramadhan adalah seperti berikut;
” Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)”
( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Terdapat beberapa dalil yang lain mengenai malam Al Qadr namun, sebaiknya ini dijadikan hujah sebagai pegangan yang penting iaitu bersedia sepanjang kehadiran malam Al Qadr sehingga berlalunya Ramadhan. Bukan hanya beribadah pada malam tertentu sahaja kerana khuatir kita yang ilmu sebegini rendah dan kemampuan beribadah yang begitu lemah terlepas malam Al Qadr begitu sahaja..
Hmm.. Betul juga tu.. Bagaimana pula dengan amalan-amalan tertentu pada malam tersebut..?
Antara amalan terpenting bagi kita umat Islam akhir zaman ini adalah dengan memperbanyakkan ingat kepada Allah.. dan cara terbaik untuk mengingati kepada Allah adalah memperbanyakkan solat, membaca Al Quran dan berdzikr..
Mengutamakan dengan solat sunat Taubat, membaca Al Quran dan berdzikr memuji Allah Subhanahu wata’ala..
Perintah Allah Subhanahu Wata’la di dalam Al Quran;
“Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari.”
Surah Al Insan, Ayat 25 & 26
“Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.”
Surah Al A’raaf, Ayat 205
“Orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan semuanya ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.”
Surah Al Imran Ayat 191
“Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku..”
Surah Taha Ayat 14.
Bagaimana pula dengan Muslimah yang dalam keadaan uzur syarie..? Bolehkah kami beramal pada malam Al Qadr sedang kami berada dalam keadaan uzur syarie..?
Membaca Al Quran melalui hafazan tanpa memegangnya yakni apa sahaja ayat-ayat Al Quran yang diingati. Atau terjemahan Al Quran juga dibenarkan. Mendengar bacaan Al Quran juga mendapat pahala, samada dari bacaan suami, ahli keluarga dan alatan multimedia seperti kaset CD, DVD dan seumpamanya.. Juga berdzkir amat digalakkan dan dituntut..
Apakah Ada Doa-Doa Tertentu..?
Ya ada juga.. Pernah ditanya oleh ‘Aisyah Radiallahu Anhu kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam..
“Bilakah berlaku malam Al Qadr?” tanya ‘Aisyah kepada baginda. “Apakah kamu mahu lakukan bila kamu bertemu dengan malam Al Qadr?” Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bertanya kepadanya kembali. Aisyah menjawab “Saya tak tahu”. ‘Aisyah bertanya lagi “Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Al Qadr itu?”. Jawab Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam; “Malam itu malam yang amat baik untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya”. Bertanya Aisyah sekali lagi “Apakah doa yang paling baik untuk saya berdoa pada malam itu?” Jawab Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam “ Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Al Qadr berdoalah ;
“Allah Humma Innaka ‘Afuw Wun Kariimun Tuhibbul ‘Af Wa Fa’ Fu ‘Anni” ( “Ya Allah, Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia. Engkau sukakan kemaafan. Justeru, maafkanlah daku”. )
( Riwayat Abu Daud )
juga doa ini ;
“Allahumma Inni As Aluka Ridhaka Wal Jannah Wa A’uzubika Min Sakhathika Wannaar” ( ” Ya Allah, aku memohon daripada-Mu keredhaan-Mu dan syurga, dan aku memohon perlindungan daripada kemurkaan-Mu dan daripada azab api neraka”. )
( Riwayat At Timidzi, Ibn Majah )
Perbanyakkanlah memohon keampunan dari Allah Subhanahu Wata’ala kerana kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan kesalahan sebagai hambaNya. Juga berdoalah agar diampunkan juga kedua ibu dan ayah, suami, isteri, anak-anak. Juga pohonlah kepada Allah agar kita ditetapkan iman, disempurnakan agama kita serta berkekalan amalan yang soleh juga terpelihara daripada gangguan syaitan dan nafsu kita sendiri yang sering menyerang jiwa kita..
Mohonlah juga agar terpelihara daripada terlibat pemakanan yang syubhah dan haram, pintakan juga agar dikurniakan rezeki yang halalan thoyyiba (halal lagi baik) yang boleh membantu memelihara jiwa kita dari ruh yang tercemar dan tertolaknya ibadah..
Panjangkan rukuk dan sujud, dan berdoa pada setiap sujud BUKAN hanya pada sujud yang terakhir kerana Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berpesan;
Lain-Lain Persediaan..?
Sediakan tubuh badan agar segar, sihat, cergas dan cerdas agar ibadah yang dilakukan itu difahami dan diketahui perlakuannya.. Janganlah sampai melakukan ibadah sehingga dalam keadaan lalai atau dalam keadaan tak ingat dan tak tahu apa yang dilakukan..
Ana mengesyorkan agar amalkan Qhazanah yang kaya dengan 10 jenis makanan sunnah untuk bertenaga di siang hari dan juga kekal bertenaga pada malam hari untuk meneruskan ibadah pada waktu itu..
Hubungi 013-2038 102 013-2038 102 untuk mendapatkan Qhazanah..
Rugilah sekiranya malam yang lebih baik daripada seribu bulan atau purata 83 tahun ini tidak dihidupkan akan tetapi leka dengan sambutan hari raya sedang Ramadhan belum berlalu..
Semoga Allah pertemukan kita di malam Al Qadr yangmana kita dapat beribadah dengan tenang di dalamnya dan moga Allah bantu kita menjadi hambaNya yang bertaqwa..
InsyaAllah..
Untuk sebarkan info ini ke e-mail, friendster, facebook, tagged dan lain-lain sila salin bermula dari tanda ** hingga ** dan sebarkan kepada kenalan anda..
** Info menarik tentang malam Al Qadr, tandanya, amalan doanya dan sunnahnya jemput ziarah ;
http://qhazanah.wordpress.com/2009/09/09/aku-dalam-operasi-memburu-malam-al-qadr/ .
Sebarkan, mudah-mudahan usaha ini diberkati. InsyaAllah.. Syukran jazilan.**