Piala Malaysia Sah Milik The Red Warriors @ Rakyat Kelantan
Alhamdulillah,
Tahniah ..Tahniah...Tahniah!!.....buat seluruh rakyat kelantan.
KELANTAN akhirnya berjaya mencipta sejarah baru apabila muncul selaku juara Piala Malaysia buat julung kalinya sejak 89 tahun .Piala Malaysia selayak buat penyokong kelantan @rakyat kelantan yg begitu passionate @ setia dengan bola kelantan sejak dari dulu lagi,tetap setia dengan jatuh bangun prestasi kelantan,kita sedia maklum sebelum nie K.P.I kelantan dalam liga super dan piala Malaysia sentiasa berubah arah ,kejap masuk liga malaysia pastu tendang masuk liga super...kadang-kadang ke laut china selatan,barat daya dan kadang2 tidak berarah hala tujunya , Alhamdulillah, sejak 3 tahun kebelakangan nie,percaturan & prestasi kelantan semakin menjadi dengan rekod yang cemerlang dan diterjemahkan di atas padang malam tadi Siri Final Piala Malaysia di stadium Bukit Jalil ,Kelantan VS N sembilan .
.: Sang Kijang @ The Red Warriors & Hiburan Rakyat :.
Bola Sepak Vs Hiburan...
Bila sebut sahaja ayat hiburan ...mungkin sesetengah orang dah terbayang dah tempat2 seperti night club,pusat karoeke, boling d.l.l .TAPI bagi rakyat pantai Timur @kelantan dan Terengganu, Alhamdulillah,gambaran tersebut masih jauh lagi, di kelantan selain penumpuan di dataran ilmu jalan Dato' Pati dalam majlis kuliah Tok Guru pagi jumaat, sukan bola juga salah satu cara rakyat kelantan berhibur.Bola sepak adalah antara sukan yang paling utama dan paling dekat dengan mereka,sehinggakan saya boleh katakan sebagai metode hiburan seisi keluarga...di kampung-kampung ,bagi kanak2 seawal usia 4tahun pun dah mula bermain bola, bendang sawah padi di halaman rumah adalah sasaran tempat bermain @ padang bola mereka pada waktu petang hari, manakala bagi yang dewasa pula padangnya agak baik dan terpilih.
Situasi di kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke IV merupakan tempat tumpuan rakyat kelantan,Tempat menyaksikan detik-detik perlawanan bola sepak,tempat berkumpan anak-anak muda kelantan yang cintakan benda yang dipanggil B.O.L.A ...tidur bola makan pun bola katakan .Kalu di kelantan Seingat saya ,rakyat kelantan nie pantang ada pelawanan bola..pasti mereka datang segenap jajahan kelantan.
..Gomo Klate Gomo...