Sunday, January 23, 2011

Kejayaan Tunisia : Kejatuhan Berhala Besar - Syaikh al-Qaradhawi






Antara kata-kata keramat '' Rakyat sebagai hakim, maka rakyat berhak untuk menentukan siapa yang sepatutnya berkhidmat pada rakyat''. Jika kata-kata tersebut difahami dengan sebaiknya dan rakyat berani membuat perubahan,maka pasti dan pasti negara yang tertegak pemerintahannya melalui kuasa rakyat...akan mendapatkan pemimpin@ pemerintah yang berjiwa rakyat. Mungkin ianya tidak semudah ungkapan kata keramat yang digegarkan dan diperkatakan,kerna ianya memerlukan satu pengemblengan tenaga untuk mobilized kearah membuat transformasi minda rakyat '' bahawa rakyat adalah TUAN kepada Negara Mereka ''...Alhamdulillah hari ini saya membedah info sejarah '' Kerajaan Tunisia '' menurut corong2 maya , insyallah moga sama2 kita ambil ikhtibar dr sejarah ini .

Cabaran kearah Kefahaman tentang dakwah, siasah & Politik

Ideologinya : Asas seruan dan ajakan manusia ke arah mengenal TuhanNya adalah DAKWAH.Pengenalan seruan manusia kepada TuhanNya agar manusia hidup bertuhan,bukan bertuhankan dunia,material dan hidup tanpa tujuan semata-mata.
'' Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, Mengerjakan amal yang salih dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri .''
Bila manusia faham asas penciptaannya sebagai hamba adalah bagi tujuan untuk memakmurkan dunia dan adanya hari selepas kehidupan ini@ hari kebangkitan...pasti mereka menjadi HAMBA yang baik. Sebagai hamba kepada tuhan yang menciptakannya yang diamanahkan untuk memakmurkan dunia ini disana ada tuntutan yang perlu dilaksanakan kerna tugas hamba bukan hanya menjadi hamba yang baik sekadar melakukan ibadat,mentaati suruhan-Nya, mejauhi larangan-Nya, mensyukuri nikmat-Nya dan jangan kufur terhadap-Nya.Kewajiban mendirikan khalifah islamiah/ pemerintah islam agar segala hukum syariat islam dapat dilaksanakan secara alamiah.
Kesedaran Siasah@ politik bagi menegakkan pemerintah islamiah bukan suatu kerja yang mudah, apakan lagi mendirikan kannya, di sana pastu ada taghut2,mehnah dan trabulasi di jalanan yang sentiasa mengagalkan usaha tersebut dengan pelbagai cara :
1) '' hedonisme '' ...mereka meracuni rakyat dari mengenal tuhanNya, dengan mempopularkan
dan menaikkan budaya berhibur yang berlebihan serta menghidupkan '' syaitan-syaitan di
dalam kehidupan masyarakat dengan pelbagai program maksiat....
.....''Hedonisme'' ..''minda untuk bersenang2 & berhidup semata-mata tanpa tujuan hidup.
berlawanan dengan kehidupan muslim...mari menjadi HAMBA.
2 ) '' Human Right '' ...." rights and freedoms to which all humans are entitled ''...
.
@ sekatan kebebasan rakyat dari mendapatkan sumber maklumat yang benar dengan ''
media dipenjarakan '' dan hanya satu pihak sahaja dibebaskan untuk membelasah satu
pihak lagi.
@ Kebebasan untuk menyatakan suara hati rakyat....yang berani pasti di ISAkan...dan
paling kurang ditembak dengan peluru getah dan hujan acid.....
@ Sekatan Mahasiswa dengan sistem '' AUKU'' yang menyekat mahasiswa di alam kampus
Kesimpulannya usaha dakwah,siasah & kesedaran politik islam perlu seiring dan sejalan agar tuntutan memakmurkan bumi ini demi tertegaknya daulah islamiah dapat dilaksanakan.
Didikan Rasulullah S.A.W & Motivasi Pejuang Agama.
Maka berpegang teguhlah kamu kepada apa yang telah diwahyukan kepadamu.
'' Sesungguhnya, kamu berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya al Quran itu benar-benar suatu kemuliaan besar bagimu dan bagi kaummu; dan kelak kamu akan ditanya''
( Surah Az Zukhruf : 43-44 )
Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah dari mungkar serta beriman dengan Allah
( Surah Ali Imran: 110 )

Rasulullah menanamkan dalam hati para sahabat bahawa selama mereka yakin dengan kebenaran dan merasa bangga berpegang padanya, maka selama itu pula Allah beserta akan menolong mereka.Sungguh sunnah berjuang tidak dihamparkan dengan permaidani merah jalannya,kerna piala yang kita akan dapat adalah piala akhirat dan kemanisan syurgawi..hanya meraka yang yakin & tetap istiqamah pada jalannya sahaja pasti menjadi tetamu-Nya
Ya Allah tetapkan aku pada JalanMU dan biarkan aku menjadi mata rantai risalah NabiMu
Rismail
Terengganu
23 Jan 2011
Sejarah Kebangkitan Rakyat Tunisia...
.:. Kerajaan Tunisia .:.


Tunisia ialah sebuah negara yang terletak di pantai Mediterranen di Afrika Utara. Ia adalah negara Afrika yang terkecil yang terletak di Banjaran Atlas. Lebih 40% daripada negara ini terdiri daripada Gurun Sahara.


Bagimana Kemarahan rakyat Tunisia boleh tercetus ?


@ Bermula 17hb Disember 2010 yang lalu apabila Presiden yang memerintah secara kejam itu telah menutup institusi pengajian tinggi, tindakan ini telah membangkitkan kemarahan pelajar-pelajar.



@ Masalah penggangguran dan masalah ekonomi dengan kenaikan harga barang yang menghimpit seluruh rakyatnya.


@ Penyebab UTAMA berlakunya kemarahan rakyat Tunisia bermula dengan protes nekad seorang pelajar graduan sains perkomputeran, Mohamed Bouazizi yang menjual sayur dan buah-buahan di tepi jalan di Bandar Sidi Bouzid.


@ Kerana menggangur dan kesempitan wang, Bouazizi berniaga di tepi jalan tanpa permit bagi menyara hidup keluarganya. Gerainya disita dan dirobohkan oleh pihak berkuasa Tunisia. Beliau cuba untuk melaporkan kejadian ini, namun tidak diendahkan oleh pihak pemerintah yang kejam ini. Sebagai tanda protes,beliau membakar diri pada 17hb Disember 2010 yang lalu di hadapan bangunan presiden. Beliau meninggal dunia pada 04hb Januari 2011 lalu dan kematian Bouazzizi telah membangkitkan kemarahan rakyat.


@ Di Tunisia dilaporkan lebih 1 juta graduan mengganggur akibat ketiadaan kerja. Kadar penggangguran meningkat melebihi 18%.


@ Masalah ekonomi Tunisa berpunca daripada amalan Presiden Zine El-Abidine Ben Ali yang mengamalkan rasuah. Beliau menyimpan harta perbadi yang dianggarkan bernilai GBP 3.5billion, dan isterinya pula Leila Ben Ali boleh dicop sebagai Imelda Marcos negara Arab yang gemar menghabiskan harta dan wang rakyat bagi memenuhi nafsu serakahnaya

Monday, January 3, 2011

Selamat Tahun Baru 2011



Isnin ,3 Jan 2011.SELAMAT MELANGKAH KE TAHUN 2011, hari ini merupakan hari ke 3 kita melangkah ke masuk ke tahun baru 2011...Alhamdulillah.Kesempatan petang ini saya teruskan penulisan yang tertangguh beberapa jam yang lalu dek oleh mood menulis yang kurang lancar dan keperluan pada sedikit masa untuk revision pada teknikal manual process bagi urusan kerja....Ternyata kerja2 tersebut terpaksa saya tangguhkan lagi kerna memerlukan masa yg banyak untuk saya cernakan processnya..........hahaha mungkin mencari waktu bertenang pada mlm hari kot..



Jadi ruang yg ada ini saya teruskan utk mengisi posting blog ini sebagai catatan diri.Walhal sudah beberapa hari rasa nak menulis sudah ''mari'' ore kata @ilham menulis.Tapi saya tangguhkan juga bagi melunaskan tuntutan yang memerlukan saya hadir pada tempat-tempat tertentu.Sungguh terlalu cepat masa berlalu '' DEMI MASA"





'' Manusia sentiasa dalam kerugian melainkan mereka yang mengerjakan amal solleh dan menyeru pada perkara kebaikan dan kesabaran''... Surah Al' Asr






Kebetulan mode bercuti selama 4H3M di kampung.Seperti biasa niat asal nak bersama Mak-ayah melayan dan menyulam kasih dengan mereka serta beberapa keperluan lain .Al maklum sebagai anak kebetulan sudah hampir 2 bln tidak ''Kelik'' di kampung.Selain itu juga, bertujuan untuk membuat sedikit persiapan untuk majlis walimas beberapa bulan lg...Insyallah akan saya postingkan seketika nanti.





Alhmadulillah......dalam Kesempatan Bercuti..



1 ) Melakukan ziarah saudara mara,mereka yg diuji dengan ujian kesakitan



“Ada lima Hak seorang Islam keatas orang Islam yang lain : menjawab salam, menziarahinya semasa sakit, melawat jenazah, menerima jemputannya, dan mendo’akannya apabila dia bersin”





Walaupun agak racing dalam mode cuti, sempat juga membuat kunjungan ke HUSM, ziarah ustaz Soh,yang sudah 2 minggu diwad di unit kawalan@ ICU.Dan ziarah ke rumah Tok Ayah Dee yang sudah berbulan sakit tua.Syafakallah.Moga Allah mempercepatkan penyembuhan diatas ujian kesakitan yg dialami.





2) Membuat Persiapan Majlis Walimas.





Dalam menghitung hari-hari mendatang....selain membuat persiapan diri tentang ilmu berkaitan rumah tangga.Persiapan material dan majlis kearah itu juga tidak boleh kecilkan.Perlunya kesiap siagaan dan perancangan yang particular supaya majlis yang akan berlangsung berjalan dengan lancar.Alhamdulillah, what can i say that all the preparation still on going.....





Ya Allah Permudahkanlah segala Perancangan kami.Ikatan yang bakal menjadi asbab untuk kami terus menjadi HAMBA yang patuh menitih perintan TuhanNya.










..: TAHUN 2011 Datang TAHUN 2010 Berlalu :.



Seperti biasa...setiap perubahan angka tahun menandakan perubahan masa berlalu yang sifatnya sentiasa menganjak kedepan.Serasi dengan perubahan angka dan waktu yang berlalu sepatutnya kita ( sebut sebagai HAMBA ) perlu diserasikan dengan amal@kerja-kerja yang baik yang kita kerjakan..bersifat bertambah,menaik,bertambah baik.dll dengan maksud ada kualiti yang kita titipkan.JOM Kita bermuhasabah dan tetepakan VISI & MISI tahun baru yang baru menjengah masuk ini,agar ianya dapat bertepatan dengan Konsep S.M.A.R.T G.O.A.L ( posting sblm ini) seterusnya selari dengan nilai2 kebaikan .





Wassalam


Rismail

Terengganu