Thursday, March 31, 2011

Dengan lafaz sakinah kami disatukan


Syukur..Alhamdulillah,Pada 15.3.2011,merupakan satu tarikh yg cukup bermakna buat dua insan... dimana lafaz sakinah & ijabkabul dilafazkan maka kami disatukan sebagai suami isteri bagi melayari bahtera rumahtangga.Mempraktikkan & mewujudkan segala teori2 atas nama baitmuslim yang telah kami pelajari,kami ambil sebelum & selepas ..insyallah keluarga yang sakinah,mawardah & rahmat kami tuntun......

Heningnya Sunyi suasana Lafaz sakinah bermula Apa rasa Diterjemah hanya Sebak abah tangis ibunda Adalah aku wali puteriku Serah kini amanahku ini padamu Nafkahilah dia curah kasih dan cinta Lebih dari yang ku berikan kepadanya Dulu esakannya sandar di bahuku Tangisannya kini ku serah padamu Bukan bermakna dia bukan milikku Fitrahnya perlukanmu Jadikanlah dia wanita syurga Mengerti benar akan maharnya Taat itu bukan hanya pada nama Indah ia pada maksudnya Ku akur Akan pesanmu Puterimu kini amanahku Iringilah Dengan doamu Bahagia kami dari redhamu


Monday, March 7, 2011

Pernikahan itu.



Bismillah .Alhamdulillah atas kesempatan ruang masa yang ada ini,untuk ku terus membuat posting bg entry dlm laman blog ini.Moga-moga dengannya menjadi perkongsian dan pemahaman bersama berkaitan dengan falsafah ttg '' pernikahan '' . Cetusan berkongsi dan membuat penulisan sebegini pada kali ini..antara objektif utamanya adalah selain mencari titik pemahaman ASAS pernikahan & tuntutan kefahaman kedua-duanya (suami & isteri ) dalam melengkapi asas silaraturahim yang dibina dan mewujudkan nilai '' ketenangan (sakinah,mawaddah & warahmah ) ''. dalam institusi keluarga tersebut ( Surah Al RUM :21).Penulis akui sendiri dalam mengupas persoalan ttg pernikahan yang besar ini.pemahaman kearah ini terutamanya yang bakal diijab-kabulkan & melayari bahtera rumah tangga adalah suatu keutamaan.Maka kenalah merajinkan diri membedah buku2 berkaitan '' rumah tangga (contoh : Aku Terima Nikahnya (saifulislam),Membina rasa Cinta (ustz Pahrol m Juoi dll ),menghadirkan diri di majlis2 ilmu ataupun mengikuti mana2 perbincangan formal tentang institusi kekeluargaan.


i'm Going to Get Marriaged....

Aku Terima Nikahnya.seusai majlis diijab kabulkan,dua insan yang disilaraturahim menjadi suami-isteri,Maka disaat itu jugalah Amanah sebagai si Suami kepada isterinya dan Isteri kepada suaminya (tanggungjawab suami-isteri) sah menjadi perkiraan kedua-duanya.Saling melengkapi & menerima kelebihan dan kekuranagan masing-masing serta melaksanakan peranan setiap individu dalam merealisasikan keluarga yg sakinah.mawadah & rahmat.Kebijaksanaan kedua-dua nya menentukan kejayaan bahtera yang hendak dikemudikan mengharungi pelayaran rumah tangga.Peranan & amanah suami-isteri dalam institusi kekeluargaan adalah cukup besar kerana menjadi asas pembinaan masyarakat yang harmonis@HEBAT.


Menyelesuri Rumah Tangga Baginda

Model kejayaan keluarga Rasulullah sebagai suri tauladan ikutan.Dalam mengemudi bantera lautan yang terbuka luas.keperluan kepada peta arah@GPS pada suatu pelayaran adalah penentu kejayaan misi pelayaran tersebut.Begitulah juga dengan dalam melayari bahtera rumahtangga,keharusan terutamanya si suami menyelusuri sirah rasulullah saw dalam aspek kekeluargaan baginda serta ciri-ciri suami idaman wanita.



Cetusan 1
rismail,paka terengganu
2116 hrs



Ciri-ciri tersebut termasuk:

1- Menyayangi isteri dengan sepenuh hati

Rasulullah s.a.w. menyayangi Khadijah r.a. dengan sepenuh hati kerana isterinya merupakan satu nikmat Allah terbesar yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w. Baginda amat menyayanginya kerana:

◦Khadijah tinggal bersama Baginda selama suku abad dan mereka sama-sama merasai saat-saat suka duka.
◦Dia membantu Baginda ketika suasana yang getir dan sukar.
◦Dia sama-sama membantu Baginda menyebarkan risalah Allah.
◦Dia menyertai Baginda dalam jihad menegak agama Allah.
◦Dia mengorbankan kepentingan diri dan harta bendanya.
◦Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dia, Khadijah beriman denganku ketika orang ramai mengkufuriku, dia mempercayaiku ketika orang ramai mendustakanku, dia berkongsi denganku harta bendanya ketika orang ramai menghalangku.” (Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad 6/118)


2- Tidak berkasar dan berlemah lembut dengan isteri

Berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. bahawa pada suatu hari salah seorang isterinya datang dengan membawa makanan untuk dikirimkan kepada Rasulullah yang sedang berada di rumah Aisyah. Tiba-tiba Aisyah dengan sengajanya menjatuhkan makanan itu sehingga piring tersebut pecah dan makanannya jatuh berderai. Melihat sikap Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. tidak berkasar dengan Aisyah sebaliknya dengan lemah lembutnya Baginda meminta Aisyah menggantikan makanan tersebut

3- Membantu isteri

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Aisyah r.ha. pernah ditanya seorang lelaki yang bernama Aswad tentang apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ketika berada di dalam rumahnya? Maka Aisyah menjawab: “Rasulullah s.a.w. sentiasa membantu ahli keluarganya melakukan kerja rumah. Dan apabila tiba masuk waktu solat, baginda keluar untuk solat.”

Demikianlah beberapa contoh bagaimana Rasulullah s.a.w. menunjukkan akhlak yang sangat mulia. Kepulangan Rasulullah s.a.w. ke rumah bukan sekadar untuk beristirehat dan bermesra dengan ahli keluarganya sahaja. Bahkan, Baginda di rumahnya juga adalah untuk membantu isterinya menguruskan rumah tangga. Inilah yang Baginda lakukan walaupun mempunyai tugas dan tanggungjawab di luar rumah.

Kesimpulannya, kita perlu mencontohi akhlak dan keperibadian Baginda tersebut. Sesibuk-sibuk kita, tidak seperti sibuknya Rasulullah s.a.w. Setinggi-tinggi pangkat kita di tempat kerja, tidaklah setinggi pangkat dan darjat Rasulullah s.a.w. Maka apakah yang menghalang kita daripada membantu meringankan tugas dan urusan isteri kita di rumah?

Betapa besarnya pengorbanan Rasulullah s.a.w. sebagai seorang suami terhadap isterinya. Maka sebagai seorang suami, contohilah sikap Baginda ini ketika bermuamalah bersama isteri. Manakala buat para isteri, ingatkan suami anda tentang ciri-ciri suami idaman. Semoga berbahagia bersama pasangan anda!

Thursday, March 3, 2011

Ya Rasulluh..ku merinduimu.




وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ

"Dan tidaklah kami mengutuskan kamu(Muhammad),melainkan untuk menjadi Rahmat bagi Alam Semesta"
(Surah Al Anbiya':107)


Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW,insan mulia utusan Pencipta alam, membawa masej kesejahteraan & kerahmatan bagi segenap alam ini.


ya Rasulullah..
andainya Dikau bersamaku.
Akan kutatap wajah sepuas-puasku.
moga hilang rindu dalam dadaku..


ya Rasulullah..
andainya dikau bersama diriku,
akan kupeluk erat-erat tubuhmu.
moga bau perjuanganmu melekat
pada diriku..


ya Rasulullah,
seandainya aku di sisimu,
akan kukucup tanganmu..
moga mengalir keberkatan dalam diriku...


Ya Rasulullah..
aku rindukanmu...
aku cintakanmu ya Rasulullah..
tapi aku selalu mendustakannya,,
Aku seringkali meletakkan cintamu
rendah daripada cintaku kepada dunia..


Aku malu padamu ya Rasulullah..
Dikau mencintai aku sebelum aku sendiri lahir ke dunia.


ya Rasulullah..
betapa hina dinanya diri ini..
aku seringkali menyatakan aku cintakan dikau,
tapi sunnahmu,ajaranmu seringku lupakan.


Ya Rasulullah...
sangggupkah kau untuk mengaku aku sebagai
UMMATMU?


ya Ululázm Anbiya'..
dalam sakaratul mautmu,
kau masih lagi ingat pada kami..
"Ummati ummati ummati"
sedangkan kami disini,sering melupakanmu,
bergembira dengan ni'mat dunia yang sementara..
layakkah kami untuk menerima syafaatmu
di akhirat kelak?
ya Rasulullah..
begitu jauhnya jarak kami
dengan martabat keagunganmu.. Ya Rasulullah...