Wednesday, July 9, 2008

Kenali MB Perak: Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin



Sebelum Pilihanraya Umum Ke-12, namanya mungkin hanya dikenali di Kampar dan pendokong PAS Negeri Perak. Namun setelah memenangi DUN N51 - Pasir Panjang, namanya mula menjadi tumpuan media massa, meniti di bibir-bibir rakyat Malaysia dan kemuncaknya ’seperti bermimpi di siang hari’ bertepatan dengan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-51, beliau telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baru pada 17 Mac 2008! Saya yakin beliau juga semacam tidak percaya, bahkan terkejut dengan amanah Allah tanpa disangka-sangka!

Tahukah tetamu ziarah yang budiman bahawa Ir. Mohd Nizar telah memblog sejak Jun 2007? Sila lawati blog beliau di
http://kamparinn.blogspot.com/. Sekadar perkongsian, impresi utama yang menarik perhatian saya apabila kali pertama menjejakkan tetikus ke blog beliau pada bulan April yang lepas ialah kata-kata yang beliau tulis sebagai pengenalan kepada dirinya: “Did challenge Rafidah Aziz in General Election 2004 at Kuala Kangsar Parliamentary seat. Lost to her!” yang terjemahannya “Pernah bertanding menentang Rafidah Aziz dalam Pilihanraya Umum 2004 di Kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Tuesday, June 24, 2008

Akhirnya Naik Jugak Minyak......


Thursday, June 5, 2008

'' Pemimpin Berhati Batu Putih (PBB) ''


Kerajaan & Kepimpinan


Selayaknya pemimpin yang dipilih oleh rakyat untuk menerajui kepimpinan negara akan lebih mengutamakan rakyat dari segenap segi bukan menambah bebenan yang memang sedia ada.Semalam satu kejutan bagi rakyat malaysia, dengan pengumuman kenaikan harga siling petrol $ diesel oleh pak lah, perdana menteri malaysia dengan kadar kenaikan yang lebih 40 peratus bg petrol dan 63.3 bg diesel, satu bebenan yang belum berpenghujung dan kita kita rakyat malaysia baru saja ''melepaskan satu nafas '' dengan rice celling price yang agak susut dari segi stok bekalan dan harga yang melambung tinggi per kg beras .dan secara ''conggaknya '' kita pasti nampak kesan-kesan yang akan timbul pada masyarat atau sosial effect selepas ini.
Persolan buat PAK LAH :
1. Adakah keuntung PETRONAS yang diumumkan pada sejak beberapa tahun ini masih belum mampu untuk ''back counter '' dan diterjemahkan balik agar rakyat malaysia tidak terus dibebani .?
2. Adakah keputusan kenaikan ini harga barang BN atas dasar kata ''Musyawarah'' dari semua ahli majlis ?
~ seolah2 satu keputusan yang bercelaru dan berlainan pendapat ....sesetengah menteri kata akan naik beberapa bulan lg.......
3. Keutamaan ''Istiqarah '' dalam merencana ape-ape keputusan......adakah ini sudah dilaksana @ dibuat?
Ujian = bala---------> ..........................................

Monday, May 19, 2008

Minda Memerintah & Karisma Dalam Kepimpinan



Karisma kepimpinan, menikmati kemanisan buah secara bersama.

Bagaimana memperolehi karisma kepimpinan? Sebagaimana disebutkan oleh Hamka, ia dimaksudkan dalam bahasa Indonesia sebagai cahaya wajah dan cahaya ini (kuasa karisma) diperolehi dari dua sumber, iaitu pemberian terus dari Allah dan keduanya dari pergaulan dengan mereka yang mempunyai karisma seumpamanya.
Karisma adalah kualiti istimewa yang wujud khusunya dalam kepimpinan dan menarik perhatian ramai serta memberi inspirasi serta kecenderungan orang ramai untuk mengikutnya.
Kefahaman terhadap apa itu karisma berubah menurut mengikut corak media hari ini. Peranan media telah menukar imej siapakah yang dimaksudkan dengan pemimpin berkarisma dengan meletakan kelompok korporat dalam konteks pemimpin berkarisma moden berbanding apa yang difahami oleh masyarakat sebelum ini.
Terdapat beberapa elemen yang diperlukan dalam mewujudkan kepimpinan berkarisma. Seseorang harus menyedari bahawa dalam diri mereka mempunyai karisma yang tersendiri. Namun kepimpinan berkarisma dilihat dari tiga sudut yang berbeza iaitu karakteristik pemimpin, ciri-ciri pengikutnya dan keperluan suasana.
Gabungan ketiga-tiga ciri ini mewujudkan perhubungan dan kepimpinan berkarisma secara bersama. Ahmad Naim Jaafar penulis buku siri-siri Karisma dan pembangunan diri menyenaraikan beberapa karakter penting dalam memenuhi kriteria kepimpinan berkarisma.


Persepsi manusia membentuk karisma anda.
Isu persepsi sangat penting bagi individu yang melangkah ke dunia kepimpinan. Persepsi individu-individu sekeliling turut mencorakan kemampuan seseorang untuk berketrampilan sebagai seorang pemimpin yang sedia untuk diikuti dan dihormati.
Kelompok masyarakat sentiasa menjadi hakim terdapat kepimpinan yang ditonjolkan. Malah kesalahan kecil akan kelihatan besar bagi kelompok yang memandang nilai kepimpinan dalam mana-mana individuKarakter yang seimbang menjadi faktor pencetus pemimpin berkarisma. Dalam kelompok yang dipimpin, ia tidak sekadar diukur dengan nombor tetapi ia lebih dinilai melalui pandangan seseorang terhadapnya.


Membina keyakinan diri yang tinggi.
Nilai keyakinan diri yang tinggi menjadi faktor nombor satu dalam membentuk kepimpinan berkarisma. Sikap percaya kepada diri, tidak mudah jatuh keyakinan dengan desakan dan kritikan menjadi teras kekuatan pemimpin. Dengan ertikata lain, tidak ada sesiapa yang dapat merendahkan diri seseorang melaian diri individu tersebut membenarkannya.
Percaya terhadap idea dan pelaksanaannya.
Kepercayaan sepenuhnya terhadap idea juga menggambarkan siapakah yang dimaksudkan sebagai pemimpin berkarisma. Pemimpin sebegini tidak cenderung menyentuh dan membawa sesuatuyang bersifat teknikal tetapi lebih kepada membina idea-idea umum yang akan dibina bersama kumpulan yang mahir untuk merealisasikannya. Dalam membina idea, pemimpin berkarisma akan membawa kumpulannya dalam mencapai matlamat bersama.
Seandainya seorang pemimpin dalam sebuah kelab kebajikan masyarakat memimpin ahli-ahlinya, sejumlah kutipan bukanlah fokus untuk membantu mereka yang memerlukan sebagai teras untuk menggerakkan persatuan, tetapi pemimpin akan membina fokus yang lebih besar dengan meletakan perjuangan untuk membela nasib mereka yang malang menjadi pencetus kepada bergeraknya persatuan tersebut. Idea dan fokus umum pemimpin akan seterusnya bertukar kepada tindakan-tindakan pelbagai bagi mencapai sasaran tersebut.


Tenaga dan semangat yang berterusan.
Pemimpin berkarisma juga memiliki tenaga dan semangat yang tinggi. Tenaga bukanlah sekadar tenaga fizikal pemimpin semata-mata, tetapi tenaga yang membakar semangatnya untuk terus bertindak dan memimpin serta melontarkan tenaga tersebut dengan semangat kasih sayang terhadap mereka yang dipimpinnya.


Kemampuan menterjemah idea dan berkomunikasi.
Pada masa yang sama, kemampuan melontarkan keinginan dan kehendak terhadap mereka yang dipimpin harus menjadi karakter seorang pemimpin berkarisma. Kegagalan dalam melontarkan secara jelas dengan kegagalan menyampaikan melalui komunikasi yang berkesan menjadi penghalang kepada kerjasama antara pemimpin dan pengikut. Akibatnya idea-idea yang bermanfaat dalam skala yang lebih luas tidak dapat dimanfaatkan dan diterjemah dalam tindakan susulan.


Sentiasa membina imej secara aktif.
Pemimpin berkarisma haruslah membina imej secara aktif. Pemimpin bukan sahaja harus melihat dirinya dalam tetingkapnya sendiri, tetapi pada masa yang sama harus meletakan diri dalam tetingkap orang lain. Pembinaan imej sendiri secara aktif secara langsung memperbaiki kekurangan lahiriah dan batiniah yang pada sama memperkemaskan keterampilan pemimpin.


Bijak membaca perubahan sekeliling.
Kemampuan membaca perubahan sekeliling merupakan keperluan utama untuk pemimpin berkarisma. Tanpa kepekaan membaca perubahan dan bersedia serta bertindak balas sesuai dengan perubahan tersebut, akan berlaku penolakan antara satu sama lain antara idea pemimpin dan perubahan.Mampu memotivasi orang bawahannya.
Dalam memotivasikan orang bawahan, pemimpian berkarisma harus tahu bagaimana mengetengahkan visinya dalam cara yang jelas dan mudah difahami. Ia sepatutnya sesuatu yang realistik dan boleh dicapai serta mempunyai nilai.
Dengan kayu ukur dan matlamat yang jelas, menjangkakan yang terbaik, memberi perhatian kepada orang bawahan, memberi ganjaran yang sewajarnya, kemampuan menyampaikan mesej melalui cerita yang berkesan, meraikan kejayaan bersama dan menjadi model ikutan orang bawahannya.
Kesemua ini akan memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak dan dalam membentuk kepimpinan Muslim berkarisma yang cemerlang melalui acuan ini, ia memberi keuntungan dan ganjaran bersama kepada ummah untuk menikmati bersama.

Friday, May 9, 2008

Pantai Merdeka Kedah D.A

Siri Perjalanan:


Alhdulillah, satu kesempatan yang diberikan Oleh Nya,Program jelalah ke utara pada minggu yng lepas sempena dengan cuti umum hari pekerja sedunia dapat sama2 dimanfaatkan bersama.

Sunday, March 30, 2008

Ape Erti Saya Menganut Islam




Bedah Buku

......................................................................................................................................................................

Ape Ertinya Saya Menganut Islam (MaZa Ya'ni), mutiara buku karangan ustaz Fathi Yakan.

......................................................................................................................................................................


Pengenalan :


Alhamdulillah ,Segala puji-pujian yang selayaknya Mu ya Rab.

Atas kesempatan dan ruang masa dapat juga saya mengikuti bersama program kali ke -2 ''Bedah Buku '' yang yang dikelolakan oleh Badan Kebajikan syarikat dalam rangka pembentukan modal insan atau ''Human Capital Development'' dikalangan pekerja.


Buku MaZa Ya'ni sebagai Asas Pengenalan


Secara kasarnya kita islam dari islam warisan mak ayah dan islam sebelumnya yang dibawa & diamalkan oleh moyang yang terdahulu.Disebabkan kerana islam warisan yang bersifat mewarisi peninggalan yang ada dan menjadikan kita menjadi kabur dalam erti kata sebenar '' Ape Ertinya Saya Menganut Agama Islam '' :


1. ) SAYA MESTILAH MUSLIM DARI SEGI AQIDAH


2. ) SAYA MESTILAH MUSLIM DARI SEGI IBADAH


3. ) SAYA MESTILAH MUSLIM DARI SEGI AKHLAQ


4. ) SAYA MESTILAH MUSLIM PADA KELUARGA


5. ) SAYA MESTILAH MAMPU MENGAWAL DIRI







bersmbg...


Wednesday, March 26, 2008

.:. Hikmah berdiam Diri .:.


Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat.
Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yangmenyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.Bagi mereka yg beriman, lidah ygdikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah.Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang sia-sia.


HIKMAH DIAM


1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.

2. Perhiasan tanpa berhias.

3. Kehebatan tanpa kerajaan.

4. Benteng tanpa pagar.

5. Kekayaan tanpa meminta maaf kpd orang.

6. Istirehat bagi kedua malaikatpencatat amal.

7. Menutupi segala aib.Hadis2 Rasullulah mengena!



i ) kelebihan diam yg bermaksud:


"Barangsiapa yg banyak perkataannya,nescaya banyaklah silapnya.Barangsiapa yg banyak silapnya,nescaya banyaklah dosanya. Danbarangsiapa yg banyak dosanya, nescayaneraka lebih utama baginya". ( RW ABUNAIM )*

"Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )*

"Barangsiapa diam maka ia terlepasdr bahaya".( RW AT-TARMIZI )

ii) Madah Dari Hukama:

* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORGCERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORGBODOH YG BANYAK CAKAP.

* MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAKSALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHANORANG.

* KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.


Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap! kearah perkara2 yg baik. Bicara yg baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yangbergantung kpd kekuatan iman pada diri manusia.