Monday, March 7, 2011

Pernikahan itu.



Bismillah .Alhamdulillah atas kesempatan ruang masa yang ada ini,untuk ku terus membuat posting bg entry dlm laman blog ini.Moga-moga dengannya menjadi perkongsian dan pemahaman bersama berkaitan dengan falsafah ttg '' pernikahan '' . Cetusan berkongsi dan membuat penulisan sebegini pada kali ini..antara objektif utamanya adalah selain mencari titik pemahaman ASAS pernikahan & tuntutan kefahaman kedua-duanya (suami & isteri ) dalam melengkapi asas silaraturahim yang dibina dan mewujudkan nilai '' ketenangan (sakinah,mawaddah & warahmah ) ''. dalam institusi keluarga tersebut ( Surah Al RUM :21).Penulis akui sendiri dalam mengupas persoalan ttg pernikahan yang besar ini.pemahaman kearah ini terutamanya yang bakal diijab-kabulkan & melayari bahtera rumah tangga adalah suatu keutamaan.Maka kenalah merajinkan diri membedah buku2 berkaitan '' rumah tangga (contoh : Aku Terima Nikahnya (saifulislam),Membina rasa Cinta (ustz Pahrol m Juoi dll ),menghadirkan diri di majlis2 ilmu ataupun mengikuti mana2 perbincangan formal tentang institusi kekeluargaan.


i'm Going to Get Marriaged....

Aku Terima Nikahnya.seusai majlis diijab kabulkan,dua insan yang disilaraturahim menjadi suami-isteri,Maka disaat itu jugalah Amanah sebagai si Suami kepada isterinya dan Isteri kepada suaminya (tanggungjawab suami-isteri) sah menjadi perkiraan kedua-duanya.Saling melengkapi & menerima kelebihan dan kekuranagan masing-masing serta melaksanakan peranan setiap individu dalam merealisasikan keluarga yg sakinah.mawadah & rahmat.Kebijaksanaan kedua-dua nya menentukan kejayaan bahtera yang hendak dikemudikan mengharungi pelayaran rumah tangga.Peranan & amanah suami-isteri dalam institusi kekeluargaan adalah cukup besar kerana menjadi asas pembinaan masyarakat yang harmonis@HEBAT.


Menyelesuri Rumah Tangga Baginda

Model kejayaan keluarga Rasulullah sebagai suri tauladan ikutan.Dalam mengemudi bantera lautan yang terbuka luas.keperluan kepada peta arah@GPS pada suatu pelayaran adalah penentu kejayaan misi pelayaran tersebut.Begitulah juga dengan dalam melayari bahtera rumahtangga,keharusan terutamanya si suami menyelusuri sirah rasulullah saw dalam aspek kekeluargaan baginda serta ciri-ciri suami idaman wanita.



Cetusan 1
rismail,paka terengganu
2116 hrs



Ciri-ciri tersebut termasuk:

1- Menyayangi isteri dengan sepenuh hati

Rasulullah s.a.w. menyayangi Khadijah r.a. dengan sepenuh hati kerana isterinya merupakan satu nikmat Allah terbesar yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w. Baginda amat menyayanginya kerana:

◦Khadijah tinggal bersama Baginda selama suku abad dan mereka sama-sama merasai saat-saat suka duka.
◦Dia membantu Baginda ketika suasana yang getir dan sukar.
◦Dia sama-sama membantu Baginda menyebarkan risalah Allah.
◦Dia menyertai Baginda dalam jihad menegak agama Allah.
◦Dia mengorbankan kepentingan diri dan harta bendanya.
◦Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dia, Khadijah beriman denganku ketika orang ramai mengkufuriku, dia mempercayaiku ketika orang ramai mendustakanku, dia berkongsi denganku harta bendanya ketika orang ramai menghalangku.” (Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad 6/118)


2- Tidak berkasar dan berlemah lembut dengan isteri

Berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. bahawa pada suatu hari salah seorang isterinya datang dengan membawa makanan untuk dikirimkan kepada Rasulullah yang sedang berada di rumah Aisyah. Tiba-tiba Aisyah dengan sengajanya menjatuhkan makanan itu sehingga piring tersebut pecah dan makanannya jatuh berderai. Melihat sikap Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. tidak berkasar dengan Aisyah sebaliknya dengan lemah lembutnya Baginda meminta Aisyah menggantikan makanan tersebut

3- Membantu isteri

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Aisyah r.ha. pernah ditanya seorang lelaki yang bernama Aswad tentang apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ketika berada di dalam rumahnya? Maka Aisyah menjawab: “Rasulullah s.a.w. sentiasa membantu ahli keluarganya melakukan kerja rumah. Dan apabila tiba masuk waktu solat, baginda keluar untuk solat.”

Demikianlah beberapa contoh bagaimana Rasulullah s.a.w. menunjukkan akhlak yang sangat mulia. Kepulangan Rasulullah s.a.w. ke rumah bukan sekadar untuk beristirehat dan bermesra dengan ahli keluarganya sahaja. Bahkan, Baginda di rumahnya juga adalah untuk membantu isterinya menguruskan rumah tangga. Inilah yang Baginda lakukan walaupun mempunyai tugas dan tanggungjawab di luar rumah.

Kesimpulannya, kita perlu mencontohi akhlak dan keperibadian Baginda tersebut. Sesibuk-sibuk kita, tidak seperti sibuknya Rasulullah s.a.w. Setinggi-tinggi pangkat kita di tempat kerja, tidaklah setinggi pangkat dan darjat Rasulullah s.a.w. Maka apakah yang menghalang kita daripada membantu meringankan tugas dan urusan isteri kita di rumah?

Betapa besarnya pengorbanan Rasulullah s.a.w. sebagai seorang suami terhadap isterinya. Maka sebagai seorang suami, contohilah sikap Baginda ini ketika bermuamalah bersama isteri. Manakala buat para isteri, ingatkan suami anda tentang ciri-ciri suami idaman. Semoga berbahagia bersama pasangan anda!

Thursday, March 3, 2011

Ya Rasulluh..ku merinduimu.




وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ

"Dan tidaklah kami mengutuskan kamu(Muhammad),melainkan untuk menjadi Rahmat bagi Alam Semesta"
(Surah Al Anbiya':107)


Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW,insan mulia utusan Pencipta alam, membawa masej kesejahteraan & kerahmatan bagi segenap alam ini.


ya Rasulullah..
andainya Dikau bersamaku.
Akan kutatap wajah sepuas-puasku.
moga hilang rindu dalam dadaku..


ya Rasulullah..
andainya dikau bersama diriku,
akan kupeluk erat-erat tubuhmu.
moga bau perjuanganmu melekat
pada diriku..


ya Rasulullah,
seandainya aku di sisimu,
akan kukucup tanganmu..
moga mengalir keberkatan dalam diriku...


Ya Rasulullah..
aku rindukanmu...
aku cintakanmu ya Rasulullah..
tapi aku selalu mendustakannya,,
Aku seringkali meletakkan cintamu
rendah daripada cintaku kepada dunia..


Aku malu padamu ya Rasulullah..
Dikau mencintai aku sebelum aku sendiri lahir ke dunia.


ya Rasulullah..
betapa hina dinanya diri ini..
aku seringkali menyatakan aku cintakan dikau,
tapi sunnahmu,ajaranmu seringku lupakan.


Ya Rasulullah...
sangggupkah kau untuk mengaku aku sebagai
UMMATMU?


ya Ululázm Anbiya'..
dalam sakaratul mautmu,
kau masih lagi ingat pada kami..
"Ummati ummati ummati"
sedangkan kami disini,sering melupakanmu,
bergembira dengan ni'mat dunia yang sementara..
layakkah kami untuk menerima syafaatmu
di akhirat kelak?
ya Rasulullah..
begitu jauhnya jarak kami
dengan martabat keagunganmu.. Ya Rasulullah...

Tuesday, February 22, 2011

TA 2011 is coming....





Ya Allah! Ya Tuhan Kami, pada hari ini,



kami menadah tangan memohon restu perkenan drpdMu. SEMPENA dengan TA 2011,berikanlah kebaikan & permudahkanlah urusan kerja-kerja ini.Ya Allah ! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yg akan kami laksanakan sebagai ibadat kpd Mu jua.Ya Allah ! Ya Rohman ! Ya Rohim ! Engkau satukanlah hati-hati kami,agar kami dpt bekerja dgn jiwa yg bersatu-padu, hormat-menghormati dan saling mempercayai.Ya Allah! Engkau perbaikilah kami di atas urusan agama kami yg menjadi sandaran segala urusan kami, Engkau perbaikilah dunia kami yg mana ianya menjdi tempat penghidupan kami, Engkau perbaiki akhirat kami di mana kami akan dikembalikan.






Turn Around (TA) FY 2011....basically the planning to have the shutdown or Turn around has been make last year ago that is due to get the enough time,safe limit for consideration and feedback from the team and the more importance we can take the lesson learn from the last event in term of the execution of job and manpower planning as per time frame.Other than that we want to consider for any safety issues and elimate from reoccurance for incident and excident that related to safety .when say about the Turnaround,Alhmadulillah, i has been experience and exposure on both field either onshore and offshore, eventhough the milestone and distance between offshore and onshore is quick difference 250km each other....the planning to shutdown the unit still need to communicate both parties.and same time depend on demand and current price.


Shutdown come with Opportunities......


During the TA period, there will be lot of opportunity to learn and in-situ directly experince to have a look in term operational of the equipment and unit operation.that one,for normal operation we don't have the opportunity to seem directly the equipment design especially for the internal operation,


Selamat Ber TA...safety First.


ZETO...

Tuesday, February 8, 2011

Jemputan Ke Majlis Walimah

Assalamualaikum wrt.


Asas penulisan kali ini.


"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah, Allah menciptakan isteri-isteri bagi kamu dari jenis kamu sendiri, agar kamu dapat hidup tenang bersama mereka. Kemudian Allah menciptakan kasih-sayang di antara kamu (antara suami-isteri)"

[Surah Ar-Ruum: 21]


Alhamdulillah & salam khabar buat semua shbt/biah Serasi/IES/SMKLG/SMIP/UMP/UTM space,Pertama kita syukur ke hadrat Allah swt kerna masih lagi diberikan kesempatan & kekuatan untuk meneruskan kehidupan sehingga ke saat ini...Dengan kesempatan drNya juga saya dpt membuat sedikit penulisan pd kali nie sebagai entry pd kali ini.Didoakan semuanya TERUS MAJU dalam kerjaya/tugasan harian plus terus menambah kebaikan diri dan menyebar-luaskan kebaikan pada yang lain.

Warga Serasi/IES/SMKLG/SMIP/UMP/UTM space,

Dengan Lafaz mulia bismillah,saya dengan rendah diri dan penuh keinsafan menjemput semua ke majlis kesyukuran perkahwinan saya & pasangan, yang bakal berlangsung pada 16 Marc 2011 ( Rabu ) disebelah perempuan,dan 19 March 2011 (Sabtu) sebelah lelaki.

semoga dengan kehadiran semua akan memeriahkan lagi majlis ini.Dan doakan semoga ikatan yg bakal dibina ini berkekalan hingga ke syurga dan mendapat keberkatan dariNya.

Kepada rakan2 yang inginkan kad jemputan,blhlah meninggalkan alamat diruang komentar@ chatbox ataupun emailkan ke ries_05@yahoo.com


Ikhlas drpd

Mohamad Ri & Siti Nasrah (Pasangan)















Sunday, January 23, 2011

Kejayaan Tunisia : Kejatuhan Berhala Besar - Syaikh al-Qaradhawi






Antara kata-kata keramat '' Rakyat sebagai hakim, maka rakyat berhak untuk menentukan siapa yang sepatutnya berkhidmat pada rakyat''. Jika kata-kata tersebut difahami dengan sebaiknya dan rakyat berani membuat perubahan,maka pasti dan pasti negara yang tertegak pemerintahannya melalui kuasa rakyat...akan mendapatkan pemimpin@ pemerintah yang berjiwa rakyat. Mungkin ianya tidak semudah ungkapan kata keramat yang digegarkan dan diperkatakan,kerna ianya memerlukan satu pengemblengan tenaga untuk mobilized kearah membuat transformasi minda rakyat '' bahawa rakyat adalah TUAN kepada Negara Mereka ''...Alhamdulillah hari ini saya membedah info sejarah '' Kerajaan Tunisia '' menurut corong2 maya , insyallah moga sama2 kita ambil ikhtibar dr sejarah ini .

Cabaran kearah Kefahaman tentang dakwah, siasah & Politik

Ideologinya : Asas seruan dan ajakan manusia ke arah mengenal TuhanNya adalah DAKWAH.Pengenalan seruan manusia kepada TuhanNya agar manusia hidup bertuhan,bukan bertuhankan dunia,material dan hidup tanpa tujuan semata-mata.
'' Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, Mengerjakan amal yang salih dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri .''
Bila manusia faham asas penciptaannya sebagai hamba adalah bagi tujuan untuk memakmurkan dunia dan adanya hari selepas kehidupan ini@ hari kebangkitan...pasti mereka menjadi HAMBA yang baik. Sebagai hamba kepada tuhan yang menciptakannya yang diamanahkan untuk memakmurkan dunia ini disana ada tuntutan yang perlu dilaksanakan kerna tugas hamba bukan hanya menjadi hamba yang baik sekadar melakukan ibadat,mentaati suruhan-Nya, mejauhi larangan-Nya, mensyukuri nikmat-Nya dan jangan kufur terhadap-Nya.Kewajiban mendirikan khalifah islamiah/ pemerintah islam agar segala hukum syariat islam dapat dilaksanakan secara alamiah.
Kesedaran Siasah@ politik bagi menegakkan pemerintah islamiah bukan suatu kerja yang mudah, apakan lagi mendirikan kannya, di sana pastu ada taghut2,mehnah dan trabulasi di jalanan yang sentiasa mengagalkan usaha tersebut dengan pelbagai cara :
1) '' hedonisme '' ...mereka meracuni rakyat dari mengenal tuhanNya, dengan mempopularkan
dan menaikkan budaya berhibur yang berlebihan serta menghidupkan '' syaitan-syaitan di
dalam kehidupan masyarakat dengan pelbagai program maksiat....
.....''Hedonisme'' ..''minda untuk bersenang2 & berhidup semata-mata tanpa tujuan hidup.
berlawanan dengan kehidupan muslim...mari menjadi HAMBA.
2 ) '' Human Right '' ...." rights and freedoms to which all humans are entitled ''...
.
@ sekatan kebebasan rakyat dari mendapatkan sumber maklumat yang benar dengan ''
media dipenjarakan '' dan hanya satu pihak sahaja dibebaskan untuk membelasah satu
pihak lagi.
@ Kebebasan untuk menyatakan suara hati rakyat....yang berani pasti di ISAkan...dan
paling kurang ditembak dengan peluru getah dan hujan acid.....
@ Sekatan Mahasiswa dengan sistem '' AUKU'' yang menyekat mahasiswa di alam kampus
Kesimpulannya usaha dakwah,siasah & kesedaran politik islam perlu seiring dan sejalan agar tuntutan memakmurkan bumi ini demi tertegaknya daulah islamiah dapat dilaksanakan.
Didikan Rasulullah S.A.W & Motivasi Pejuang Agama.
Maka berpegang teguhlah kamu kepada apa yang telah diwahyukan kepadamu.
'' Sesungguhnya, kamu berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya al Quran itu benar-benar suatu kemuliaan besar bagimu dan bagi kaummu; dan kelak kamu akan ditanya''
( Surah Az Zukhruf : 43-44 )
Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah dari mungkar serta beriman dengan Allah
( Surah Ali Imran: 110 )

Rasulullah menanamkan dalam hati para sahabat bahawa selama mereka yakin dengan kebenaran dan merasa bangga berpegang padanya, maka selama itu pula Allah beserta akan menolong mereka.Sungguh sunnah berjuang tidak dihamparkan dengan permaidani merah jalannya,kerna piala yang kita akan dapat adalah piala akhirat dan kemanisan syurgawi..hanya meraka yang yakin & tetap istiqamah pada jalannya sahaja pasti menjadi tetamu-Nya
Ya Allah tetapkan aku pada JalanMU dan biarkan aku menjadi mata rantai risalah NabiMu
Rismail
Terengganu
23 Jan 2011
Sejarah Kebangkitan Rakyat Tunisia...
.:. Kerajaan Tunisia .:.


Tunisia ialah sebuah negara yang terletak di pantai Mediterranen di Afrika Utara. Ia adalah negara Afrika yang terkecil yang terletak di Banjaran Atlas. Lebih 40% daripada negara ini terdiri daripada Gurun Sahara.


Bagimana Kemarahan rakyat Tunisia boleh tercetus ?


@ Bermula 17hb Disember 2010 yang lalu apabila Presiden yang memerintah secara kejam itu telah menutup institusi pengajian tinggi, tindakan ini telah membangkitkan kemarahan pelajar-pelajar.



@ Masalah penggangguran dan masalah ekonomi dengan kenaikan harga barang yang menghimpit seluruh rakyatnya.


@ Penyebab UTAMA berlakunya kemarahan rakyat Tunisia bermula dengan protes nekad seorang pelajar graduan sains perkomputeran, Mohamed Bouazizi yang menjual sayur dan buah-buahan di tepi jalan di Bandar Sidi Bouzid.


@ Kerana menggangur dan kesempitan wang, Bouazizi berniaga di tepi jalan tanpa permit bagi menyara hidup keluarganya. Gerainya disita dan dirobohkan oleh pihak berkuasa Tunisia. Beliau cuba untuk melaporkan kejadian ini, namun tidak diendahkan oleh pihak pemerintah yang kejam ini. Sebagai tanda protes,beliau membakar diri pada 17hb Disember 2010 yang lalu di hadapan bangunan presiden. Beliau meninggal dunia pada 04hb Januari 2011 lalu dan kematian Bouazzizi telah membangkitkan kemarahan rakyat.


@ Di Tunisia dilaporkan lebih 1 juta graduan mengganggur akibat ketiadaan kerja. Kadar penggangguran meningkat melebihi 18%.


@ Masalah ekonomi Tunisa berpunca daripada amalan Presiden Zine El-Abidine Ben Ali yang mengamalkan rasuah. Beliau menyimpan harta perbadi yang dianggarkan bernilai GBP 3.5billion, dan isterinya pula Leila Ben Ali boleh dicop sebagai Imelda Marcos negara Arab yang gemar menghabiskan harta dan wang rakyat bagi memenuhi nafsu serakahnaya

Monday, January 3, 2011

Selamat Tahun Baru 2011



Isnin ,3 Jan 2011.SELAMAT MELANGKAH KE TAHUN 2011, hari ini merupakan hari ke 3 kita melangkah ke masuk ke tahun baru 2011...Alhamdulillah.Kesempatan petang ini saya teruskan penulisan yang tertangguh beberapa jam yang lalu dek oleh mood menulis yang kurang lancar dan keperluan pada sedikit masa untuk revision pada teknikal manual process bagi urusan kerja....Ternyata kerja2 tersebut terpaksa saya tangguhkan lagi kerna memerlukan masa yg banyak untuk saya cernakan processnya..........hahaha mungkin mencari waktu bertenang pada mlm hari kot..



Jadi ruang yg ada ini saya teruskan utk mengisi posting blog ini sebagai catatan diri.Walhal sudah beberapa hari rasa nak menulis sudah ''mari'' ore kata @ilham menulis.Tapi saya tangguhkan juga bagi melunaskan tuntutan yang memerlukan saya hadir pada tempat-tempat tertentu.Sungguh terlalu cepat masa berlalu '' DEMI MASA"





'' Manusia sentiasa dalam kerugian melainkan mereka yang mengerjakan amal solleh dan menyeru pada perkara kebaikan dan kesabaran''... Surah Al' Asr






Kebetulan mode bercuti selama 4H3M di kampung.Seperti biasa niat asal nak bersama Mak-ayah melayan dan menyulam kasih dengan mereka serta beberapa keperluan lain .Al maklum sebagai anak kebetulan sudah hampir 2 bln tidak ''Kelik'' di kampung.Selain itu juga, bertujuan untuk membuat sedikit persiapan untuk majlis walimas beberapa bulan lg...Insyallah akan saya postingkan seketika nanti.





Alhmadulillah......dalam Kesempatan Bercuti..



1 ) Melakukan ziarah saudara mara,mereka yg diuji dengan ujian kesakitan



“Ada lima Hak seorang Islam keatas orang Islam yang lain : menjawab salam, menziarahinya semasa sakit, melawat jenazah, menerima jemputannya, dan mendo’akannya apabila dia bersin”





Walaupun agak racing dalam mode cuti, sempat juga membuat kunjungan ke HUSM, ziarah ustaz Soh,yang sudah 2 minggu diwad di unit kawalan@ ICU.Dan ziarah ke rumah Tok Ayah Dee yang sudah berbulan sakit tua.Syafakallah.Moga Allah mempercepatkan penyembuhan diatas ujian kesakitan yg dialami.





2) Membuat Persiapan Majlis Walimas.





Dalam menghitung hari-hari mendatang....selain membuat persiapan diri tentang ilmu berkaitan rumah tangga.Persiapan material dan majlis kearah itu juga tidak boleh kecilkan.Perlunya kesiap siagaan dan perancangan yang particular supaya majlis yang akan berlangsung berjalan dengan lancar.Alhamdulillah, what can i say that all the preparation still on going.....





Ya Allah Permudahkanlah segala Perancangan kami.Ikatan yang bakal menjadi asbab untuk kami terus menjadi HAMBA yang patuh menitih perintan TuhanNya.










..: TAHUN 2011 Datang TAHUN 2010 Berlalu :.



Seperti biasa...setiap perubahan angka tahun menandakan perubahan masa berlalu yang sifatnya sentiasa menganjak kedepan.Serasi dengan perubahan angka dan waktu yang berlalu sepatutnya kita ( sebut sebagai HAMBA ) perlu diserasikan dengan amal@kerja-kerja yang baik yang kita kerjakan..bersifat bertambah,menaik,bertambah baik.dll dengan maksud ada kualiti yang kita titipkan.JOM Kita bermuhasabah dan tetepakan VISI & MISI tahun baru yang baru menjengah masuk ini,agar ianya dapat bertepatan dengan Konsep S.M.A.R.T G.O.A.L ( posting sblm ini) seterusnya selari dengan nilai2 kebaikan .





Wassalam


Rismail

Terengganu

Friday, December 17, 2010

Teruskan Perjuangan


Gambar Kenangan bersama Prof DR Hashim , Moga2 ilmu yg hadamkan dpt diaplikasikan dan memberi kebaikan dalam tugasan harian.

Insyallah, Ada kesempatan kita bersua kembali DR Hashim.

Kami Doakan kebaikan & kemudahan buat DR dalam kehidupan harian.

Terima kasih Daun keladi lain masa berjumpa lagi


IKhlas

Rismail
Team Hj Nizar@shah
Teruskan perjuangan