Bismillah & alhamdulillah dengan izinNya jua ku titipkan penulisan yang sekian lama ditinggalkan menyepi tanpa ditatapi,dilawati dan diposting dengan coretan diari perjalanan.Masa yang berlalu bak air mencurah lalu dari Tekong air ke isian cawannya,ku tinggalkan hampir setahun empat bulan menyepi.Mungkin hambatan masa yang membuatku menyepikan blog ini.
.:. epilogrijal .:.
Wednesday, September 12, 2012
Wednesday, May 18, 2011
Selamat Hari Ibu
Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai…
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai…
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati
Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai…
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat
Selamat hari Ibu ku tujukan buat ibu tercinta .:. Norma Bt Aseri
..sambungan perkongsian :Buku Begitu Romantis Rasulullah saw
Alhamdulillah.Selawat dan salam atas junjungan besar rasulullah,para sahabat,keluarga dan orang-orang yang mengikuti ajaran islam hingga hari akhir nanti..
Bagi paparan epilogrijal dan seperti yg dijanjikan seterusnya. Walaupun agak jauh saya tinggalkan bagi sambungan perkongsian tersebut,kerana dek oleh kekangan masa yang tuntutannya perlu diletakkan utamaannya sebelum ini... Astaghfirullah.....Ya Allah ku pohon ke ampunanMu jika ku menzalimi diri ini kerna tidak mengatur keutamaan yang sebaiknya..
Bagi paparan epilogrijal dan seperti yg dijanjikan seterusnya. Walaupun agak jauh saya tinggalkan bagi sambungan perkongsian tersebut,kerana dek oleh kekangan masa yang tuntutannya perlu diletakkan utamaannya sebelum ini... Astaghfirullah.....Ya Allah ku pohon ke ampunanMu jika ku menzalimi diri ini kerna tidak mengatur keutamaan yang sebaiknya..
Baiklah FOKUS kali ini adalah bagi perkongsian buku Begitu Romantis Rasulullah saw.Saya ringkaskan isi kandungan buku tersebut.
Awalan buku ini di kupas berkenaan dengan sifat peribadi Rasulullah,dimana baginda berasal dari nasab yang mulia.Nabi Muhammad saw berasal dari kalangan keturunan terhormat yang merupakan keutamaan yang menjadi penutup dan junjungannya,dan Antara contoh dialog yang terjadi diantara seorang Raja ROM yang mengajukan pertanyaan kepada Abu Sufyan bin Harb tentang Nabi Muhammad saw ..yang mana ketika itu Abu Sufyan belum masuk islam..'''Bagaimana Nasabnya di tengah-tengah kalian ? Abu Sufyan menjawab .'' Dia antara kami adalah orang yang memiliki nasab yang terhormat .''
''Aku bertanya kepadamu bagaiman nasabnya, lalu engkau menuturkan bahawa dia di tengah-tengah kalian adalah orang yang mempunyai nasab yang terhormat.Begitulah para rasul yang diutus dalam kemuliaan nasab kaumnya.''
preface buku ini juga..dikongsikan juga berkenaan dengan mengenal sifat dan akhlak rasulullah,dengan keindahan fizikal ,elok perwatakan dan kesempurnaan sifatnya.sehinggakan jika berbicara kelihatan menarik ,bicaranya manis tidak terlalu sedikit dan tidak terlalu banyak dimana bicaranya seakan-akan permata yang tertata rapi serta landai.
'' Rasulullah sentiasa gembira,murah hati ,lemah lembut,tidak kaku dan keras,tidak suka mengutuk,tidak berkata keji,tidak suka mencela tidak suka memuji, pura-pura lalai terhadap sesuatu yang tidak menarik dan tidak tunduk kepadanya....''
Bahagian akhir buku ini...disentuh beberapa peristiwa kehidupan dalam rumah tangga baginda yang penuh dengan suasana romantis dan harmonis....Jom mari kita semak dan applikasi dalam bahtera rumah tangga masing....
@ Menghantar Isteri Ketika hendak keluar.......
@Membelai isteri dengan sepenuh hati..
@Bersandar di pangkuan isteri.......
@Membersihkan kotoran darah...
@Membonceng dengan mesra..
@Ciumlah sepenuh hati.........
@ Jalan-jalan Romantis di malam hari......ini sy sudah applikasikan
@ Berlumba lari dengan isteri.................akan diusahakan jika berkesempatan...
@ Hilangkan Amarah dengan memegang hidung isteri......
....Promo : utk lebih detail blh dptkn buku ini dipasaran....
sekian.
Monday, April 18, 2011
Begitu Romantik Rasulullah saw
Alhamdulillah, segala puji-pujian & lafaz kesyukuran saya mulakan sebagai awalan penulisan bg entri blog epilogrijal kali ini. '' Tiada Kata secantik bahasa, cantik bahasa itu bila disulami dengan kata-kata yang boleh mengingatkan Kita padaNya & bermanfaat untuk dikongsikan ''.
Sebagai perkongsian entri kali ini,saya ingin berkongsi bedah buku '' Begitu Romantis Rasulillah Saw'' sebagai memetik Hikmah di balik perkahwinan Manusia agung....Alhamdullilah saya telah melengkapkan bahan bacaan saya dengan dipertemukan buku ini yang amat bermanfaat ..tambah lagi bg menyelusuri teladan,sirah @ sunnah rasulullah saw dalam menjalani kehidupan berkeluarga.....
Cinta di Kedai Buku...MegaMall Kuantan....
Opss...ini Bukan gosip panas yang hangat diperkatakan, cinta muda -mudi masa kini.Tapi cerita sesudah diijab kabul saya dan isteri. Cinta muda-mudi juga,tapi berbeza kerna kami sudah ada ikatan yang sah., cinta kami jalinkan dengan redhaNya bukan murkaNya kerna melanggar syariatNya..
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." surah Al-Isra' ayat 32
Sebagai manifestasi cinta kami cinta selepas kahwin, saya membawa isteri untuk mengisi masa hujung minggu bersama '' Al Maklum Masing2 berjauhan dek oleh tugasan yang melangkau benua kawasan '' dan sahabat2 lebih maklum sebagai '' Weekend Husband@ wife '' kerana masing2 berada tempat yang berbeza & hanya berjumpa pada hujung 2 minggu (Kami berkongsi pengalaman yg sama...senior2 yg sudah melalui pengalaman ini) .Jarak kami ,antara saya dan isteri lebih kurang 2 marhalah @ 11o Km ( Kuala Terengganu-Kemaman). Cinta di Kedai Buku Popular Mega Mall, selain mengisi masa bermanfaat bersama di sekitar pesisir pantai & bandar Kuantan bersama,kami berkesempatan mencuri masa bersama di kedai buku ini.Menjalin nikmat cinta...tambah lagi dengan tambunan buku-buku cinta oleh novelis2 & motivator terkenal.....antara buku cinta yang popular dulu...KCB ( Ketika Cinta Bertasbih) ,Cinta antara benua, Cinta padaNya.....Bunga2 Cinta....Hahhaha...Kuat lagi ingatan ku...Great Memorial..Keep it up.Lastly we ending at the bookstore with this book ( Begitu Romantis Rasulullah saw ) to brought as reading material at home...........................
'' Begitu Romantis Rasulillah Saw '' Buku Kemilau Publika,
Sebuah Buku kecil berhalaman 200ms, dengan olahan yg cukup menarik dan mesti dimiliki...masa kan tidak novel2 lain pantang ada ayat-ayat cinta boleh pasti dibeli untuk dibaca dan sebagai buku koleksi peribadi..........smbg lagi...nantikan ulasan seterusnya...
Cinta Kami
Rismail & Siti Nasrah
Paka, Terengganu
Saturday, April 16, 2011
Priority vs value of task....
Alhamdulilah, atas ruang masa untuk menulis walaupun kesempitan masa yang amat terasa kini, ruang masa bagi menghadapi final Exam dalam masa terdekat,menyiapkan assignment2 kelas dan jugak kertas kerja dari pej ..ini semua dek oleh penangguhan kerja berkali-kali......Ya Rabb,Engkau Maha Mengetahui urusan2 ini..permudahkanlah kerja-kerja ini. ..
diepilog jua...medan untuk ku menyusun mainan minda..gerak atur priority tugasan yang perlu ku sudahkan selain daripada catatan sebagai lesson learned dan perkongsian... Keutamaan Tugasan :
- Project/Assignment subject....
- Preparation for Final Exam......................
- Menghadir prog ke Kedah ..hjg bln ini ( 29.4-1.5.2011)
- Prepare proposal for Innovation & management system...
ilutrasi tugasan saya...
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mengabdikan diri kepada-Ku.”
(Surah az-zariat:56)
Bertepatan dengan hadir & kewujudan kita diatas muka bumi ini dibekalkan dengan amanah, amanah sebagai Hamba pd Rabb yang telah menjadikan kita dari rahim ibu kita,Dari amanah yang utama ini kita boleh perkatakan lagi kepada amanah kita pada orang tua@ ibu dan ayah sebagai anak,amanah Suami-isteri dalam institusi keluarga,dan seterusnya amanah kita dengan tugasan harian kita..Amanah anak buah pada majikan dll......
Konflik Keutamaan Vs Nilai suatu tugasan .
Kalau dizaman persekolahan,Seingat Saya, keutamaan saya untuk menyiapkan sesuatu tugasan ..adalah mengikut yg mane cikgu yg paling garang,selain daripada subjek yg menjadi kesukaan saya..Kimia,Matematik @cikgu comel ....hehehe......Mungkin ada hikmahnya, Mendapat cikgu yg garang (Cikgu mailto:Nor@Cikgu%20Giant ),Cikgu nor ..salah seorang cikgu matematik yg sy ingat dengan susuk badan yang besar..satu kelas takut bila berhadapan dengan nya bila dipanggil ke meja hadapan .bg mengelakkan pulasan di perut. Pasti tugasan yang berikan dibereskan terlebih dahulu......itu priority dulu2..
Hari ini, sepatutnya penilaian kita pada sesuatu tugasan adalah bersandarkan kepada keutamaan & nilai sesuatu kerja yang hendak dilaksanakan.Bukannya yang mana tugasan ''atas dasar takut2 kena denda @ ada habuan ''dll.Perancang masa untuk melaksaankan tugasan juga memainkan peranan yng cukup penting agar dapat hasil yang baik .contoh : kalau tugasan yang memerlukan masa setengah hari untuk disiapkan ,jangan sampai masa seminggu masih belum disiapkan,disebabkan kurang perancangan dan penumpuan pada sesuatu tugasan...
Menulis Menghadam Pemahaman (MMP)
Mohamad Ri Ismail,Paka
Thursday, March 31, 2011
Dengan lafaz sakinah kami disatukan
Syukur..Alhamdulillah,Pada 15.3.2011,merupakan satu tarikh yg cukup bermakna buat dua insan... dimana lafaz sakinah & ijabkabul dilafazkan maka kami disatukan sebagai suami isteri bagi melayari bahtera rumahtangga.Mempraktikkan & mewujudkan segala teori2 atas nama baitmuslim yang telah kami pelajari,kami ambil sebelum & selepas ..insyallah keluarga yang sakinah,mawardah & rahmat kami tuntun......
Heningnya Sunyi suasana Lafaz sakinah bermula Apa rasa Diterjemah hanya Sebak abah tangis ibunda Adalah aku wali puteriku Serah kini amanahku ini padamu Nafkahilah dia curah kasih dan cinta Lebih dari yang ku berikan kepadanya Dulu esakannya sandar di bahuku Tangisannya kini ku serah padamu Bukan bermakna dia bukan milikku Fitrahnya perlukanmu Jadikanlah dia wanita syurga Mengerti benar akan maharnya Taat itu bukan hanya pada nama Indah ia pada maksudnya Ku akur Akan pesanmu Puterimu kini amanahku Iringilah Dengan doamu Bahagia kami dari redhamu
Subscribe to:
Posts (Atom)