Tuesday, July 17, 2007

Keadaan Rumah Pelajar Yg Dibunuh Di Mansurah,Egypt

Keadaan rumah pelajar yg dibunuh di Mansurah, Egypt


KUALA TERENGGANU 17 Jun – ‘‘Makcik tidak maafkan dia, apa yang dia buat pada anak makcik adalah zalim, terlalu kejam,” luah Zaharah Mohamad, 58, ibu pelajar Universiti Al-Azhar cawangan Mansurah, Mesir terhadap tindakan pelajar yang menikam anaknya sehingga mati, Rabu lalu.Walaupun menyedari segala yang berlaku adalah ketentuan-Nya, dia tidak dapat menahan sedih dan marah apabila anaknya, Mohamad Ishak, 22, diperlakukan seperti binatang.Katanya, dia dapat membayangkan bagaimana anaknya ditikam berulang kali tanpa belas kasihan sehingga pisau yang digunakan patah walaupun mangsa cuba melarikan diri sehingga ke dalam tandas untuk mengelak daripada terus diserang.‘‘Zalim, memang kejam, tiada perikemanusiaan langsung. Dia buat anak saya macam kambing...macam binatang, walaupun Mohamad lari ke dalam tandas, dia tikam lagi, lari ke pintu hingga kain pelekat terlondeh, dia tikam lagi.


‘‘Sekali dia tikam tak mengapa, tapi 10 kali dia tikam. Makcik boleh nampak macam mana dia menikam anak makcik yang sudah telanjang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pangkalan Rajawali, Chendering di sini selepas upacara pengkebumian Mohamad, pagi ini.Jenazah pelajar kursus Usuluddin itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dari Mesir kira-kira pukul 9.10 malam tadi dan dibawa pulang ke rumahnya dengan van jenazah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan tiba kira-kira pukul 7.15 pagi ini.Jenazah kemudian disembahyangkan di rumahnya dengan diimamkan oleh guru sekolah pondok, Abdul Rahman Ahmad sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Laut, Kuala Terengganu kira-kira pukul 9 pagi ini.











Lebih 100 orang menghadiri upacara pengkebumian tersebut termasuk Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh dan Pengarah Jabatan Pelajar Malaysia di Kaherah, Dr. Mohd. Fakhrudin Abdul Mukti serta wakil Yayasan Terengganu.Mohamad anak kesembilan daripada 12 beradik dikebumikan di sebelah kubur kakak dan adiknya, Zuraida dan Zuarida selepas bacaan talkin yang dipimpin oleh imam Masjid Kampung Laut, Mohd. Rosdi Abdul Rahman.Walaupun tidak dapat menahan kesedihan, Zaharah berpuas hati kerana dapat menatap wajah Mohamad buat kali terakhir selepas berpisah kira-kira lapan bulan lalu apabila Mohamad melanjutkan pelajaran ke Mesir.Menurutnya, selepas kejadian itu rakan anaknya yang hanya dikenali sebagai Kadir ada menelefon dan memberitahu perubahan sikap mangsa yang menjadi penakut beberapa hari sebelum itu.‘‘Malah pada hari kejadian dia berpesan kepada rakan-rakannya supaya pulang awal kerana takut tinggal seorang di rumah sewa mereka,’’ ujarnya.Zaharah yang mempunyai dua anak yang masih bersekolah tidak akan membenarkan mereka melanjutkan pelajaran ke Mesir selepas ini kerana trauma dengan kejadian yang menimpa Mohamad.Apabila ditanya sama ada dia sudi memaafkan suspek sekiranya keluarganya datang memohon maaf selepas ini, katanya, belum tentu dia boleh berbuat demikian dan melupakan penderitaan yang ditanggung anaknya sebelum menemui ajal.Bapa mangsa, Ishak Abdul Rahman, 63, pula berkata, walaupun sedih anaknya meninggal dunia dalam keadaan yang menyeksakan akibat ditikam bertalu-talu, mereka sekeluarga tidak berdendam dengan suspek dan keluarganya.


‘‘Undang-undang ada, biarlah undang-undang yang menentukan,” katanya sambil memberitahu bahawa wakil keluarga suspek ada menghubungi anaknya, Hasan, 28, bertanyakan mengenai kos perbelanjaan urusan pengkebumian Mohamad dua hari lepas.
dikirim oleh Faizal Hasnul Bin Yahaya pada Isnin, Jun 18, 2007

1 comment:

Anonymous said...

mengaLirkan Darah yAng haraM di Muka BUmi Allah..klu x siLAp aku...salah SAtu dosa YaNg Xkan diamPunkan Allah ..