Tuesday, January 29, 2008

...Harakah sebagai Media Alternatif Pilihan...


Mungkin,Sebahagian besar daripada kita hanya membaca dan menjadikan berita Harian,harian metro ,News strait Time,The Start dll sebagai bahan bacaan utama harian bagi menambah informasi dan perkembangan semasa dalam dan luar negara.Dan bersikap menolak terus akbar-akbar atau sumber maklumat dari luar yang kurang atau tidak sehalauan dengan fikrah dan pendirian diri ,,,tanpa mengamalkan sikap keterbukaan terlebih dahulu.
::. HARAKAH UNTUK SEMUA .::
Bagi mereka yang berkad BIRU,mungkin beranggapan bahawa Harakah sebagai sayap kiri & propaganda parti pembangkang semata-mata tanpa menilai antara kulit dan isi terlebih dahulu.
Ataupun takut terpengaruh dengan pandangan dan terpesong dengan pemahaman yang yang yang dianggap sentiasa betul sebelum ni ...hanya ingin berpegang pada satu sumber semata-mata.
Manakala bagi golongan awam pula,sebahagian mereka berpandangan bahawa harakah hanya sumber untuk ahli-ahli tertentu sahaja (pembangkang),atau takut -takut dilabel sebagai penyokong kepada parti pembangkang(PAS dan Barisan alternative lain) apabila membeli,memiliki dan berpandangan sehaluan dengan sumber yang dibentangkan dalam HARAKAH sedangkan ianya sememangnya betul dan prove.
Kesimpulan: Marillah kita sentiasa menjadi golongan yang bersikap terbuka (Open minded) dan membuat perbimbangan yang betul dengan menguasai segala sumber yang bersifat nasional dan tempatan.
Kunci Mereka Yang Cemerlang :
* Sentiasa berfikiran terbuka dan membuat pertimbangan yang wajar
* Menguasai ilmu dalam segala lapangan (Ilmu teknikal & umum)
* Berpandangan jauh 20thn kedepan....
* Tidak mudah melabel dan berpegang pada satu-satu sumber.

Sunday, January 27, 2008

JOM KITA SAMA-SAMA FIKIRKAN>>>>




Saturday, January 5, 2008

.:.Jasa Mereka Yg Bergelar Mak & Ayah .:.



Alhamdulillah akhirnya dapat jugak penulis upload & attachkan sekali Video jasa Bonda,yg mana sebelum ini hanya sekadar lampiran photo-photo terpilih buat hiasan blog epilogrijal ini.


Mak & Ayah,Siapalah kita tanpa mereka


Dua insan yg begitu cukup penting dalam diri mereka yang bergelar anak,kerana mereka menjadi pusat segala-segalanya,daripada tiada kepada adanya kita pada hari ini (perantaraan dr pencipta alam semesta) yang akhirnya dapat merasai nikmat dunia ,betapa indah & luasnya dunia ciptaanMu Allah....Subhanallah,ketika masih lagi kecil kita hanya sekadar menerima input (dikasih dan disayang) dan belum lagi mengeluarkan output pada mereka,.....


كلنتن دار النّعيم Kelantan Darul Naim




Photoshoot: Sebahagian Mercu Pembangunan di Kelantan Darul Naim..............

.......Anak Perantau.......








Assalamualaikum.

Pada sesi kali ini,Penulis akan cuba melontarkan beberapa lontaran pandangan berdasarkan pemerhatian dan fakta tentang negeri kelantan di bawah pimpinan Menteri Besar Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat(TGNA).Penulis yang dibesarkan dari kecil dalam suasana yg sedia ada (Pimpinan TGNA) hingga menjadi perantau dan jugak sebagai pemerhati setia tentang pembangunan dan politik semasa yang berlaku,ianya bermula dr lanjutan pengajian dan bekerjaya dilain benua dan sempadan negeri.

.:.Umum.:.

Kelantan Darulnaim (Jawi: كلنتن دار النعيم) atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 14 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia.
Berdasarkan pada Bancian Tahun 2000, Kelantan mempunyai seramai 1,313,014 orang penduduk. Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar dengan 95%, diikuti dengan kaum Cina 3.8%, kaum India 0.3% dan lain-lain kaum 0.9%.

.:.Dasar Membangun Bersama Islam.:.

Pimpinan TGNA dan kerajaan, sentiasa teguh dengan dasar membangun bersama islam berdasarkan aspek pentadbiran,pembangunan,pendidikan,perundangan,kebajikan dan keperibadian.Walaupun,pelbagai halangan dan tohmahan yang diberikan pada pimpinan TGNA,dengan dianak tirikan & sekatan kewangan yang sepatutnya disama ratakan sebagaimana negeri-negeri lain menerimanya peruntukan kewangan tersebut,Pun begitu akhirnya kelantan sepanjang pimpinan TGNA menjadi Mata-mata pada pemerhati negeri lain ,macam mane negeri yg dipimpin oleh TGNA atau pembangkang (pada Kerajaan Pusat) boleh membangun dengan baik dan lancar? dengan kadar paras kemiskinan dan kedudukan ke-6(Yg bermula dr Sabah,Terengganu,Kedah,perlis......)
smbg....
Bagi orang yang tidak faham atau tidak mahu faham tentang Dasar Membangun Bersama Islam, dasar ini mereka anggap sebagai slogan sahaja kerana tidak menghayati hakikat-hakikat hubungan Islam dengan pembangunan, dengan pemerintahan, dengan keadilan, dengan gaya hidup dan sebagainya kerana mereka cuma melihat sesuatu dari sudut kebendaan atau duniawi (sekular) sahaja. Link lanjut:


http://members.tripod.com/~rostam97/8899/889932.html



Tuesday, January 1, 2008

Tahun Baru Tahun Cabaran.










Assalamualaikum.


Alhamdulillah & satu analisa buat semua.



Tahun 2007 baru sahaja melabuhkan tirai dengan kesinambungan tahun 2008 untuk diterajui dan ditempuh dengan azam dan moga-moga tahun yang akan ditempuh ini lebih baik dari tahun sebelumnya.iallah....

Tahun Baru Tahun Cabaran...


.:.Umum :.


Tahun 2007 telah pun meninggalkan kita dengan berjuta kenangan sama ada baik, buruk, pahit atau manis. Apa yang penting sekarang ialah kita melihat tahun 2007 sambil membanding dan mengukur pencapaian yang telah kita perolehi. Adakah kita sudah berjaya merentasi tahun 2007 dengan jaya atau perlukan kita teruskan perjuangan yang masih belum selesai. Adakah kita sudah mencapai apa yang kita hasratkan pada awal tahun 2007 yang lalu dengan tuntas? Atau adakah kita perlu mengubah strategi kita tahun lalu itu untuk terus digunai pakai tahun 2008 ini?
Semua persoalan itu tertakluk bagaimana kita meninjau atau analisa kecemerlangan pencapaian kita pada tahun yang sudah. Pendekatan muhasabah diri adalah satu pendekatan yang amat bijak dalam hal ini, kerana dengan yang demikian kita dapat menyukat dan menilai sejauh mana kita sudah berjaya atau gagal dalam usaha kita menanai hasrat dan cita-cita.


Ingat...BN..Ingat Barang Naik..


Tahun baru ini rata-rata ibu dan bapa akan 'mengeluh' tentang wang belanja bagi alat dan persediaan persekolahan yang melambung,di tambah lagi dengan kenaikan Tol yang baru di umum hari ini dengan kadar 20% (Tv3...02/01/08 ).serentak dengan isu Skandal Menteri Kesihatan.Rata-rata kita akan memperuntukkan wang yang cukup besar jumlahnya untuk membeli persediaan persekolahan anak-anak kita, sama ada yang akan naik darjah atau yang baru memasuki alam persekolahan.



PRK ke-12.....
''Kewajiban yang besar untuk kemenangan Isam''

Seperti ulasan ustaz haron din dalam harakahdaily(www.harakahdaily.net )yang mahukan jentera pilihanraya pas berkeadaan bersiap sedia dan masuk gear lima bagi menghadapi palungan @gendang pilihan raya yang di jangka akan berlaku dalam masa terdekat.
“Dalam keadaan sekarang di setiap peringkat sepatutnya sudah bersiap siaga, ‘alert’ dan dipacu pada tahap gear lima,” katanya
Marilah kita muhasabah dan Check & balance balik....antara kekuatan dan kelemahan pada kedudukan yang mana sekarang...agar dapat kita counter balik :
Check & Balance :
1) Gerak kerja MTD/Cawangan (UPU)
2) Penerangan & adenga parti pada ahli2
3) Persiapan peralatan & kemudahan.
4) Sistem PACA
5)Infomasi-manifesto dll
smbg.......