Saturday, January 5, 2008

كلنتن دار النّعيم Kelantan Darul Naim




Photoshoot: Sebahagian Mercu Pembangunan di Kelantan Darul Naim..............

.......Anak Perantau.......








Assalamualaikum.

Pada sesi kali ini,Penulis akan cuba melontarkan beberapa lontaran pandangan berdasarkan pemerhatian dan fakta tentang negeri kelantan di bawah pimpinan Menteri Besar Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat(TGNA).Penulis yang dibesarkan dari kecil dalam suasana yg sedia ada (Pimpinan TGNA) hingga menjadi perantau dan jugak sebagai pemerhati setia tentang pembangunan dan politik semasa yang berlaku,ianya bermula dr lanjutan pengajian dan bekerjaya dilain benua dan sempadan negeri.

.:.Umum.:.

Kelantan Darulnaim (Jawi: كلنتن دار النعيم) atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 14 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia.
Berdasarkan pada Bancian Tahun 2000, Kelantan mempunyai seramai 1,313,014 orang penduduk. Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar dengan 95%, diikuti dengan kaum Cina 3.8%, kaum India 0.3% dan lain-lain kaum 0.9%.

.:.Dasar Membangun Bersama Islam.:.

Pimpinan TGNA dan kerajaan, sentiasa teguh dengan dasar membangun bersama islam berdasarkan aspek pentadbiran,pembangunan,pendidikan,perundangan,kebajikan dan keperibadian.Walaupun,pelbagai halangan dan tohmahan yang diberikan pada pimpinan TGNA,dengan dianak tirikan & sekatan kewangan yang sepatutnya disama ratakan sebagaimana negeri-negeri lain menerimanya peruntukan kewangan tersebut,Pun begitu akhirnya kelantan sepanjang pimpinan TGNA menjadi Mata-mata pada pemerhati negeri lain ,macam mane negeri yg dipimpin oleh TGNA atau pembangkang (pada Kerajaan Pusat) boleh membangun dengan baik dan lancar? dengan kadar paras kemiskinan dan kedudukan ke-6(Yg bermula dr Sabah,Terengganu,Kedah,perlis......)
smbg....
Bagi orang yang tidak faham atau tidak mahu faham tentang Dasar Membangun Bersama Islam, dasar ini mereka anggap sebagai slogan sahaja kerana tidak menghayati hakikat-hakikat hubungan Islam dengan pembangunan, dengan pemerintahan, dengan keadilan, dengan gaya hidup dan sebagainya kerana mereka cuma melihat sesuatu dari sudut kebendaan atau duniawi (sekular) sahaja. Link lanjut:


http://members.tripod.com/~rostam97/8899/889932.html



No comments: