Tuesday, August 26, 2008

Ramadhan Hadirmu Kami Nanti




Ramadhan Kareem,


'' May ALLAH `Azzawajalla make us among the ones who worship HIM sincerely and with a pure heart, the ones who do everything for HIS sake only''.
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua pengunjung

Monday, August 11, 2008

Akhbar Alternatif 2X Seminggu


Alhamdulillah , maha suci dan segala puji-pujian padaMu serta selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad saw.Atas kesempatan & ruang masa yang diberiNya
Insyallah bermula pada pertenggahan bulan Ogos nanti para pembaca akhbar alternatif utama,Harakah akann menemui pembaca dengan edisi keluaran pertama selepas diberikan pelepasan serta kelulusan kerajaan untuk digandakan keluaran sebanyak dua kali seminggu selepas melalui pahit jenuh permintaan untuk kelulusan tersebut.

Sunday, August 10, 2008

Rugayah Olympic's Beijing 2008 ?


Kedatagan 8 Aug 2008 baru ini mengesahkan tirai pembukaan bagi sukan bertaraf dunia di Beijing,dengan peryertaan dari negara seluruh dunia sebanyak 200 lebih negara yang mengambil bahagian dan berkampung di sana.Sebagai isian dalam ruangan blog rasanya tidak perlu bagi saya untuk mengulas secara panjang lebar tentang punggutan pingat yang dimenangi dan menjangka '' The Winner & Losers'' dalam Olympic Beijing'' kerna sudah banyak mengulas melalui paparan media elektronik dan cetak .
Setelah berlangsung selama 2 hari temasya sukan tersebut, saya sempat mengikuti secara tidak langsung melalui saluran TV bagi untuk 'update ' perkembangan semasa.Dan apa yang saya tertarik dan lontarkan pada rungan pada kali ini adalah berkaitan dengan ''Temasya Sukan & Etikanya .Kesimpulan yang dapat diambil berdasarkan pemerhatian pra-tonto dan tradisi penganjuran sukan olympics sebelum boleh dikatakan sama dari segi Kod Pemakian atlet yang mengambil bahagian dalam temasya sukan tersebut ,bahkan tidak berubah walaupun sudah berapa kali dianjurkan bermula dari sejarah perganjuran sukan di athen’s . Mungkin ada benarnya statement ini ‘’ Because of the sad reality that prostitution and sexual debauchery have become part of the Olympics family’’.(Malaysia Today & Harakah edisi :bil 1365).
Penganjuran sukan terbesar bertaraf dunia ini menjadi medan terbesar lagi berbuka bagi pertayangan ‘’the sexy and hot bodies on blatant display’’buat semua lapisan masyarakat.

Sebenarnya agak bukan senang juga untuk memperkatakan dan meyentuh tentang etika kod pemakaian dalam acara besar ini terutamanya :
1) Pelbagai lapangan jenis acara sukan yang Pertandingkan.
2) Dimonopoli sebahagian besar daripada Negara –negara barat yang bukan islam
3) Tradisi pemakaian yang menjadi sebahagian amalan sukan sejak berabab lamanya.

Insuran adalah Perlindungan Bukan Pelaburan

Tulisan ini bertujuan memberi kefahaman bahawa insurans atau polisi insurans yang dibeli merupakan satu langkah perlindungan dari risiko kerugian sekiranya keadaan yang "dijanjikan" dilindungi berlaku.Insurans motor umpamanya, merupakan satu perjanjian antara syarikat insurans dengan pemegang polisi untuk menggantikan kenderaan yang diinsuranskan kepada keadaan sebelum kejadian yang menimpa yang pula dilindungi oleh polisi tersebut.Apabila berlaku kemalangan umpamanya,polisi yang dibeli itu akan menggantikan kereta kepada keadaan sebelum kemalangan tersebut.Tetapi secara praktikal adalah sukar menggantikan kereta kepada keadaan sebelum kemalangan,maka nilai semasa kereta tersebut diambil kira dalam menentukan jumlah penggantiannya.Maknanya,pemilik akan mendapat kembali kereta tersebut pada nilai semasa sebelum kemalangan itu.Dengan ini juga bermakna pemilik tidak mendapat apa apa keuntungan dari tuntutan polisinya tetapi mendapat kembali nilai keretanya serta mengelakkannya menanggung kerugian.Itulah konsep dan tujuan Insurans dibeli bukan untuk mendapatkan keuntungan.dengan kata kata lain,insurans bukan satu bentuk pelaburan seperti saham atau simpanan bank.Ianya merupakan perbelanjaan mengurus yang harus ditanggung oleh pemilik harta yang berisiko kerugian.Dengan penerangan ringkas ini,diharap dapat memberi kefahaman agar tidak lagi berlaku salah faham yang mungkin menyebabkan ada pihak yang beranggapan insurans adalah satu penipuan atau perniagaan yang hanya pandai mengambil wang orang ramai tetapi berbelit belit ketika membuat bayaran tuntutan.

e INSURANS

Pada 1/1/2005 bank negara telah memperkenalkan e INSURANS bagi semua urusniaga insurans motor.Berikutan dengan itu,semua agen insurans am yang hendak menjalankan urusniaga dikehendaki memiliki komputer dan internet.Semua cover note dikeluarkan secara online dan pengesahannya dibuat serta merta oleh JPJ.Dengan perlaksaan ini,cover note secara manual tidak lagi sah dan pengeluarannya dibuat melalui komputer dan internet.Perlaksanaan e INSURANS ini juga menandakan berakhirnya segala penipuan insurans yang sebelum ini banyak dilapurkan.Agen agen insurans tidak lagi mengeluarkan cover note sewang wenangnya sebaliknya sebarang cover note yang dikeluarkan akan mudah dipantau oleh prinsipal.Perlaksanaan ini juga memudah dan mempercepatkan urusan pembaharuan road tax.Selain dari itu perlaksanaan e INSURANS juga menjamin bayaran premium sampai kepada prinsipal tepat pada waktunya.Agen tidak lagi mempunyai ruang untuk menggunakan premuim yang dikutip itu untuk tujuan lain.Dengan kata kata lain,orang ramai tidak perlu lagi bimbang untuk membeli insurans motor dengan agen bertauliah.Malah pembelian menerusi agen lebih selamat dari sudut keperluan insurans serta dari segi perkhidmatan lepas jualannya.Agen insurans berupaya menjadi tempat rujuk kepada permasalahan insurans secara bersekemuka dan mudah berbanding dengan pembelian melalui bank yang selalunya kakitangannya tidak memiliki maklumat insurans yang cukup berbanding agen yang insya Allah boleh membantu dan menyelesaikan permasalahan insurans pengguna.

Copy:http://mizan-aziz.blogspot.com/