Sunday, August 10, 2008

Insuran adalah Perlindungan Bukan Pelaburan

Tulisan ini bertujuan memberi kefahaman bahawa insurans atau polisi insurans yang dibeli merupakan satu langkah perlindungan dari risiko kerugian sekiranya keadaan yang "dijanjikan" dilindungi berlaku.Insurans motor umpamanya, merupakan satu perjanjian antara syarikat insurans dengan pemegang polisi untuk menggantikan kenderaan yang diinsuranskan kepada keadaan sebelum kejadian yang menimpa yang pula dilindungi oleh polisi tersebut.Apabila berlaku kemalangan umpamanya,polisi yang dibeli itu akan menggantikan kereta kepada keadaan sebelum kemalangan tersebut.Tetapi secara praktikal adalah sukar menggantikan kereta kepada keadaan sebelum kemalangan,maka nilai semasa kereta tersebut diambil kira dalam menentukan jumlah penggantiannya.Maknanya,pemilik akan mendapat kembali kereta tersebut pada nilai semasa sebelum kemalangan itu.Dengan ini juga bermakna pemilik tidak mendapat apa apa keuntungan dari tuntutan polisinya tetapi mendapat kembali nilai keretanya serta mengelakkannya menanggung kerugian.Itulah konsep dan tujuan Insurans dibeli bukan untuk mendapatkan keuntungan.dengan kata kata lain,insurans bukan satu bentuk pelaburan seperti saham atau simpanan bank.Ianya merupakan perbelanjaan mengurus yang harus ditanggung oleh pemilik harta yang berisiko kerugian.Dengan penerangan ringkas ini,diharap dapat memberi kefahaman agar tidak lagi berlaku salah faham yang mungkin menyebabkan ada pihak yang beranggapan insurans adalah satu penipuan atau perniagaan yang hanya pandai mengambil wang orang ramai tetapi berbelit belit ketika membuat bayaran tuntutan.

e INSURANS

Pada 1/1/2005 bank negara telah memperkenalkan e INSURANS bagi semua urusniaga insurans motor.Berikutan dengan itu,semua agen insurans am yang hendak menjalankan urusniaga dikehendaki memiliki komputer dan internet.Semua cover note dikeluarkan secara online dan pengesahannya dibuat serta merta oleh JPJ.Dengan perlaksaan ini,cover note secara manual tidak lagi sah dan pengeluarannya dibuat melalui komputer dan internet.Perlaksanaan e INSURANS ini juga menandakan berakhirnya segala penipuan insurans yang sebelum ini banyak dilapurkan.Agen agen insurans tidak lagi mengeluarkan cover note sewang wenangnya sebaliknya sebarang cover note yang dikeluarkan akan mudah dipantau oleh prinsipal.Perlaksanaan ini juga memudah dan mempercepatkan urusan pembaharuan road tax.Selain dari itu perlaksanaan e INSURANS juga menjamin bayaran premium sampai kepada prinsipal tepat pada waktunya.Agen tidak lagi mempunyai ruang untuk menggunakan premuim yang dikutip itu untuk tujuan lain.Dengan kata kata lain,orang ramai tidak perlu lagi bimbang untuk membeli insurans motor dengan agen bertauliah.Malah pembelian menerusi agen lebih selamat dari sudut keperluan insurans serta dari segi perkhidmatan lepas jualannya.Agen insurans berupaya menjadi tempat rujuk kepada permasalahan insurans secara bersekemuka dan mudah berbanding dengan pembelian melalui bank yang selalunya kakitangannya tidak memiliki maklumat insurans yang cukup berbanding agen yang insya Allah boleh membantu dan menyelesaikan permasalahan insurans pengguna.

Copy:http://mizan-aziz.blogspot.com/

No comments: