Saturday, October 17, 2009

Amanah Membina Kegemilangan






Assalamualaikum wasyukurillah.



Nabi berkata .'' Sesiapa antara kamu yang mempunyai 4 perkara ini maka dia akan terhindar drpd kemeratan berhubung apa yg tidak diperolehi dr dunia ini ''

1. Bercakap benar

2. Beramanah

3. Baik tingkahlaku

4. Menjaga makanan ( Agar terpelihara drpd yg haram )


Zaman kegemilangan islam sebelum ini adalah zaman di mana amanah dijunjung tinggi. sebagai contoh ,pada zaman khalifah umar khattab,seorang peniaga wanita tidak mahu mencampurkan susu binatang dengan air walaupun dengan cara demikian beliau mendapat keuntungan yang lebih tinggi.Dia sekadar berkata , " Jika Khalifah umar tidak nampak perbuatanku, Allah meihat segala perbuatanku ".


Tanggal 17 Oct 2009 bersamaan 29 syawal 1430

> Salam epilog & selamat merayakan suasana eidulfitri dipenghujungnya dengan memeriahkan amalan kunjung-mengunjung & mengeratkan silaratulrahim .Pada yang berstatus YB dan bakal YB nanti ,Datuk & Datin,Tuan @ Puan sri,sehinggalah yang pada mereka yang tidak berstatus atau berkerabat,saya percaya mereka yang berhasrat untuk mengadakan rumah termuda pada tahun ini,minggu yg terakhir ini adalah kesempatan akan diambil untuk menyemput ahli keluarga terdekat ,rakan taulan ,sanak saudara,untuk menjadi tetamu pada majlis yang akan diadakan nanti.
SELAMAT MENJAMU SELERA & BERMAAF-MAAFANLAH DISEMPATAN YG ADA.

> Alhamdulillah,Dalam minggu yang terakhir syawal,dapat juga melunaskan beberapa jemputan ''Open House'' daripada sahabat2 terutamanya yang berada kawasan sekitar kemaman,Terima atas jemputan ,Moga Allah melimpahankan kerahmatan pada anda sekeluarga,Amin.



MEMELIHARA AMANAH

Menarik jugak untuk dikongsikan dan sebagai peringatan bersama,terutamanya kita memperkatakan tentang '' AMANAH''.

Pengenalan amanah dalam buku 7 Formula Individu Cemerlang oleh Dr Danial Zainal Abidin.

''Insan yang Berjaya adalah mereka yang beramanah . Menurut Iman Qatadah , '' Amanah adalah Islam ,ibadat yang fardu dan batas-batas agama .''Iman al-Alusi pula berkata ,'' Amanah adalah tanagggungkawab yang berkaitan dengan hak-hak Allah dan hak-hak makhluk sama ada berbentuk perbuatan , perkaitan ataupun kepercayaan''.

Saya kira konsep AMANAH merupakan perkara yang begitu signifikasi dalam menusuri perjalanan kehidupan kita seharian.Amanah bermula dari kita yang tidak dapat lari daripada disiplin dalam kehidupan supaya kejujuran dapat dihayati selalu walaupun ianya pahit ''.

1. Tugas yang diberikan juga adalah AMANAH

2. Memilih kawan juga adalah AMANAH

3. Memilih pasangan hidup adalah AMANAH

4. Memilih pemimpin tidak dapat dipisahkan daripada AMANAH

ect.....

> Minggu ini agak menarik juga untuk dikongsikan bersama,

1. Disebabkan kerana perjalanan ke tempat yang dituju sekitar 150km,dari tempat saya (dr kemaman ke kuala terengganu ),pada malam perjalanan ke tempat yang dituju saya telah dikejar oleh abe saudara(panggilan ore klate) polis trafik, apabila berjaya mengejar saya ,terus mengatakan saya telah ''over speed limit'',saya cuba mempertahan dan mempersoalkan serta mengatakan saya masih mengikut speed limit 80km/j..dingdong..dongdong ..Abe trafic mengadakan '' senang-senang settle kat sini jer.RM?.....mana AMANAH anda ?


2. Tahun 2009,tercatat antara tahun paling banyak berlakunya siri pilihanraya kecil,
disini konsep amanah jugak tidak lari iaitu AMANAH dalam memilih pemimpin yang betul-betul amanah .Apabila tanggungjawab diberikan kepada mereka yang tidak beramanah,pancaroba timbul.Adakah ANDA (pengundi-pengundi) menilainya atas pertimbangan sebetulnya kerna tajihahnya bukan hanya disini sahaja tetapi nun diperhadapan Rabbul Jalil.


Wassalam

Al Chukai,Kemaman

No comments: