Monday, June 14, 2010

Kembara Ke Ipoh '' Mengikat Tali Ukhwah Kembali & Membina KEBAIKAN ''


Salam Epilog ,




Kembara ke ipoh kembara dengan harapan & tujuan yg jelas.......


SUNGGUH, jika kita bersahabat, cari lah sahabat yang tetap setia jika kita berada dalam senang & duka, mengajar kita untuk KEBAIKAN dan tetap menegur kita jika kita melakukan kesilapan.

Firman Allah Ta'ala bermaksud:


"Teman-teman akrab pada hari akhirat kelak akan menjadi musuh diantara satu sama lain kecuali mereka yang menjalinkan atas dasar ketaqwaan." (Az-Zukhruf:67)


Alhamdulilah, kembara ke ipoh pada hujung minggu lepas ,adalah kembara dengan tujuan untuk mengikat tali Ukhwah @ ziarah sahabat yang agak lama tidak bertemu mata,dek kerana kesibukan urusan kehidupan masing2,.....


Putaran masa rasanya terlalu pantas, sebetulnya sifat manusia yang sentiasa tiada kecukupan waktu ...sedangkan putaran 24 jam kehidupan adalah secukupnya jika meraka pandai dan tahu untuk memanafaatkannya ( Peringatan DIRI ) ...


walaupun kembara 2H1M di ipoh terlalu singkap , Alhamdulilah ,ianya seolah2 siri perjalanan yang berjalan dengan tersusun.selain dapat melihat struktur pembangunan di bandar ipoh yang di kenali sebagai Botani city dan '' Green Town of Ipoh ' .....saya juga berkesempatan untuk meghadiri majlis walimas sahabat kepada sahabat saya.

No comments: