Wednesday, November 3, 2010

Mengapa Takaful Ikhlas lain dari yang lain ??





Ramai di antara kita sering tertanya-tanya apakah kelebihan Takaful Ikhlas berbanding dengan insurans islam yang lain seperti Etiqa, Takaful Malaysia atau PruBsn Takaful?

Setiap insurans yang ada di dalam negara kita Malaysia ini mempunyai kelebihan masing-masing. Ia diibaratkan seperti saling melengkapi antara satu sama lain.

Antara kelebihan yang terdapat di dalam Pelan Insurance Takaful Ikhlas ialah...Takaful Ikhlas mempunyai satu borang yang di panggil borang Hibah.

Kita biasa dengar Borang Penama ialah borang untuk nama pewaris kita sekiranya berlaku sebarang musibah ke atas kita. di sini pengguna perlu tahu apakah sebenarnya fungsi Borang Penama dan Borang Hibah

Borang Penama : setiap nama yang diletakkan di dalam Borang Penama ialah orang yang layak menuntut wang pampasan, TETAPI bukan orang yang layak menerima wang pampasan. Wang pampasan masih lagi tertakluk di bawah Hukum Faraid.

Borang Hibah : setiap nama di dalam borang ini adalah waris yang layak menerima wang pampasan tersebut. dan Borang Hibah juga mengecualikan wang pampasan daripada Hukum Faraid.

Maksud yang lebih jelas ialah borang hibah memudahkan proses tunttan dimana wang pampasan akan di bayar 100% terus kepada waris2 yang tercatat nama nya di dalam borang hibah tersebut. Tidak mengira nama waris tersebut terlibat dalam Hukum Faraid atau tidak.

Manakala borang penama ialah borang yang akan di uruskan oleh amanah raya untuk membuat proses tuntutan. Setiap nama yang tercatat di dalam borang penama tidak semestinya layak menerime wang pampasan kerana pembahagian wang pampasan mengikut hukum faraaid..

Borang Hibah ini memudahkan proses tuntutan dan hanya mengambil masa 14 hari dari tuntutan dibuat kerana tidak perlu melalui amanah raya yang kadang kala megambil masa berbulan-bulan sebelum sesuatu pembayaran tuntutan itu dibuat.


trivia : Sebab tu Takaful IKHLAS bahagian Death Claim adalah yang terbaik di Malaysia, paling cepat dalam tempoh 14 hari dan tidak pernah miss lagik kerana adanya borang Hibah :)



Read More...

No comments: