Monday, April 18, 2011

Begitu Romantik Rasulullah saw



Alhamdulillah, segala puji-pujian & lafaz kesyukuran saya mulakan sebagai awalan penulisan bg entri blog epilogrijal kali ini. '' Tiada Kata secantik bahasa, cantik bahasa itu bila disulami dengan kata-kata yang boleh mengingatkan Kita padaNya & bermanfaat untuk dikongsikan ''.


Sebagai perkongsian entri kali ini,saya ingin berkongsi bedah buku '' Begitu Romantis Rasulillah Saw'' sebagai memetik Hikmah di balik perkahwinan Manusia agung....Alhamdullilah saya telah melengkapkan bahan bacaan saya dengan dipertemukan buku ini yang amat bermanfaat ..tambah lagi bg menyelusuri teladan,sirah @ sunnah rasulullah saw dalam menjalani kehidupan berkeluarga.....


Cinta di Kedai Buku...MegaMall Kuantan....


Opss...ini Bukan gosip panas yang hangat diperkatakan, cinta muda -mudi masa kini.Tapi cerita sesudah diijab kabul saya dan isteri. Cinta muda-mudi juga,tapi berbeza kerna kami sudah ada ikatan yang sah., cinta kami jalinkan dengan redhaNya bukan murkaNya kerna melanggar syariatNya..


"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." surah Al-Isra' ayat 32

Sebagai manifestasi cinta kami cinta selepas kahwin, saya membawa isteri untuk mengisi masa hujung minggu bersama '' Al Maklum Masing2 berjauhan dek oleh tugasan yang melangkau benua kawasan '' dan sahabat2 lebih maklum sebagai '' Weekend Husband@ wife '' kerana masing2 berada tempat yang berbeza & hanya berjumpa pada hujung 2 minggu (Kami berkongsi pengalaman yg sama...senior2 yg sudah melalui pengalaman ini) .Jarak kami ,antara saya dan isteri lebih kurang 2 marhalah @ 11o Km ( Kuala Terengganu-Kemaman). Cinta di Kedai Buku Popular Mega Mall, selain mengisi masa bermanfaat bersama di sekitar pesisir pantai & bandar Kuantan bersama,kami berkesempatan mencuri masa bersama di kedai buku ini.Menjalin nikmat cinta...tambah lagi dengan tambunan buku-buku cinta oleh novelis2 & motivator terkenal.....antara buku cinta yang popular dulu...KCB ( Ketika Cinta Bertasbih) ,Cinta antara benua, Cinta padaNya.....Bunga2 Cinta....Hahhaha...Kuat lagi ingatan ku...Great Memorial..Keep it up.Lastly we ending at the bookstore with this book ( Begitu Romantis Rasulullah saw ) to brought as reading material at home...........................





'' Begitu Romantis Rasulillah Saw '' Buku Kemilau Publika,




Sebuah Buku kecil berhalaman 200ms, dengan olahan yg cukup menarik dan mesti dimiliki...masa kan tidak novel2 lain pantang ada ayat-ayat cinta boleh pasti dibeli untuk dibaca dan sebagai buku koleksi peribadi..........smbg lagi...nantikan ulasan seterusnya...




Cinta Kami
Rismail & Siti Nasrah
Paka, Terengganu

Saturday, April 16, 2011

Priority vs value of task....






Alhamdulilah, atas ruang masa untuk menulis walaupun kesempitan masa yang amat terasa kini, ruang masa bagi menghadapi final Exam dalam masa terdekat,menyiapkan assignment2 kelas dan jugak kertas kerja dari pej ..ini semua dek oleh penangguhan kerja berkali-kali......Ya Rabb,Engkau Maha Mengetahui urusan2 ini..permudahkanlah kerja-kerja ini. ..


diepilog jua...medan untuk ku menyusun mainan minda..gerak atur priority tugasan yang perlu ku sudahkan selain daripada catatan sebagai lesson learned dan perkongsian... Keutamaan Tugasan :


  • Project/Assignment subject....

  • Preparation for Final Exam......................

  • Menghadir prog ke Kedah ..hjg bln ini ( 29.4-1.5.2011)

  • Prepare proposal for Innovation & management system...

ilutrasi tugasan saya...



“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mengabdikan diri kepada-Ku.”

(Surah az-zariat:56)


Bertepatan dengan hadir & kewujudan kita diatas muka bumi ini dibekalkan dengan amanah, amanah sebagai Hamba pd Rabb yang telah menjadikan kita dari rahim ibu kita,Dari amanah yang utama ini kita boleh perkatakan lagi kepada amanah kita pada orang tua@ ibu dan ayah sebagai anak,amanah Suami-isteri dalam institusi keluarga,dan seterusnya amanah kita dengan tugasan harian kita..Amanah anak buah pada majikan dll......


Konflik Keutamaan Vs Nilai suatu tugasan .


Kalau dizaman persekolahan,Seingat Saya, keutamaan saya untuk menyiapkan sesuatu tugasan ..adalah mengikut yg mane cikgu yg paling garang,selain daripada subjek yg menjadi kesukaan saya..Kimia,Matematik @cikgu comel ....hehehe......Mungkin ada hikmahnya, Mendapat cikgu yg garang (Cikgu mailto:Nor@Cikgu%20Giant ),Cikgu nor ..salah seorang cikgu matematik yg sy ingat dengan susuk badan yang besar..satu kelas takut bila berhadapan dengan nya bila dipanggil ke meja hadapan .bg mengelakkan pulasan di perut. Pasti tugasan yang berikan dibereskan terlebih dahulu......itu priority dulu2..


Hari ini, sepatutnya penilaian kita pada sesuatu tugasan adalah bersandarkan kepada keutamaan & nilai sesuatu kerja yang hendak dilaksanakan.Bukannya yang mana tugasan ''atas dasar takut2 kena denda @ ada habuan ''dll.Perancang masa untuk melaksaankan tugasan juga memainkan peranan yng cukup penting agar dapat hasil yang baik .contoh : kalau tugasan yang memerlukan masa setengah hari untuk disiapkan ,jangan sampai masa seminggu masih belum disiapkan,disebabkan kurang perancangan dan penumpuan pada sesuatu tugasan...



Menulis Menghadam Pemahaman (MMP)

Mohamad Ri Ismail,Paka