Sunday, January 18, 2009

Tiadalah kemenangan kecuali ....


Salam epilog,


Alhamdulillah dengan rasminya PR p036 Kuala Terengganu dimenangi dengan majoriti agak besar oleh PAS melalui calonnay Hj Mohd Abdul Wahid Endut.


Allah berfirman, ” Tiadalah kemenangan kecuali daripada sisiNya jua, Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”


Saturday, October 4, 2008

Salam 'Idulfitri buat semua





Assalamualaikum , pertamanya lagi & lagi saya bersyukur serta memuji diatas pengurniaan pelbagai nikmat dari tuan punya dunia.Kalau sebelum & hari ini nikmat keberadaan kita dapat merasai serta berada di dalam bulan ramadhan ,di mana satu bulan khusus yang dijanjikan dengan pelbagai balasan @rebat bagi mereka berada dan mendambakannya , dan pada hari ini sekali kita dikurniakan olehNya untuk membesarkanNya (Allahuakhbarullah3) .

Dikesempatan ini, saya serta unit ICT laman ingin mengucapkan salam 'idulfitri @ maaf & batin buat semua pengunjung2 . Ambillah kesempatan yang ada ini untuk menghidupkan amalan kunjung mengunjung bagi mengeratkan ikatan silaraturrahim ahli keluarga serta sanak saudara.

Dan jugak Selamat pengantin Baru buat, sahabat2 & biah yang ingin mengadakan Walimas sempena dengan musim cuti ini @perayaan ini.


salam Lebaran

Ikhlas Dari
Mohamad Ri
PT , Kota Bharu Kelantan

Monday, September 8, 2008

'' Seputar Ramadhan ''


Bismillahirrahamanirrahim.


Saya memuji Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana berpeluang menulis pada kali ini dalam Laman komuniti epilogrijal.Moga-moga diberikan kesempatan dan nikmat sebegini berterusa


................. Putaran Ramadhan ..........................


Ramadhan,rasanya semacam baru semalam bersahur bagi Ramadhan kali ini,tapi ditanpa boleh disangkar kita seluruh umat islam di dunia & umumnya di Malaysia susah memasuki usia seminggu berada dan menjalani ibadah puasa di dalam bulan ramadhan yang terkenal sebagai Karnival @pesta ibadah,Inilah ia dinamakan HARGA Nilai & Waktu dalam kehidupan Muslim serta kitaran alam sejagat yang sentiasa berjalan dan berputar tanpa boleh diundur lagi.


‘’Dan Dia (pula) yang menjadika malam dan siang silih berganti bagi Orang yang ingin mengambil pelajaran atau orang yang ingin bersyukur.’’(al –Furqan : 62)


‘’Demi Masa .Sesungguhnya manuasia itu benar-benar berada dalam kerugian.’’( al-Ashr: 1-2)


=> moga kita sama-sama mengambil pengambil peringatan dan penekanan bersama mengenai tanggungjawab terhadap masa di hadapan Allah .

Bulan Ramadhan juga merupakan anugerah Allah swt kepada umat manusia khususnya umat islam bagi mengandakan lagi amalannya di samping di bulan-bulan yang lain,dan ianya juga sebagai action force medan latihan bagi menguatkan dan melengkapi jati diri (muslim idaman) sebenar bagi menghadapi bulan-bulan mendatang (11 bulan lagi) agar kita tidak mudah atau terus tewas rebah dengan cubaan DUNIA, Dunia yang perlu kita lihat dalam sudut dan dimensi kaca mata muslim sebagai kebun ke akhirat yang kekal dan Dunia yang bersifat fatamogana’ di belakangnya adalah tharut’ dan syaitan yang telah bersaksi dengan Allah untuk meyesatkan & menarik umat manusia berpaling dari jalan Allah swt dan berpihak pada jalan mereka. Di mana dalamnya (Ramadhan), syaitan dibelenggu (Tidak banyak godaan seterusnya manuasia kembali kepada fitrah asal suka beribadat kepada Allah swt), dilibat gandakan ganjaran pahala bagi mereka yang mengerja amalan kebajikan,sehingga 70 kali ganjaran bagi setiap amalan. Amalan sunat pahalanya sama dengan amalan fardu di bulan-bulan yang lain.Bonus yang pling besar ialah adanya ‘’ Lailatul Qadar '' di mana pahalanya sama dengan 1,000 bulan.


‘’Pada bulan ini pula tuhan tutup pintu neraka dan buka pintu syurga.Tuhan perintahkan kepada syurga supaya menghiaskan diri untuk orang –orang lslam yang berpuasa.Begitu juga bidadari bersiap menyambut orang yang berpuasa’’


Sempena dengan Putaran Ramadhan kali ini dan ramadhan yang pasti ada dan akan berlaku pada masa mendatang yang didatangkanNya, Cuma Kita yang belum pasti lagi untuk kedatangan ramadhan akan datang, marilah kita mengambil kesempatan sepenuhnya untuk ramadhan kali ini, untuk meningkatkan TAQWA padaNYa.yang diterjemahkan melalui amalan-amalan yang kita lakukannya.’’sesungguhnya amalan yang baik adalah melinkungi ‘’ Amal Makruf Nahi mungkar’’ Atau menegakkan serta menjunjung tinggi syariat Allah swt serta meninggalkan larangannya.


Sinonimnya di bulan Ramadhan di galakkan untuk beramal ibadah dengan boleh dilakukan dengan mengerjakan ibadat tarawih,qiamullai dan menderma,’’ Baginda Rasullullah saw pada bula puasa menderma seperti ibarat air yang mengalir dari punca’’.Ya rasullah engkaulah Rasul kami dan ikutan kami.
Wassalam
Salam Ramadhan
Paka,Terengganu

Tuesday, August 26, 2008

Ramadhan Hadirmu Kami Nanti




Ramadhan Kareem,


'' May ALLAH `Azzawajalla make us among the ones who worship HIM sincerely and with a pure heart, the ones who do everything for HIS sake only''.
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua pengunjung

Monday, August 11, 2008

Akhbar Alternatif 2X Seminggu


Alhamdulillah , maha suci dan segala puji-pujian padaMu serta selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad saw.Atas kesempatan & ruang masa yang diberiNya
Insyallah bermula pada pertenggahan bulan Ogos nanti para pembaca akhbar alternatif utama,Harakah akann menemui pembaca dengan edisi keluaran pertama selepas diberikan pelepasan serta kelulusan kerajaan untuk digandakan keluaran sebanyak dua kali seminggu selepas melalui pahit jenuh permintaan untuk kelulusan tersebut.

Sunday, August 10, 2008

Rugayah Olympic's Beijing 2008 ?


Kedatagan 8 Aug 2008 baru ini mengesahkan tirai pembukaan bagi sukan bertaraf dunia di Beijing,dengan peryertaan dari negara seluruh dunia sebanyak 200 lebih negara yang mengambil bahagian dan berkampung di sana.Sebagai isian dalam ruangan blog rasanya tidak perlu bagi saya untuk mengulas secara panjang lebar tentang punggutan pingat yang dimenangi dan menjangka '' The Winner & Losers'' dalam Olympic Beijing'' kerna sudah banyak mengulas melalui paparan media elektronik dan cetak .
Setelah berlangsung selama 2 hari temasya sukan tersebut, saya sempat mengikuti secara tidak langsung melalui saluran TV bagi untuk 'update ' perkembangan semasa.Dan apa yang saya tertarik dan lontarkan pada rungan pada kali ini adalah berkaitan dengan ''Temasya Sukan & Etikanya .Kesimpulan yang dapat diambil berdasarkan pemerhatian pra-tonto dan tradisi penganjuran sukan olympics sebelum boleh dikatakan sama dari segi Kod Pemakian atlet yang mengambil bahagian dalam temasya sukan tersebut ,bahkan tidak berubah walaupun sudah berapa kali dianjurkan bermula dari sejarah perganjuran sukan di athen’s . Mungkin ada benarnya statement ini ‘’ Because of the sad reality that prostitution and sexual debauchery have become part of the Olympics family’’.(Malaysia Today & Harakah edisi :bil 1365).
Penganjuran sukan terbesar bertaraf dunia ini menjadi medan terbesar lagi berbuka bagi pertayangan ‘’the sexy and hot bodies on blatant display’’buat semua lapisan masyarakat.

Sebenarnya agak bukan senang juga untuk memperkatakan dan meyentuh tentang etika kod pemakaian dalam acara besar ini terutamanya :
1) Pelbagai lapangan jenis acara sukan yang Pertandingkan.
2) Dimonopoli sebahagian besar daripada Negara –negara barat yang bukan islam
3) Tradisi pemakaian yang menjadi sebahagian amalan sukan sejak berabab lamanya.

Insuran adalah Perlindungan Bukan Pelaburan

Tulisan ini bertujuan memberi kefahaman bahawa insurans atau polisi insurans yang dibeli merupakan satu langkah perlindungan dari risiko kerugian sekiranya keadaan yang "dijanjikan" dilindungi berlaku.Insurans motor umpamanya, merupakan satu perjanjian antara syarikat insurans dengan pemegang polisi untuk menggantikan kenderaan yang diinsuranskan kepada keadaan sebelum kejadian yang menimpa yang pula dilindungi oleh polisi tersebut.Apabila berlaku kemalangan umpamanya,polisi yang dibeli itu akan menggantikan kereta kepada keadaan sebelum kemalangan tersebut.Tetapi secara praktikal adalah sukar menggantikan kereta kepada keadaan sebelum kemalangan,maka nilai semasa kereta tersebut diambil kira dalam menentukan jumlah penggantiannya.Maknanya,pemilik akan mendapat kembali kereta tersebut pada nilai semasa sebelum kemalangan itu.Dengan ini juga bermakna pemilik tidak mendapat apa apa keuntungan dari tuntutan polisinya tetapi mendapat kembali nilai keretanya serta mengelakkannya menanggung kerugian.Itulah konsep dan tujuan Insurans dibeli bukan untuk mendapatkan keuntungan.dengan kata kata lain,insurans bukan satu bentuk pelaburan seperti saham atau simpanan bank.Ianya merupakan perbelanjaan mengurus yang harus ditanggung oleh pemilik harta yang berisiko kerugian.Dengan penerangan ringkas ini,diharap dapat memberi kefahaman agar tidak lagi berlaku salah faham yang mungkin menyebabkan ada pihak yang beranggapan insurans adalah satu penipuan atau perniagaan yang hanya pandai mengambil wang orang ramai tetapi berbelit belit ketika membuat bayaran tuntutan.

e INSURANS

Pada 1/1/2005 bank negara telah memperkenalkan e INSURANS bagi semua urusniaga insurans motor.Berikutan dengan itu,semua agen insurans am yang hendak menjalankan urusniaga dikehendaki memiliki komputer dan internet.Semua cover note dikeluarkan secara online dan pengesahannya dibuat serta merta oleh JPJ.Dengan perlaksaan ini,cover note secara manual tidak lagi sah dan pengeluarannya dibuat melalui komputer dan internet.Perlaksanaan e INSURANS ini juga menandakan berakhirnya segala penipuan insurans yang sebelum ini banyak dilapurkan.Agen agen insurans tidak lagi mengeluarkan cover note sewang wenangnya sebaliknya sebarang cover note yang dikeluarkan akan mudah dipantau oleh prinsipal.Perlaksanaan ini juga memudah dan mempercepatkan urusan pembaharuan road tax.Selain dari itu perlaksanaan e INSURANS juga menjamin bayaran premium sampai kepada prinsipal tepat pada waktunya.Agen tidak lagi mempunyai ruang untuk menggunakan premuim yang dikutip itu untuk tujuan lain.Dengan kata kata lain,orang ramai tidak perlu lagi bimbang untuk membeli insurans motor dengan agen bertauliah.Malah pembelian menerusi agen lebih selamat dari sudut keperluan insurans serta dari segi perkhidmatan lepas jualannya.Agen insurans berupaya menjadi tempat rujuk kepada permasalahan insurans secara bersekemuka dan mudah berbanding dengan pembelian melalui bank yang selalunya kakitangannya tidak memiliki maklumat insurans yang cukup berbanding agen yang insya Allah boleh membantu dan menyelesaikan permasalahan insurans pengguna.

Copy:http://mizan-aziz.blogspot.com/