Thursday, September 13, 2007

:..SEBULAN RAMADHAN SEPUTAR MADRASAH…..



Ku mengharap kan ramadhan kali ini penuh makna …
Agar dapat ku lalui dengan pernuh makna…..,
agar ku lalui dengan sempurna…..
Selangkah demi selangkah…….
Setahun sedahpun berlalu …………………………..
masa yang pantas berlalu…… ……………
hingga tak terasa pun berada dibulan ramadhan ………smbg
(harapan Ramadhan –manbai/raihan)



17 Sept o7, 1Ramadhan1428. Alhamdulillah,hari adalah hari pertama umat islam khususnya di bumi Malaysia menyambut kedatangan ramadhan yang pernuh dengan rahmat…………Ya Allah berilah kekuatan, kesihatan dan kesempatan untuk ku menempuh kedatangan ramadahan pada kali nin,moga-moga ramadhan pada kali dapat dilalui dengan penuh makna dan sempurna.
Ahlan Wasahlan Yaa Ramadhan…………..Hadirmu sentiasa di nanti..


Kedatangan bln ramadhan al mubarak,sebagai bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan ni sentiasa dinanti khususnya seluruh umat islam seluruh dunia.Dan seharusnya disempatan ini dan bersempena dengan kehadiran bulan ini..ianya seharusnya sebagai bulan madrasah pada diri,untuk meningkatkan amal ibadat dan ketaqwaan pada Allah swt.
Ibadat puasa yang disyariatkan pada semua umat islam didalam bulan ramadhan seharusnya …smbg

Sunday, September 9, 2007

:..Masalah Umat Islam Kini & Penyelesaian ..:


Manusia tetap manusia ,dari dahulu hingga sekarang .kejadiannya tidak berubah.Tujuan hidup mereka tidak berubah.Keperluan asas di sepanjang sejarah yang dilalui oleh manusia juga tidak berubah.Apa yang bertambah adalah bilangan mereka.
Kita ini sedang berada pada penghujung zaman .Alam ini sudah amat uzur.Dunia ini telah terlalu tua.Apa yang anehnya ialah dunia ini semakin hari semakin berhias cantik,kelihatan semakin indah dan lebih menarik,seolah-olah sedang berada pada zaman remajanya,sedangkan hakikatnya tidak...

Sunday, September 2, 2007

..: IMan Semut Vs Iman Manusia :...



IMAN SEMUT




Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.


Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".Itulah Iman Semut!!


IMAN MANUSIA




Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.
Kata Saidina Ali kepada Kamil:" ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".

Monday, August 27, 2007

At – Tahaddiyaat Fil ‘Ibadah (Halangan-Halangan dalam Ibadah)


At – Tahaddiyaat Fil ‘Ibadah (Halangan-Halangan dalam Ibadah)


Dua halangan utama dalam beribadahadalah daripada dalaman dan luaran Halangan dalaman termasuklah hawa nafsu, manakala halangan luaran meliputi syaitan, manusia, harta-harta, perkara-perkara yang menjadi kebanggaan serta banyaknya aktiviti duniawi yang menyibukkan.Faktor dalaman Apabila diri dikuasai hawa nafsu, hatikan menjadi sangat jauh daripada Allahswt, maka hal inilah yang menyebabkan seseorang lalai dan leka sehingga akur dengan kehendak nafsu yang cinta keindahan duniawi dan bencikan segala bentuk peribadaatan kepada Allah swt.QS Shaad : 26….Dan janganlah kamu mengikut hawanafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah….Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim“
Tiga yang membinasakan : Bakhil yang ditaati dan hawa yang diikuti dan ketakjuban tiap-tiap yang mempunyai pandangan akan pandangannya”Faktor luaran1.SyaitanQS Faathir : 6“Sesungguhnya syaitan itu adalah musuhbagimu, maka anggaplah ia musuh(mu)kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala”
a.Jin dan manusiaQS Al An’aam : 112“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkatan-perkataan yang indah-indah untuk menipu manusia . ..”
2.Manusiaa.Pendamping-pendampingQS Al Furqaan : 27…”Aduhai kiranya dulu aku mengambil jalan bersama-sama RasulQS Al Furqaan : 28“Kecelakaan besarlah bagiku; kiranyaaku (dulu) tidak menjadikan si fulan itu teman akrab(ku)b.Anak-anakQS Al Munaafiquun : 9“ Hai orang-orang yang beriman,janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingatAllah.Barangsiapa yang membuatdemikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi”c.PasanganQS At Taghaabun : 14“Hai orang-orang yang beriman ,sesungguhnya di antara isteri-isterimudan anak-anakmu ada yang menjadi musuhbagimu, maka berhati-hatilah kamuterhadap mereka …”d.Pembesar-pembesarQS Al Ahzab : 67“ Dan mereka berkata : “Ya Tuhan kami,sesungguhnya kami telah mentaatipemimpin-peimpin dan pembesar-pembesarkami lalu mereka menyesatkan kami dari(jalan yang benar) ”
3.Harta-hartaQS At Taubah : 55“ Maka janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu.Sesungguhnya Allah mengkehendaki dengan (memberi) harta benda dan anak-nak itu untuk menyiksa mereka dalam kehidupan di dunia dan kelak akan melayang nyawa mereka sedang mereka dalam keadaan kafir”
4.Kebanggaan-kebanggaanQS Al A’raaf : 48“…Harta yang kamu kumpulkan dan apayang selalu kamu sombongkan itu,tidaklah memberi manfaat kepadamu”
5.Banyak menyibukkan diri dengan urusan dunia yang tidak bermanfaat dan melalaikan.Halangan-halangan dalam beribadah sememangnya meliputi hal-hal yang sangat dekat dan sentiasa melingkungi kita setiap hari tanpa kita sedari.Hal inilah menunjukkan betapa pentingnya kita untuk sentiasa melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat menghampirkan kita dengan Allah swt demi mendapatkan keredhaan Allah swt.Jika melalaikannya hidup kita akan terumbang-ambing tanpa pedoman serta tiada kebahagiaan dan ketenangan walaupun penuh kemewahan.
Tindakan1)Membetulkan niat dalam semua urusan (semata-semata mencari redhaNya)
QS 29:692)Berusaha untuk sentiasamemberi peringatan dan diingatkanQS 3:79 ,
QS 3:1103)Mengistiqomahkan (konsisten)diri dengan majlis-majlis ilmu yangmengajarkan dengan pendekatan Quran dan Hadith
QS 54 : 32 , QS 43 : 34)Bijak memilih sahabat
QS 4 : 695)Sentiasa berdoa, bertawakaldan meletakkan takut dan harap hanyakepadaNya.QS 14 : 39 , QS 65 : 3 , QS 59 : 21

Sunday, August 26, 2007

Pemergianmu......''''::.satu kenangan.::'''



Al-FATIHAH....::: Dengan nama Allah yg amat pemurah lagi pengasihani.Segala puji bagi Allah seru sekalian alam,yg bersifat pengasih dan penyayang.yg berkuasa pada hari pembalasan,akan jua Tuhan yang kami sembah dan minta pertolongan.Tunjukilah kami jalan yang lurus iaitu jalan yang telah Engkau redhai/berikan hidayah dan bukan jalan yang telah Engkau murkai.Amin ya Allah..perkenankanlah permintaan kami.

Satu Kenangan......

Benarlah....::.Setiap yang hidup pasti merasai saat kematian.::
Tanggal.,18 ogos 2007 jam 1425....engkau telah pergi buat selama-selamanya meninggalkan kami dan menjadi tetamu Allah di sana.Pada hujung minggu yang lepas,keluarga penulis telah kehilangan Cik'(datuk) yang ...

Saturday, August 25, 2007

PerJalanan...Ku..::



ALHAMDULILLAH...... ini mungkin perjalanan terakhir bagi saya untuk turun ke Offshore bagi bulan ini ,sebelum umat islam menyambut kedatangan bulan ramadhan yang bakal mendatang tidak lama lagi...Insyallah trip Offshore saya pada kali ini akan ke FPSO Puteri Cakerawala,Blok Malaysia-Thailand Joint Development,melibatkan pembangunan dan production exploration oil & gas,dan Carigali Hess Operating Campany atau CHOC adalah platform yang diaward untuk pelaksanaan production tersebut.

Perjalanan dalam siri epilog kehidupan pada bulan ini telah berlaku dan pergi meninggalkan kita yang mana ianya tidak mungkin untuk ditayangkan atau mainkan balik,sesungguhnya itu adalah masa yang selalu akan berlalu dan pergi,


Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian,Kecuali orang-orang yang percaya,dan membuat kerja-kerja kebaikan,dan saling berwasiat pada yang benar,dan saling berwasiat untuk bersabar. (103:1-3)


masa Berlalu......sedar tak sedar kita dah melalui hampir ke penghujung bulan syaaban,

Tuesday, August 7, 2007



Epilog and Anda: Kerjaya

Memfitnah pesaing untuk berjaya.....

JAWAPAN

Dalam sebuah hadis Abu Hurairah berkata, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ada bersabda: Tahukah anda, siapakah orang yang bankrap itu? Kami, iaitu para sahabat menjawab: Orang yang bankrap ialah mereka yang tidak mempunyai dirham, dinar dan tidak mempunyai barang yang berharga. Baginda menjawab: Orang yang bankrap dari umatku itu ialah mereka yang datang pada hari kiamat, bersama pahala sembahyang, puasa dan zakat. Tetapi telah datang orang yang menuntut kerana dimaki, tertuduh dan memakan harta, mengalirkan darah, memukul dan sebagainya.Maka tuntutan ini dibalas dengan pahalanya dan apabila kebaikan telah habis padahal tuntutan demi tuntutan masih ada, maka dosa-dosa kejahatan orang yang menuntut itu dipertanggungjawabkan ke atas orang yang kena tuntut, sampai akhirnya orang yang dituntut dihumban ke dalam neraka.Setiap orang yang beriman kepada Allah wajib percayakan Rukun Iman. Antara kandungan Rukun Iman itu ialah percaya tentang adanya hari kiamat, juga balasan baik dan jahat daripada Allah pada hari berkenaan. Pada hari tersebut yang juga dikenali dengan hari hisab, setiap orang akan diadili manakala setiap yang menuntut akan diberi haknya oleh Allah s.w.t.Abu Dzar meriwayatkan sebuah hadis, bahawa pada satu ketika Rasulullah melihat dua kambing yang saling tanduk-menanduk. Lalu baginda bersabda: Wahai Abu Dzar, kenapa kedua-dua kambing itu saling tanduk-menanduk? Abu Dzar menjawab: Aku tidak tahu ya Rasulullah. Baginda menjawab: Tetapi Allah mengetahui dan Ia akan memberi balasan antara kedua-duanya, kelak pada hari kiamat.Abu Hurairah berkata mengenai firman Allah (Al-An'am 38): Dan tidaklah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua-dua sayapnya melainkan umat-umat juga seperti kamu. Tiadalah Kami alpakan sesuatu pun di dalam al-kitab, kemudian kepada Tuhan lah mereka dihimpunkan.Sesungguhnya semua makhluk pada hari kiamat akan dihimpunkan, baik binatang yang berkaki, mahupun yang melata dan burung yang terbang membelah awan. Setiap satu akan mendapat pembalasannya dengan adil, hingga binatang yang tidak bertanduk terhadap yang bertanduk. Setelah terlaksana tuntutan balas buat binatang yang menuntut, lalu dikatakan: Jadilah anda sebagai debu. Ketika itu maka orang kafir berkata: Betapa andainya aku boleh menjadi tanah (seperti binatang).Keterangan hadis di atas jelas memperlihatkan bahawa setiap amalan yang dilakukan oleh manusia itu akan diberi balasan oleh Allah, tidak kira perbuatan itu diketahui oleh orang lain atau tidak. Orang yang melakukan perbuatan fitnah seperti saudara, ghibah iaitu menyebut keburukan orang, menghasut pihak-pihak tertentu dengan niat jahat, berdusta juga perbuatan jahat seperti angkuh dan sombong, juga mereka yang menyembunyikan makanan, apa-apa bahan keperluan harian dengan tujuan untuk menjualnya dengan harga yang tinggi adalah antara perbuatan yang dilarang lagi dicela.Rasulullah pernah bertanya kepada sahabat-sahabat yang ada bersamanya, apakah yang mereka tahu tentang ghibah. Mereka menjawab menyatakan bahawa Allah dan rasulnya lebih mengetahui. Baginda menjawab: Apabila engkau memperkatakan sesuatu tentang saudaramu yang dia tidak suka, maka engkau telah melakukan perbuatan ``ghibah''. Baginda juga ditanya tentang orang yang memperkatakan diri seseorang dan apa yang dikatakan itu benar. Baginda menjawab bahawa sekiranya apa yang dikatakan itu benar maka itu dinamakan ghibah. sekiranya tidak, maka itu dinamakan buhtan, iaitu mereka-reka keburukan untuk menjatuhkan atau memburuk-burukkan seseorang.Pada satu ketika seorang perempuan pendek datang menemui Nabi. Setelah balik, Sayidina Aisyah berkata: Alangkah pendeknya perempuan tadi. Baginda menjawab: Engkau telah melakukan perbuatan ghibah. Aisyah menjawab yang dia tidak mengatakan sesuatu, kecuali apa yang benar ada padanya. Baginda bersabda: Sesungguhnya engkau telah menyebut sesuatu yang paling buruk mengenainya.Ketika perjalanan di waktu malam dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa, baginda diperlihatkan oleh Allah satu kaum yang dipotongkan daging pinggangnya, lalu diberi makan kepadanya dengan kalimah: makanlah apa yang dahulu kamu makan dari daging saudaramu. Baginda bertanya kepada Jibril, siapakah mereka itu. Jibril menjawab, mereka itu adalah terdiri dari umat Muhammad yang suka mengumpat, ghibah, iaitu menyebut keburukan orang lain, mengejek dengan isyarat, lidah atau dengan tangannya.Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Pemurah. Allah mahukan setiap hamba itu sentiasa bertaubat lebih-lebih lagi mereka yang melakukan dosa-dosa besar. Dan apabila dosa yang dilakukan melibatkan hak anak Adam, maka mereka yang terlibat hendaklah menyelesaikannya terlebih dahulu.Sekiranya dosa yang dilakukan itu melibatkan harta anak yatim, contohnya abang atau pak cik yang membolot harta adik-beradiknya atau saudaranya yang kematian orang tua, membolot tanah, rumah ataupun apa-apa harta peninggalan, dengan menduduki rumah, membina bangunan di atas tanah atau anak-anak menuntut tanah yang telah diwakafkan oleh bapa mereka kepada Jabatan Agama Islam contohnya, yang dilakukan hanya dengan mulut, tanpa mengisi borang, saksi dan sebagainya.Menurut Islam, penyerahan tanah seperti ini adalah sah, tetapi kerana ia dilakukan secara tidak rasmi, seperti banyak berlaku di zaman dahulu, menyebabkan tanah tersebut terbiar berpuluh tahun begitu sahaja dan apabila tanah tersebut menjadi kawasan bandar dan harga atau nilainya melambung mencecah jutaan ringgit, maka anak tadi pun menuntut melalui mahkamah, tanpa menghiraukan hasrat murni ayah atau datuknya yang telah mewakafkan kepada Jabatan Agama Islam dan akhirnya dia berjaya memiliki tanah berkenaan biarpun sebenarnya dia menyedari apa yang sebenarnya berlaku.Mereka yang terlibat melakukan dosa seperti ini atau dosa seperti berhutang seperti hutang di kedai runcit, hutang surat khabar yang dihantar setiap pagi, hutang roti yang dihantar setiap petang, hutang pinjaman ketika belajar dan sebagainya, termasuk saudara iaitu orang yang terlibat memfitnah pesaing ketika ``rebutan kuasa'' perlulah memohon maaf kepada orang yang kena zalim.Banyak bertaubatKalau ia melibatkan wang, wang itu wajib dibayar, ditunaikan. Sekiranya ia melibatkan harta anak yatim, harta wakaf yang dimenangi melalui tuntutan mahkamah dan sebagainya yang menjadi darah daging dimakan setiap pagi hendaklah dibayar.Sekiranya tidak berupaya membayarnya, seseorang itu hendaklah memohon agar dihalalkan. Sekiranya orang yang memberi hutang itu tidak diketahui di mana tinggalnya, wajib orang berhutang itu membayar kepada saudara-mara orang yang memberi hutang tadi.Sekiranya tidak diketahui seorang pun saudara-maranya atau tidak diketahui hak siapa sebenarnya tanah atau rumah yang didiami terlalu lama, atau harta yang dimakan, tanah yang diduduki sehingga turun-temurun, maka orang yang berkenaan hendaklah menggantinya atau bersedekah kepada fakir miskin.Dalam masa yang sama, ia hendaklah banyak bertaubat, di samping melakukan ibadah sebanyak boleh, berazam tidak akan melakukan dosa-dosa seumpama ini, juga dosa-dosa lain, agar Allah mengampunkannya dan menerima bayaran yang dilakukan sebagai ganti.Memang benar Allah itu Maha Pemurah lagi Mengasihani, juga Maha Pengampun. Namun apabila ia melibatkan hak-hak anak Adam, orang yang terlibat hendaklah meminta halal kepada yang berkenaan, begitu juga dengan saudara yang melakukan fitnah kepada lawan saudara ketika berlakunya ``rebutan kuasa'' yang akhirnya saudara menang.Kita lihat dan renung betapa Allah menghormati hak anak Adam yang perlu disempurnakan oleh mereka yang terlibat. Kerana itulah Rasulullah menjelaskan bahawa roh orang mukmin, sama ada akan dimasukkan ke syurga atau neraka adalah bergantung kepada hutang yang ditanggung, sehinggalah hutang itu dibayar atau dilangsaikan di kalangan manusia.Sekiranya hak itu tidak disempurnakan di dunia, tidak dihalal atau tidak dimaafkan, setiap orang yang teraniaya berhak menuntut haknya di hadapan Allah. Ketika itu, setiap orang yang dinafikan haknya di dunia, teraniaya, difitnah dan sebagainya akan menuntut di hadapan Allah.Mereka yang dibunuh dengan zalim, dimaki, dicela, difitnah, diumpat, orang miskin tidak mendapat hak daripada orang yang berautoriti, orang yang mempunyai tanah, yang tidak berjaya memohon daripada orang yang berkuasa, yang lebih memberi prioriti kepada saudaramara yang sebenarnya tidak berhak, pembahagian warung-warung, pengagihan kontrak dan sebagainya.Semuanya menuntut hak di hadapan Allah, Allah akan memenuhinya iaitu dengan mengambil pahala orang yang kena tuntut, diberi kepada orang yang menuntut. Apabila tuntutan itu terus terjadi, padahal pahala orang yang kena tuntut telah habis, maka Allah akan mengambil dosa orang yang menuntut diletakkan ke atas orang yang kena tuntut, lalu akhirnya orang ini dimasukkan dalam neraka.Itulah sebenarnya orang yang bankrap. Asalnya mempunyai pahala hasil ibadah yang dilakukan, tetapi habis kerana terlalu banyak tuntutan, atau banyak dosa yang dilakukan ketika hidup di dunia, berbanding kebaikan yang dilakukan.Keterangan di atas membuktikan bahawa saudara perlu berterangan terhadap apa yang telah saudara lakukan. Saudara berani buat, mesti berani tanggung. Itu tuntutan Allah yang perlu disempurnakan apabila melibatkan hak anak Adam.Walaupun demikian sekiranya tuntutan pengakuan atau ikrar ini menyebabkan berlakunya keburukan, yang membahayakan diri, maka ia tidak perlu dilakukan.Dalam keadaan ini perbanyakkan taubat kepada Allah, perbanyakkan ibadah, mudah-mudahan ibadat kita itu diterima Allah, membolehkan kebaikan yang dilakukan itu lebih banyak daripada dosa yang dilakukan.