Tuesday, January 1, 2008

Tahun Baru Tahun Cabaran.










Assalamualaikum.


Alhamdulillah & satu analisa buat semua.



Tahun 2007 baru sahaja melabuhkan tirai dengan kesinambungan tahun 2008 untuk diterajui dan ditempuh dengan azam dan moga-moga tahun yang akan ditempuh ini lebih baik dari tahun sebelumnya.iallah....

Tahun Baru Tahun Cabaran...


.:.Umum :.


Tahun 2007 telah pun meninggalkan kita dengan berjuta kenangan sama ada baik, buruk, pahit atau manis. Apa yang penting sekarang ialah kita melihat tahun 2007 sambil membanding dan mengukur pencapaian yang telah kita perolehi. Adakah kita sudah berjaya merentasi tahun 2007 dengan jaya atau perlukan kita teruskan perjuangan yang masih belum selesai. Adakah kita sudah mencapai apa yang kita hasratkan pada awal tahun 2007 yang lalu dengan tuntas? Atau adakah kita perlu mengubah strategi kita tahun lalu itu untuk terus digunai pakai tahun 2008 ini?
Semua persoalan itu tertakluk bagaimana kita meninjau atau analisa kecemerlangan pencapaian kita pada tahun yang sudah. Pendekatan muhasabah diri adalah satu pendekatan yang amat bijak dalam hal ini, kerana dengan yang demikian kita dapat menyukat dan menilai sejauh mana kita sudah berjaya atau gagal dalam usaha kita menanai hasrat dan cita-cita.


Ingat...BN..Ingat Barang Naik..


Tahun baru ini rata-rata ibu dan bapa akan 'mengeluh' tentang wang belanja bagi alat dan persediaan persekolahan yang melambung,di tambah lagi dengan kenaikan Tol yang baru di umum hari ini dengan kadar 20% (Tv3...02/01/08 ).serentak dengan isu Skandal Menteri Kesihatan.Rata-rata kita akan memperuntukkan wang yang cukup besar jumlahnya untuk membeli persediaan persekolahan anak-anak kita, sama ada yang akan naik darjah atau yang baru memasuki alam persekolahan.



PRK ke-12.....
''Kewajiban yang besar untuk kemenangan Isam''

Seperti ulasan ustaz haron din dalam harakahdaily(www.harakahdaily.net )yang mahukan jentera pilihanraya pas berkeadaan bersiap sedia dan masuk gear lima bagi menghadapi palungan @gendang pilihan raya yang di jangka akan berlaku dalam masa terdekat.
“Dalam keadaan sekarang di setiap peringkat sepatutnya sudah bersiap siaga, ‘alert’ dan dipacu pada tahap gear lima,” katanya
Marilah kita muhasabah dan Check & balance balik....antara kekuatan dan kelemahan pada kedudukan yang mana sekarang...agar dapat kita counter balik :
Check & Balance :
1) Gerak kerja MTD/Cawangan (UPU)
2) Penerangan & adenga parti pada ahli2
3) Persiapan peralatan & kemudahan.
4) Sistem PACA
5)Infomasi-manifesto dll
smbg.......


No comments: