Sunday, February 28, 2010

Daurah Santai di MOnica Bay Bersama Ust Idris Ahmad







“Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk manusia. Kamu menyuruh berbuat kebaikan, melarang berbuat kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.”
(Ali ‘Imran: 110)



12 Feb 2010, Alhamdulillah, program santai bersama dengan ust idris ahmad (Ketua Penerangan pusat)dapat dijayakan dengan santai,sesantai sempoi-sempoi angin pantai di tambah dengan tolakan angin laut china selatan,di monica bay(teluk maknik) kuala kemaman.Walaupun Program yang berkonsepkan santai-santai dan lebih berkonspkan Family Day,tetapi berjaya menarik minat golongan keluarga,remaja,pemuda,pemudi dan golongan berusia untuk turut sama bersantai dalam program tarbiyyah peringkat MTD chukai.





Program santai sebegini,adalah bersesuaian dengan konsep bersantai bersama keluarga dihujung minggu sambil menikmat keindahan panorama pantai,dan yang cantiknya riadah santai pada kali ini,ianya bukan hanya program bersantai,dan program makan-makan@berBBQ sahaja tetapinya ianya dengan slot tazkirah dan pengisian daripda ustz idris ahmad,insyallah ianya pasti menjadi suplement dan gabungan senergi yang perlu sentiasa dihadamkan didalam jiwa setiap insan.

Monday, February 15, 2010

'' Sense Of Fillah '' FD S.E.R.A.S.I 2009



Pantai Balok,Kuantan. Alhamdulillah,sebagai mana yang dirancang dan juga bertepatan dengan perancanganNya FD SERASI '09 berjalan dengan jayanya bagi mengiringi tahun 2009 melabuhkan tirainya.Dengan tema FD tahun ini ''sense Of Fillah'',bagi penulis ianya bukan sekadar ungkapan yang biasa,sehinggakan kita sampaikan biasa-biasakan saja tanpa kita menghayati nya terlebih dahulu.Nah!!, Sahabat/biah serasi dan pengunjung blog epilog semua,marilah kita sama-sama menghayati @muhasabah diri kita semua terlebih dahulu,tentang sejauh manakah kita,persahabatan dan perhubungan kita dengan rakan yang mana kita sandarkan pada konsep '' Sense Of Fillah '',

Sahabatku Harapanku..

Pada hari ini kita sedang berada di suatu zaman yang dipenuhi dengan Jahiliyah/cabaran yang bermacam ragam dan keadaan ini menjadi lebih tenat lagi kerana tidak adanya kefahaman Islam yang sebenar melainkan kepada hanya segelintir manusia sahaja. Semoga Allah pilih hati-hati kita untuk diletakkan hidayah dan kefahaman.. Alangkah besar nikmat sekiranya Allah pilih kita.. Segala puji bagi Allah!