Monday, February 15, 2010

'' Sense Of Fillah '' FD S.E.R.A.S.I 2009



Pantai Balok,Kuantan. Alhamdulillah,sebagai mana yang dirancang dan juga bertepatan dengan perancanganNya FD SERASI '09 berjalan dengan jayanya bagi mengiringi tahun 2009 melabuhkan tirainya.Dengan tema FD tahun ini ''sense Of Fillah'',bagi penulis ianya bukan sekadar ungkapan yang biasa,sehinggakan kita sampaikan biasa-biasakan saja tanpa kita menghayati nya terlebih dahulu.Nah!!, Sahabat/biah serasi dan pengunjung blog epilog semua,marilah kita sama-sama menghayati @muhasabah diri kita semua terlebih dahulu,tentang sejauh manakah kita,persahabatan dan perhubungan kita dengan rakan yang mana kita sandarkan pada konsep '' Sense Of Fillah '',

Sahabatku Harapanku..

Pada hari ini kita sedang berada di suatu zaman yang dipenuhi dengan Jahiliyah/cabaran yang bermacam ragam dan keadaan ini menjadi lebih tenat lagi kerana tidak adanya kefahaman Islam yang sebenar melainkan kepada hanya segelintir manusia sahaja. Semoga Allah pilih hati-hati kita untuk diletakkan hidayah dan kefahaman.. Alangkah besar nikmat sekiranya Allah pilih kita.. Segala puji bagi Allah!




No comments: