Saturday, July 24, 2010

.:. Aku Terima Nikahnya .:.




Alhamdulillah....berbekalkan dengan motivasi plus dengan lapangan masa ketika swing off, saya akhirnya dapat menyudahkan bacaan buku tarbiyyah buat membina diri masa depan....

Buku '' AKU TERIMA NIKAHNYA '' tulisan Ustaz hasrizal abdul Jamil atau lebih di kenali laman facebook dan www.saifulislam.com sebagai abu saif..


'' Sebaik-baik kamu adalah kamu yang terbaik kepada keluarganya, dan aku adalah yang terbaik untuk keluargaku ''

Itulah harga sebuah rumah tangga, tempat manusia dibentuk untuk membentuk ,Titik mula pada sebuah perkahwinan yang dilayarkan dengan ikrar '' akau terima nikahnya '' adalah permualaan kepada kembara manuasia dan cinta.....

Saturday, July 10, 2010

Baca & Pelajarilah Al Quran




Katakanlah (Wahai Muhammad), "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berkumpul dengan tujuan untuk membuat dan mendatangkan yang serupa dengan Al-Quran ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang serupa dengannya, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi yang lain". (Al-Quran, al-Isra' 17:88)


Ayat diatas menjelaskan akan bukti bahawa Al-Quran merupakan suatu mukjizat agung yang tidak akan dapat dihasilkan oleh manusia mahupu jin. Umat islam dituntut agar mempercayai Al-Quran sebagai ayat-ayat Allah yang diturunkan melalui Jibril kepada Nabi Muhammad SAW. Di dalam suatu hadis ada disebutkan, daripada Uthman r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):


Sebaik-baik kamu adalah orang yang mahu mempelajari al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain. (Riwayat al-Bukhari)

Tidak kira sama ada anda mahir atau tidak di dalam membaca al-Quran, ganjaran yang banyak tetap menanti. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, Rasululah pernah bersabda bahawa orang yang gemar membaca al-Quran dan mahir dalam membacanya kelak akan bersama golongan mereka yang mulia dan berbakti, manakala orang yang masih merangkak-rangkak di dalam membaca al-Quran maka dia akan mendapat dua pahala.

Amat rugilah mereka yang tidak mahu membaca al-Quran. Di dalam suatu hadis yang lain, ada diceritakan tentang kelebihan untuk membaca dan mempelajari kitab suci al-Quran. Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):


Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah, lalu membaca kitab Allah dan mempelajarinya, melainkan akan turun ketenangan kepada mereka; mereka akan diliputi rahmat; mereka akan dinaungi para malaikat dan Allah akan menyebut-nyebut mereka di hadapan malaikat yang ada di sisi-Nya. (Hadis riwayat Muslim)

Hebatnya mempelajari Al-Quran sehinggakan kita dibolehkan untuk iri hati kepada seseorang yang diberi kemampuan untuk menghafal Al-Quran lalu dia membacanya siang malam. Hal ini disebut di dalam suatu hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim. Iri hati disini bukanlah untuk membenci, sebaliknya untuk menjadi faktor pendorong bagi membolehkan kita menuruti jejak langkah mereka.

Kelebihan Al-Quran tidak hanya terhad kepada di dunia sahaja. Daripada Abu Umamah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):


Bacalah Al-Quran kerana pada hari Kiamat kelak dia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya. (Hadis riwayat Muslim)

Oleh itu ayuh ! Marilah kita membaca dan mempelajari Al-Quran. Tiada ruginya kita membaca dan mempelajari Al-Quran. Bagi mereka yang telah mahir, rajin-rajinlah mengajarkan mereka yang belum mahir.

Janganlah kita hanya menunggu akan bulan Ramadhan untuk mempelajari atau membaca Al-Quran. Mulakanlah daripada sekarang. Bacalah Al-Quran... bacalah sekurang-kurangnya satu ayat sehari...


Komen:

> Ya Allah,berilah ku kekuatan & kefahaman dalam mempelajari ilmuMu

PERJALANAN 1.....


Salam.epilog,

Saya mulakan tulisan@pengkongsian pada kali dengan menyebut nama Allah & selawat keatas junjungan besar nabi kita Muhammad saw.

Sem 111 Melabuhkan Tirai,Sem Baru Bermula....Kerjapun mahukan Haknya






ALHAMDULILLAH, Hujung minggu ini agak lengang sedikit,ada ruang nak bernafas dan membuang ingatan seketika pada akademik,tekan titik refresh minda sebelum memulakan sem baru 1minggu lagi.Ya Allah permudahkan lah perjalanan ku Ya & Allah.berilah kefahaman tentang ilmu yang ku pelajari & berkatilah ilmu tersebut.Hujung ni juga ku sempat membuat trip (5jam ) pulang ke kampung halaman bertemu mata dengan keluarga mak & ayah...mencurah -menabung budi pada mereka,Rasa kepuasan bila dapat bersama meraka,berkongsi & merancang kehidupan pada masa akan datang...insyallah moga beroleh keberkatan drNya.

KerjaPun Mahukan Haknya....

Hujung Bulan ni adalah due date bagiku untuk mendapatkan certification process area,setakat nie completion dah 70% modul process understanding just waiting for process performance test.insyallah, nun kejayaan akan menampakkan sinarnya.




rismail
Paka Terengganu

Friday, July 2, 2010

'' Buat ape beli ambil Takaful? ....Membazir








Dafi adalah seorang pemuda yang kacak & bujang. Beliau kini berusia 21 tahun dan baru sahaja bekerja di sebuah syarikat swasta sejak 3 bulan yang lalu.

Suatu hari, rakan beliau yang bernama mawi telah datang menemui beliau dan menawarkan polisi insuran & takaful khusus untuk melindungi pendapatan & kewangan beliau memandangkan beliau kini sudah pun bekerja. Namun begitu, tawaran tersebut telah ditolak oleh dafi mentah-mentah dengan alasan.. “Gua bujang beb.. buat apa nak beli insuran? Bukannya ada anak bini pun nak kena tanggung?.. Lagipun aku baru angkat moto baru.. tak cukup duit la nak bayar insuran bulan-bulan.”

Mawi yang baru sahaja sebulan menjadi agen insuran tidak dapat menangkis alasan & penolakan dari Dafi. Maka.. berlalulah mawi dengan perasan yang sedikit hampa pulang ke rumah dan kemudian menghempaskan dirinya ke atas katil sambil memukul-mukul bantal.. sambil menjerit… “why~~ why~~ why~~ why me~~~” Oh!

Beberapa hari selepas itu.. mawi telah mendapat idea bagaimana hendak menjawab semula alasan yang diberikan oleh Dafi. Dengan perasaan yang berdebar-debar, dia cuba menghubungi Dafi menggunakan telefon bimbit m-mobile nya..

“Hello…” sapa mawi sebaik sahaja mendengar panggilannya di angkat

“Hello“…. suara perempuan kedengaran menjawap panggilannya..

Eh! salah nombor ke nie?.. apsal pompuan pulak yang jawap?… ujar mawi di dalam hati..

“Er… boleh saya cakap dengan Dafi?”… tanya mawi ragu-ragu..

“Oo.. abang dafi ke? abang dafi kat hospital sekarang.. dia tak boleh nak cakap”.. jawap adik manis tersebut..
“Hah?! Hospital? kenapa?”. tanya mawi agak terkejut..

“Abang dafi eksiden semalam..” jawap adik manis (adik perempuan dafi) itu lagi..

==========

Tamat… ho! ho! ho!… saya memang suka buat cerita tergantung..

Sebenarnya, apa yang saya cuba sampaikan disini, ramai anak-anak muda yang masih bujang mempunyai tanggapan yang sedikit silap terhadap insuran. Bagi mereka, mereka tidak mempunyai apa-apa lagi tanggungjawap dan tanggungan seperti.. isteri dan anak-anak. Oleh itu, insuran tidak penting bagi mereka.. membeli insurans sewaktu bujang hanyalah satu pembaziran pada padangan mereka..

Adik-adik yang dikasihi… insuran itu sebenarnya adalah bertujuan untuk melindungi pendapatan anda. Dan apabila disebut “pendapatan”, ia biasanya akan digunakan untuk menanggung beberapa pihak, iaitu :-

•Diri anda sendiri
•Isteri & anak-anak
•Ibu & bapa (kadangkala)
Sebagai seorang lelaki/wanita bujang yang bijak dan berjaya. Anda seharusnya mempunyai perancangan yang baik untuk melindungi pendapatan anda. Ya.. anda masih bujang.. dan tidak ada sebarang tanggungan kecuali terhadap diri anda sendiri. Kalau anda mati.. tak perlu risau anak & isteri anda akan kebuluruan seperti kisah si ibu malang. Anda bujang!.. anda hanya perlu dibungkus dan tanam.. habis cerita..

Tapi.. bagaimana jika anda tidak mati?.. Sakit.. lumpuh.. buah pinggang rosak, kaki patah atau koma dan hanya terbaring sahaja di atas katil.. siapakah yang nak menanggung kos perubatan anda?. Siapa yang nak menanggung makan-minum anda? Siapa yang nak bayar hutang motor, ptptn, kad kredit dan juga hutang rokok anda di kedai mamak?…

Jika anda adalah anak atau cucu kepada lim goh tong.. mungkin ianya tidak menjadi masalah sangat. Tetapi, hakikatnya tidak begitu…

Jadi.. jika ada orang yang menasihatkan anda dengan berkata .. “Anda bujang!.. tidak perlu membazirkan wang membeli insuran“… pastikan orang tersebut tidak berhutang apa-apa pun dengan anda serta jangan menurunkan apa-apa tandatangan jika ia meminta anda menjadi penjamin bagi pinjaman kereta atau pinjaman peribadi beliau…. oh!

Jadi… fikir-fikirkan semula… adakah anda pasti anda tidak memerlukan insuran @ takaful untuk melindungi pendapatan anda sewaktu bujang?