Wednesday, July 9, 2008

Kenali MB Perak: Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin



Sebelum Pilihanraya Umum Ke-12, namanya mungkin hanya dikenali di Kampar dan pendokong PAS Negeri Perak. Namun setelah memenangi DUN N51 - Pasir Panjang, namanya mula menjadi tumpuan media massa, meniti di bibir-bibir rakyat Malaysia dan kemuncaknya ’seperti bermimpi di siang hari’ bertepatan dengan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-51, beliau telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baru pada 17 Mac 2008! Saya yakin beliau juga semacam tidak percaya, bahkan terkejut dengan amanah Allah tanpa disangka-sangka!

Tahukah tetamu ziarah yang budiman bahawa Ir. Mohd Nizar telah memblog sejak Jun 2007? Sila lawati blog beliau di
http://kamparinn.blogspot.com/. Sekadar perkongsian, impresi utama yang menarik perhatian saya apabila kali pertama menjejakkan tetikus ke blog beliau pada bulan April yang lepas ialah kata-kata yang beliau tulis sebagai pengenalan kepada dirinya: “Did challenge Rafidah Aziz in General Election 2004 at Kuala Kangsar Parliamentary seat. Lost to her!” yang terjemahannya “Pernah bertanding menentang Rafidah Aziz dalam Pilihanraya Umum 2004 di Kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

No comments: