Monday, January 3, 2011

Selamat Tahun Baru 2011



Isnin ,3 Jan 2011.SELAMAT MELANGKAH KE TAHUN 2011, hari ini merupakan hari ke 3 kita melangkah ke masuk ke tahun baru 2011...Alhamdulillah.Kesempatan petang ini saya teruskan penulisan yang tertangguh beberapa jam yang lalu dek oleh mood menulis yang kurang lancar dan keperluan pada sedikit masa untuk revision pada teknikal manual process bagi urusan kerja....Ternyata kerja2 tersebut terpaksa saya tangguhkan lagi kerna memerlukan masa yg banyak untuk saya cernakan processnya..........hahaha mungkin mencari waktu bertenang pada mlm hari kot..



Jadi ruang yg ada ini saya teruskan utk mengisi posting blog ini sebagai catatan diri.Walhal sudah beberapa hari rasa nak menulis sudah ''mari'' ore kata @ilham menulis.Tapi saya tangguhkan juga bagi melunaskan tuntutan yang memerlukan saya hadir pada tempat-tempat tertentu.Sungguh terlalu cepat masa berlalu '' DEMI MASA"





'' Manusia sentiasa dalam kerugian melainkan mereka yang mengerjakan amal solleh dan menyeru pada perkara kebaikan dan kesabaran''... Surah Al' Asr






Kebetulan mode bercuti selama 4H3M di kampung.Seperti biasa niat asal nak bersama Mak-ayah melayan dan menyulam kasih dengan mereka serta beberapa keperluan lain .Al maklum sebagai anak kebetulan sudah hampir 2 bln tidak ''Kelik'' di kampung.Selain itu juga, bertujuan untuk membuat sedikit persiapan untuk majlis walimas beberapa bulan lg...Insyallah akan saya postingkan seketika nanti.





Alhmadulillah......dalam Kesempatan Bercuti..



1 ) Melakukan ziarah saudara mara,mereka yg diuji dengan ujian kesakitan



“Ada lima Hak seorang Islam keatas orang Islam yang lain : menjawab salam, menziarahinya semasa sakit, melawat jenazah, menerima jemputannya, dan mendo’akannya apabila dia bersin”





Walaupun agak racing dalam mode cuti, sempat juga membuat kunjungan ke HUSM, ziarah ustaz Soh,yang sudah 2 minggu diwad di unit kawalan@ ICU.Dan ziarah ke rumah Tok Ayah Dee yang sudah berbulan sakit tua.Syafakallah.Moga Allah mempercepatkan penyembuhan diatas ujian kesakitan yg dialami.





2) Membuat Persiapan Majlis Walimas.





Dalam menghitung hari-hari mendatang....selain membuat persiapan diri tentang ilmu berkaitan rumah tangga.Persiapan material dan majlis kearah itu juga tidak boleh kecilkan.Perlunya kesiap siagaan dan perancangan yang particular supaya majlis yang akan berlangsung berjalan dengan lancar.Alhamdulillah, what can i say that all the preparation still on going.....





Ya Allah Permudahkanlah segala Perancangan kami.Ikatan yang bakal menjadi asbab untuk kami terus menjadi HAMBA yang patuh menitih perintan TuhanNya.










..: TAHUN 2011 Datang TAHUN 2010 Berlalu :.



Seperti biasa...setiap perubahan angka tahun menandakan perubahan masa berlalu yang sifatnya sentiasa menganjak kedepan.Serasi dengan perubahan angka dan waktu yang berlalu sepatutnya kita ( sebut sebagai HAMBA ) perlu diserasikan dengan amal@kerja-kerja yang baik yang kita kerjakan..bersifat bertambah,menaik,bertambah baik.dll dengan maksud ada kualiti yang kita titipkan.JOM Kita bermuhasabah dan tetepakan VISI & MISI tahun baru yang baru menjengah masuk ini,agar ianya dapat bertepatan dengan Konsep S.M.A.R.T G.O.A.L ( posting sblm ini) seterusnya selari dengan nilai2 kebaikan .





Wassalam


Rismail

Terengganu

No comments: