Tuesday, August 31, 2010

Pecutan Terakhir Ramadhan




Bismillahirrahmanirrahim,

Salam Ramadhan Karim,

Bagaimana dengan Ramadhan kita pada kali ini ? adakah ianya lebih baik dari sebelum ini? bermuhasabahlah diri kerna hanya kita sendiri yang mampu menilai dan membaca ukuran peningkatan amalan masing-masing.......


Pecutan Terakhir Ramadhan ...
Sungguh,terlalu pantas masa berlalu,sedar tidak sedar kita telah memasuki fasa terakhir ramadhan pada kali ini,yang mana fasa pertama dikenali sebagai fasa kerahmatan ,kedua keampunan dan terakahir adalah kebebasan dari api neraka allah swt.
Bagaimana pula dengan Piala takwa dari seputar ramadhan ??....TAKWA sebagai asas pensyariatan ibadat puasa dibulan ramadhan selama sebulan,TAKWA adalah hasil daripada madrasah ramadhan ,Tanpa TAKWA ertinya kita gagal dalam edisi mengejar Piala takwa Ramadhan kali ini....

ALLAH Taala berfirman;

"Wahai orang yang beriman ! diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana ianya diwajibkan ke atas orang - orang sebelum kamu , semoga kamu bertaqwa kepada Allah" [Surah al Baqarah:183] al Quranul Karim


NAH ...masa berbaki di penghujung fasa ini masih ada untuk sama-sama raih kebaikan pada ramadhan kali ini.Mulakan dengan pecutan terakhir dengan memaksimakan dan meningkatan amal dengan pelbagai aktiviti yang dapat melatih,mendidik seterusnya menjurus kepada objektif ramadhan...

Rismail...

No comments: