Wednesday, September 12, 2012

Kembali

Bismillah & alhamdulillah  dengan izinNya jua ku titipkan penulisan yang sekian lama ditinggalkan menyepi tanpa ditatapi,dilawati  dan diposting dengan coretan diari perjalanan.Masa yang berlalu bak air mencurah lalu dari Tekong air ke isian cawannya,ku tinggalkan hampir setahun empat bulan menyepi.Mungkin hambatan masa yang membuatku menyepikan blog ini.

Wednesday, May 18, 2011

Selamat Hari Ibu




Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai…
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai…
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai…
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat




Selamat hari Ibu ku tujukan buat ibu tercinta .:. Norma Bt Aseri

All about Dynamic Views for Readers

All about Dynamic Views for Readers

..sambungan perkongsian :Buku Begitu Romantis Rasulullah saw






Alhamdulillah.Selawat dan salam atas junjungan besar rasulullah,para sahabat,keluarga dan orang-orang yang mengikuti ajaran islam hingga hari akhir nanti..

Bagi paparan epilogrijal dan seperti yg dijanjikan seterusnya. Walaupun agak jauh saya tinggalkan bagi sambungan perkongsian tersebut,kerana dek oleh kekangan masa yang tuntutannya perlu diletakkan utamaannya sebelum ini... Astaghfirullah.....Ya Allah ku pohon ke ampunanMu jika ku menzalimi diri ini kerna tidak mengatur keutamaan yang sebaiknya..



Baiklah FOKUS kali ini adalah bagi perkongsian buku Begitu Romantis Rasulullah saw.Saya ringkaskan isi kandungan buku tersebut.


Awalan buku ini di kupas berkenaan dengan sifat peribadi Rasulullah,dimana baginda berasal dari nasab yang mulia.Nabi Muhammad saw berasal dari kalangan keturunan terhormat yang merupakan keutamaan yang menjadi penutup dan junjungannya,dan Antara contoh dialog yang terjadi diantara seorang Raja ROM yang mengajukan pertanyaan kepada Abu Sufyan bin Harb tentang Nabi Muhammad saw ..yang mana ketika itu Abu Sufyan belum masuk islam..'''Bagaimana Nasabnya di tengah-tengah kalian ? Abu Sufyan menjawab .'' Dia antara kami adalah orang yang memiliki nasab yang terhormat .''


''Aku bertanya kepadamu bagaiman nasabnya, lalu engkau menuturkan bahawa dia di tengah-tengah kalian adalah orang yang mempunyai nasab yang terhormat.Begitulah para rasul yang diutus dalam kemuliaan nasab kaumnya.''


preface buku ini juga..dikongsikan juga berkenaan dengan mengenal sifat dan akhlak rasulullah,dengan keindahan fizikal ,elok perwatakan dan kesempurnaan sifatnya.sehinggakan jika berbicara kelihatan menarik ,bicaranya manis tidak terlalu sedikit dan tidak terlalu banyak dimana bicaranya seakan-akan permata yang tertata rapi serta landai.


'' Rasulullah sentiasa gembira,murah hati ,lemah lembut,tidak kaku dan keras,tidak suka mengutuk,tidak berkata keji,tidak suka mencela tidak suka memuji, pura-pura lalai terhadap sesuatu yang tidak menarik dan tidak tunduk kepadanya....''



Bahagian akhir buku ini...disentuh beberapa peristiwa kehidupan dalam rumah tangga baginda yang penuh dengan suasana romantis dan harmonis....Jom mari kita semak dan applikasi dalam bahtera rumah tangga masing....


@ Menghantar Isteri Ketika hendak keluar.......

@Membelai isteri dengan sepenuh hati..

@Bersandar di pangkuan isteri.......

@Membersihkan kotoran darah...

@Membonceng dengan mesra..

@Ciumlah sepenuh hati.........

@ Jalan-jalan Romantis di malam hari......ini sy sudah applikasikan

@ Berlumba lari dengan isteri.................akan diusahakan jika berkesempatan...

@ Hilangkan Amarah dengan memegang hidung isteri......



....Promo : utk lebih detail blh dptkn buku ini dipasaran....


sekian.

Monday, April 18, 2011

Begitu Romantik Rasulullah saw



Alhamdulillah, segala puji-pujian & lafaz kesyukuran saya mulakan sebagai awalan penulisan bg entri blog epilogrijal kali ini. '' Tiada Kata secantik bahasa, cantik bahasa itu bila disulami dengan kata-kata yang boleh mengingatkan Kita padaNya & bermanfaat untuk dikongsikan ''.


Sebagai perkongsian entri kali ini,saya ingin berkongsi bedah buku '' Begitu Romantis Rasulillah Saw'' sebagai memetik Hikmah di balik perkahwinan Manusia agung....Alhamdullilah saya telah melengkapkan bahan bacaan saya dengan dipertemukan buku ini yang amat bermanfaat ..tambah lagi bg menyelusuri teladan,sirah @ sunnah rasulullah saw dalam menjalani kehidupan berkeluarga.....


Cinta di Kedai Buku...MegaMall Kuantan....


Opss...ini Bukan gosip panas yang hangat diperkatakan, cinta muda -mudi masa kini.Tapi cerita sesudah diijab kabul saya dan isteri. Cinta muda-mudi juga,tapi berbeza kerna kami sudah ada ikatan yang sah., cinta kami jalinkan dengan redhaNya bukan murkaNya kerna melanggar syariatNya..


"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." surah Al-Isra' ayat 32

Sebagai manifestasi cinta kami cinta selepas kahwin, saya membawa isteri untuk mengisi masa hujung minggu bersama '' Al Maklum Masing2 berjauhan dek oleh tugasan yang melangkau benua kawasan '' dan sahabat2 lebih maklum sebagai '' Weekend Husband@ wife '' kerana masing2 berada tempat yang berbeza & hanya berjumpa pada hujung 2 minggu (Kami berkongsi pengalaman yg sama...senior2 yg sudah melalui pengalaman ini) .Jarak kami ,antara saya dan isteri lebih kurang 2 marhalah @ 11o Km ( Kuala Terengganu-Kemaman). Cinta di Kedai Buku Popular Mega Mall, selain mengisi masa bermanfaat bersama di sekitar pesisir pantai & bandar Kuantan bersama,kami berkesempatan mencuri masa bersama di kedai buku ini.Menjalin nikmat cinta...tambah lagi dengan tambunan buku-buku cinta oleh novelis2 & motivator terkenal.....antara buku cinta yang popular dulu...KCB ( Ketika Cinta Bertasbih) ,Cinta antara benua, Cinta padaNya.....Bunga2 Cinta....Hahhaha...Kuat lagi ingatan ku...Great Memorial..Keep it up.Lastly we ending at the bookstore with this book ( Begitu Romantis Rasulullah saw ) to brought as reading material at home...........................





'' Begitu Romantis Rasulillah Saw '' Buku Kemilau Publika,




Sebuah Buku kecil berhalaman 200ms, dengan olahan yg cukup menarik dan mesti dimiliki...masa kan tidak novel2 lain pantang ada ayat-ayat cinta boleh pasti dibeli untuk dibaca dan sebagai buku koleksi peribadi..........smbg lagi...nantikan ulasan seterusnya...




Cinta Kami
Rismail & Siti Nasrah
Paka, Terengganu

Saturday, April 16, 2011

Priority vs value of task....






Alhamdulilah, atas ruang masa untuk menulis walaupun kesempitan masa yang amat terasa kini, ruang masa bagi menghadapi final Exam dalam masa terdekat,menyiapkan assignment2 kelas dan jugak kertas kerja dari pej ..ini semua dek oleh penangguhan kerja berkali-kali......Ya Rabb,Engkau Maha Mengetahui urusan2 ini..permudahkanlah kerja-kerja ini. ..


diepilog jua...medan untuk ku menyusun mainan minda..gerak atur priority tugasan yang perlu ku sudahkan selain daripada catatan sebagai lesson learned dan perkongsian... Keutamaan Tugasan :


  • Project/Assignment subject....

  • Preparation for Final Exam......................

  • Menghadir prog ke Kedah ..hjg bln ini ( 29.4-1.5.2011)

  • Prepare proposal for Innovation & management system...

ilutrasi tugasan saya...



“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mengabdikan diri kepada-Ku.”

(Surah az-zariat:56)


Bertepatan dengan hadir & kewujudan kita diatas muka bumi ini dibekalkan dengan amanah, amanah sebagai Hamba pd Rabb yang telah menjadikan kita dari rahim ibu kita,Dari amanah yang utama ini kita boleh perkatakan lagi kepada amanah kita pada orang tua@ ibu dan ayah sebagai anak,amanah Suami-isteri dalam institusi keluarga,dan seterusnya amanah kita dengan tugasan harian kita..Amanah anak buah pada majikan dll......


Konflik Keutamaan Vs Nilai suatu tugasan .


Kalau dizaman persekolahan,Seingat Saya, keutamaan saya untuk menyiapkan sesuatu tugasan ..adalah mengikut yg mane cikgu yg paling garang,selain daripada subjek yg menjadi kesukaan saya..Kimia,Matematik @cikgu comel ....hehehe......Mungkin ada hikmahnya, Mendapat cikgu yg garang (Cikgu mailto:Nor@Cikgu%20Giant ),Cikgu nor ..salah seorang cikgu matematik yg sy ingat dengan susuk badan yang besar..satu kelas takut bila berhadapan dengan nya bila dipanggil ke meja hadapan .bg mengelakkan pulasan di perut. Pasti tugasan yang berikan dibereskan terlebih dahulu......itu priority dulu2..


Hari ini, sepatutnya penilaian kita pada sesuatu tugasan adalah bersandarkan kepada keutamaan & nilai sesuatu kerja yang hendak dilaksanakan.Bukannya yang mana tugasan ''atas dasar takut2 kena denda @ ada habuan ''dll.Perancang masa untuk melaksaankan tugasan juga memainkan peranan yng cukup penting agar dapat hasil yang baik .contoh : kalau tugasan yang memerlukan masa setengah hari untuk disiapkan ,jangan sampai masa seminggu masih belum disiapkan,disebabkan kurang perancangan dan penumpuan pada sesuatu tugasan...



Menulis Menghadam Pemahaman (MMP)

Mohamad Ri Ismail,Paka



Thursday, March 31, 2011

Dengan lafaz sakinah kami disatukan


Syukur..Alhamdulillah,Pada 15.3.2011,merupakan satu tarikh yg cukup bermakna buat dua insan... dimana lafaz sakinah & ijabkabul dilafazkan maka kami disatukan sebagai suami isteri bagi melayari bahtera rumahtangga.Mempraktikkan & mewujudkan segala teori2 atas nama baitmuslim yang telah kami pelajari,kami ambil sebelum & selepas ..insyallah keluarga yang sakinah,mawardah & rahmat kami tuntun......

Heningnya Sunyi suasana Lafaz sakinah bermula Apa rasa Diterjemah hanya Sebak abah tangis ibunda Adalah aku wali puteriku Serah kini amanahku ini padamu Nafkahilah dia curah kasih dan cinta Lebih dari yang ku berikan kepadanya Dulu esakannya sandar di bahuku Tangisannya kini ku serah padamu Bukan bermakna dia bukan milikku Fitrahnya perlukanmu Jadikanlah dia wanita syurga Mengerti benar akan maharnya Taat itu bukan hanya pada nama Indah ia pada maksudnya Ku akur Akan pesanmu Puterimu kini amanahku Iringilah Dengan doamu Bahagia kami dari redhamu


Monday, March 7, 2011

Pernikahan itu.



Bismillah .Alhamdulillah atas kesempatan ruang masa yang ada ini,untuk ku terus membuat posting bg entry dlm laman blog ini.Moga-moga dengannya menjadi perkongsian dan pemahaman bersama berkaitan dengan falsafah ttg '' pernikahan '' . Cetusan berkongsi dan membuat penulisan sebegini pada kali ini..antara objektif utamanya adalah selain mencari titik pemahaman ASAS pernikahan & tuntutan kefahaman kedua-duanya (suami & isteri ) dalam melengkapi asas silaraturahim yang dibina dan mewujudkan nilai '' ketenangan (sakinah,mawaddah & warahmah ) ''. dalam institusi keluarga tersebut ( Surah Al RUM :21).Penulis akui sendiri dalam mengupas persoalan ttg pernikahan yang besar ini.pemahaman kearah ini terutamanya yang bakal diijab-kabulkan & melayari bahtera rumah tangga adalah suatu keutamaan.Maka kenalah merajinkan diri membedah buku2 berkaitan '' rumah tangga (contoh : Aku Terima Nikahnya (saifulislam),Membina rasa Cinta (ustz Pahrol m Juoi dll ),menghadirkan diri di majlis2 ilmu ataupun mengikuti mana2 perbincangan formal tentang institusi kekeluargaan.


i'm Going to Get Marriaged....

Aku Terima Nikahnya.seusai majlis diijab kabulkan,dua insan yang disilaraturahim menjadi suami-isteri,Maka disaat itu jugalah Amanah sebagai si Suami kepada isterinya dan Isteri kepada suaminya (tanggungjawab suami-isteri) sah menjadi perkiraan kedua-duanya.Saling melengkapi & menerima kelebihan dan kekuranagan masing-masing serta melaksanakan peranan setiap individu dalam merealisasikan keluarga yg sakinah.mawadah & rahmat.Kebijaksanaan kedua-dua nya menentukan kejayaan bahtera yang hendak dikemudikan mengharungi pelayaran rumah tangga.Peranan & amanah suami-isteri dalam institusi kekeluargaan adalah cukup besar kerana menjadi asas pembinaan masyarakat yang harmonis@HEBAT.


Menyelesuri Rumah Tangga Baginda

Model kejayaan keluarga Rasulullah sebagai suri tauladan ikutan.Dalam mengemudi bantera lautan yang terbuka luas.keperluan kepada peta arah@GPS pada suatu pelayaran adalah penentu kejayaan misi pelayaran tersebut.Begitulah juga dengan dalam melayari bahtera rumahtangga,keharusan terutamanya si suami menyelusuri sirah rasulullah saw dalam aspek kekeluargaan baginda serta ciri-ciri suami idaman wanita.



Cetusan 1
rismail,paka terengganu
2116 hrs



Ciri-ciri tersebut termasuk:

1- Menyayangi isteri dengan sepenuh hati

Rasulullah s.a.w. menyayangi Khadijah r.a. dengan sepenuh hati kerana isterinya merupakan satu nikmat Allah terbesar yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w. Baginda amat menyayanginya kerana:

◦Khadijah tinggal bersama Baginda selama suku abad dan mereka sama-sama merasai saat-saat suka duka.
◦Dia membantu Baginda ketika suasana yang getir dan sukar.
◦Dia sama-sama membantu Baginda menyebarkan risalah Allah.
◦Dia menyertai Baginda dalam jihad menegak agama Allah.
◦Dia mengorbankan kepentingan diri dan harta bendanya.
◦Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dia, Khadijah beriman denganku ketika orang ramai mengkufuriku, dia mempercayaiku ketika orang ramai mendustakanku, dia berkongsi denganku harta bendanya ketika orang ramai menghalangku.” (Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad 6/118)


2- Tidak berkasar dan berlemah lembut dengan isteri

Berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. bahawa pada suatu hari salah seorang isterinya datang dengan membawa makanan untuk dikirimkan kepada Rasulullah yang sedang berada di rumah Aisyah. Tiba-tiba Aisyah dengan sengajanya menjatuhkan makanan itu sehingga piring tersebut pecah dan makanannya jatuh berderai. Melihat sikap Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. tidak berkasar dengan Aisyah sebaliknya dengan lemah lembutnya Baginda meminta Aisyah menggantikan makanan tersebut

3- Membantu isteri

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Aisyah r.ha. pernah ditanya seorang lelaki yang bernama Aswad tentang apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ketika berada di dalam rumahnya? Maka Aisyah menjawab: “Rasulullah s.a.w. sentiasa membantu ahli keluarganya melakukan kerja rumah. Dan apabila tiba masuk waktu solat, baginda keluar untuk solat.”

Demikianlah beberapa contoh bagaimana Rasulullah s.a.w. menunjukkan akhlak yang sangat mulia. Kepulangan Rasulullah s.a.w. ke rumah bukan sekadar untuk beristirehat dan bermesra dengan ahli keluarganya sahaja. Bahkan, Baginda di rumahnya juga adalah untuk membantu isterinya menguruskan rumah tangga. Inilah yang Baginda lakukan walaupun mempunyai tugas dan tanggungjawab di luar rumah.

Kesimpulannya, kita perlu mencontohi akhlak dan keperibadian Baginda tersebut. Sesibuk-sibuk kita, tidak seperti sibuknya Rasulullah s.a.w. Setinggi-tinggi pangkat kita di tempat kerja, tidaklah setinggi pangkat dan darjat Rasulullah s.a.w. Maka apakah yang menghalang kita daripada membantu meringankan tugas dan urusan isteri kita di rumah?

Betapa besarnya pengorbanan Rasulullah s.a.w. sebagai seorang suami terhadap isterinya. Maka sebagai seorang suami, contohilah sikap Baginda ini ketika bermuamalah bersama isteri. Manakala buat para isteri, ingatkan suami anda tentang ciri-ciri suami idaman. Semoga berbahagia bersama pasangan anda!

Thursday, March 3, 2011

Ya Rasulluh..ku merinduimu.




وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ

"Dan tidaklah kami mengutuskan kamu(Muhammad),melainkan untuk menjadi Rahmat bagi Alam Semesta"
(Surah Al Anbiya':107)


Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW,insan mulia utusan Pencipta alam, membawa masej kesejahteraan & kerahmatan bagi segenap alam ini.


ya Rasulullah..
andainya Dikau bersamaku.
Akan kutatap wajah sepuas-puasku.
moga hilang rindu dalam dadaku..


ya Rasulullah..
andainya dikau bersama diriku,
akan kupeluk erat-erat tubuhmu.
moga bau perjuanganmu melekat
pada diriku..


ya Rasulullah,
seandainya aku di sisimu,
akan kukucup tanganmu..
moga mengalir keberkatan dalam diriku...


Ya Rasulullah..
aku rindukanmu...
aku cintakanmu ya Rasulullah..
tapi aku selalu mendustakannya,,
Aku seringkali meletakkan cintamu
rendah daripada cintaku kepada dunia..


Aku malu padamu ya Rasulullah..
Dikau mencintai aku sebelum aku sendiri lahir ke dunia.


ya Rasulullah..
betapa hina dinanya diri ini..
aku seringkali menyatakan aku cintakan dikau,
tapi sunnahmu,ajaranmu seringku lupakan.


Ya Rasulullah...
sangggupkah kau untuk mengaku aku sebagai
UMMATMU?


ya Ululázm Anbiya'..
dalam sakaratul mautmu,
kau masih lagi ingat pada kami..
"Ummati ummati ummati"
sedangkan kami disini,sering melupakanmu,
bergembira dengan ni'mat dunia yang sementara..
layakkah kami untuk menerima syafaatmu
di akhirat kelak?
ya Rasulullah..
begitu jauhnya jarak kami
dengan martabat keagunganmu.. Ya Rasulullah...

Tuesday, February 22, 2011

TA 2011 is coming....





Ya Allah! Ya Tuhan Kami, pada hari ini,



kami menadah tangan memohon restu perkenan drpdMu. SEMPENA dengan TA 2011,berikanlah kebaikan & permudahkanlah urusan kerja-kerja ini.Ya Allah ! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yg akan kami laksanakan sebagai ibadat kpd Mu jua.Ya Allah ! Ya Rohman ! Ya Rohim ! Engkau satukanlah hati-hati kami,agar kami dpt bekerja dgn jiwa yg bersatu-padu, hormat-menghormati dan saling mempercayai.Ya Allah! Engkau perbaikilah kami di atas urusan agama kami yg menjadi sandaran segala urusan kami, Engkau perbaikilah dunia kami yg mana ianya menjdi tempat penghidupan kami, Engkau perbaiki akhirat kami di mana kami akan dikembalikan.






Turn Around (TA) FY 2011....basically the planning to have the shutdown or Turn around has been make last year ago that is due to get the enough time,safe limit for consideration and feedback from the team and the more importance we can take the lesson learn from the last event in term of the execution of job and manpower planning as per time frame.Other than that we want to consider for any safety issues and elimate from reoccurance for incident and excident that related to safety .when say about the Turnaround,Alhmadulillah, i has been experience and exposure on both field either onshore and offshore, eventhough the milestone and distance between offshore and onshore is quick difference 250km each other....the planning to shutdown the unit still need to communicate both parties.and same time depend on demand and current price.


Shutdown come with Opportunities......


During the TA period, there will be lot of opportunity to learn and in-situ directly experince to have a look in term operational of the equipment and unit operation.that one,for normal operation we don't have the opportunity to seem directly the equipment design especially for the internal operation,


Selamat Ber TA...safety First.


ZETO...

Tuesday, February 8, 2011

Jemputan Ke Majlis Walimah

Assalamualaikum wrt.


Asas penulisan kali ini.


"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah, Allah menciptakan isteri-isteri bagi kamu dari jenis kamu sendiri, agar kamu dapat hidup tenang bersama mereka. Kemudian Allah menciptakan kasih-sayang di antara kamu (antara suami-isteri)"

[Surah Ar-Ruum: 21]


Alhamdulillah & salam khabar buat semua shbt/biah Serasi/IES/SMKLG/SMIP/UMP/UTM space,Pertama kita syukur ke hadrat Allah swt kerna masih lagi diberikan kesempatan & kekuatan untuk meneruskan kehidupan sehingga ke saat ini...Dengan kesempatan drNya juga saya dpt membuat sedikit penulisan pd kali nie sebagai entry pd kali ini.Didoakan semuanya TERUS MAJU dalam kerjaya/tugasan harian plus terus menambah kebaikan diri dan menyebar-luaskan kebaikan pada yang lain.

Warga Serasi/IES/SMKLG/SMIP/UMP/UTM space,

Dengan Lafaz mulia bismillah,saya dengan rendah diri dan penuh keinsafan menjemput semua ke majlis kesyukuran perkahwinan saya & pasangan, yang bakal berlangsung pada 16 Marc 2011 ( Rabu ) disebelah perempuan,dan 19 March 2011 (Sabtu) sebelah lelaki.

semoga dengan kehadiran semua akan memeriahkan lagi majlis ini.Dan doakan semoga ikatan yg bakal dibina ini berkekalan hingga ke syurga dan mendapat keberkatan dariNya.

Kepada rakan2 yang inginkan kad jemputan,blhlah meninggalkan alamat diruang komentar@ chatbox ataupun emailkan ke ries_05@yahoo.com


Ikhlas drpd

Mohamad Ri & Siti Nasrah (Pasangan)















Sunday, January 23, 2011

Kejayaan Tunisia : Kejatuhan Berhala Besar - Syaikh al-Qaradhawi






Antara kata-kata keramat '' Rakyat sebagai hakim, maka rakyat berhak untuk menentukan siapa yang sepatutnya berkhidmat pada rakyat''. Jika kata-kata tersebut difahami dengan sebaiknya dan rakyat berani membuat perubahan,maka pasti dan pasti negara yang tertegak pemerintahannya melalui kuasa rakyat...akan mendapatkan pemimpin@ pemerintah yang berjiwa rakyat. Mungkin ianya tidak semudah ungkapan kata keramat yang digegarkan dan diperkatakan,kerna ianya memerlukan satu pengemblengan tenaga untuk mobilized kearah membuat transformasi minda rakyat '' bahawa rakyat adalah TUAN kepada Negara Mereka ''...Alhamdulillah hari ini saya membedah info sejarah '' Kerajaan Tunisia '' menurut corong2 maya , insyallah moga sama2 kita ambil ikhtibar dr sejarah ini .

Cabaran kearah Kefahaman tentang dakwah, siasah & Politik

Ideologinya : Asas seruan dan ajakan manusia ke arah mengenal TuhanNya adalah DAKWAH.Pengenalan seruan manusia kepada TuhanNya agar manusia hidup bertuhan,bukan bertuhankan dunia,material dan hidup tanpa tujuan semata-mata.
'' Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, Mengerjakan amal yang salih dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri .''
Bila manusia faham asas penciptaannya sebagai hamba adalah bagi tujuan untuk memakmurkan dunia dan adanya hari selepas kehidupan ini@ hari kebangkitan...pasti mereka menjadi HAMBA yang baik. Sebagai hamba kepada tuhan yang menciptakannya yang diamanahkan untuk memakmurkan dunia ini disana ada tuntutan yang perlu dilaksanakan kerna tugas hamba bukan hanya menjadi hamba yang baik sekadar melakukan ibadat,mentaati suruhan-Nya, mejauhi larangan-Nya, mensyukuri nikmat-Nya dan jangan kufur terhadap-Nya.Kewajiban mendirikan khalifah islamiah/ pemerintah islam agar segala hukum syariat islam dapat dilaksanakan secara alamiah.
Kesedaran Siasah@ politik bagi menegakkan pemerintah islamiah bukan suatu kerja yang mudah, apakan lagi mendirikan kannya, di sana pastu ada taghut2,mehnah dan trabulasi di jalanan yang sentiasa mengagalkan usaha tersebut dengan pelbagai cara :
1) '' hedonisme '' ...mereka meracuni rakyat dari mengenal tuhanNya, dengan mempopularkan
dan menaikkan budaya berhibur yang berlebihan serta menghidupkan '' syaitan-syaitan di
dalam kehidupan masyarakat dengan pelbagai program maksiat....
.....''Hedonisme'' ..''minda untuk bersenang2 & berhidup semata-mata tanpa tujuan hidup.
berlawanan dengan kehidupan muslim...mari menjadi HAMBA.
2 ) '' Human Right '' ...." rights and freedoms to which all humans are entitled ''...
.
@ sekatan kebebasan rakyat dari mendapatkan sumber maklumat yang benar dengan ''
media dipenjarakan '' dan hanya satu pihak sahaja dibebaskan untuk membelasah satu
pihak lagi.
@ Kebebasan untuk menyatakan suara hati rakyat....yang berani pasti di ISAkan...dan
paling kurang ditembak dengan peluru getah dan hujan acid.....
@ Sekatan Mahasiswa dengan sistem '' AUKU'' yang menyekat mahasiswa di alam kampus
Kesimpulannya usaha dakwah,siasah & kesedaran politik islam perlu seiring dan sejalan agar tuntutan memakmurkan bumi ini demi tertegaknya daulah islamiah dapat dilaksanakan.
Didikan Rasulullah S.A.W & Motivasi Pejuang Agama.
Maka berpegang teguhlah kamu kepada apa yang telah diwahyukan kepadamu.
'' Sesungguhnya, kamu berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya al Quran itu benar-benar suatu kemuliaan besar bagimu dan bagi kaummu; dan kelak kamu akan ditanya''
( Surah Az Zukhruf : 43-44 )
Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah dari mungkar serta beriman dengan Allah
( Surah Ali Imran: 110 )

Rasulullah menanamkan dalam hati para sahabat bahawa selama mereka yakin dengan kebenaran dan merasa bangga berpegang padanya, maka selama itu pula Allah beserta akan menolong mereka.Sungguh sunnah berjuang tidak dihamparkan dengan permaidani merah jalannya,kerna piala yang kita akan dapat adalah piala akhirat dan kemanisan syurgawi..hanya meraka yang yakin & tetap istiqamah pada jalannya sahaja pasti menjadi tetamu-Nya
Ya Allah tetapkan aku pada JalanMU dan biarkan aku menjadi mata rantai risalah NabiMu
Rismail
Terengganu
23 Jan 2011
Sejarah Kebangkitan Rakyat Tunisia...
.:. Kerajaan Tunisia .:.


Tunisia ialah sebuah negara yang terletak di pantai Mediterranen di Afrika Utara. Ia adalah negara Afrika yang terkecil yang terletak di Banjaran Atlas. Lebih 40% daripada negara ini terdiri daripada Gurun Sahara.


Bagimana Kemarahan rakyat Tunisia boleh tercetus ?


@ Bermula 17hb Disember 2010 yang lalu apabila Presiden yang memerintah secara kejam itu telah menutup institusi pengajian tinggi, tindakan ini telah membangkitkan kemarahan pelajar-pelajar.



@ Masalah penggangguran dan masalah ekonomi dengan kenaikan harga barang yang menghimpit seluruh rakyatnya.


@ Penyebab UTAMA berlakunya kemarahan rakyat Tunisia bermula dengan protes nekad seorang pelajar graduan sains perkomputeran, Mohamed Bouazizi yang menjual sayur dan buah-buahan di tepi jalan di Bandar Sidi Bouzid.


@ Kerana menggangur dan kesempitan wang, Bouazizi berniaga di tepi jalan tanpa permit bagi menyara hidup keluarganya. Gerainya disita dan dirobohkan oleh pihak berkuasa Tunisia. Beliau cuba untuk melaporkan kejadian ini, namun tidak diendahkan oleh pihak pemerintah yang kejam ini. Sebagai tanda protes,beliau membakar diri pada 17hb Disember 2010 yang lalu di hadapan bangunan presiden. Beliau meninggal dunia pada 04hb Januari 2011 lalu dan kematian Bouazzizi telah membangkitkan kemarahan rakyat.


@ Di Tunisia dilaporkan lebih 1 juta graduan mengganggur akibat ketiadaan kerja. Kadar penggangguran meningkat melebihi 18%.


@ Masalah ekonomi Tunisa berpunca daripada amalan Presiden Zine El-Abidine Ben Ali yang mengamalkan rasuah. Beliau menyimpan harta perbadi yang dianggarkan bernilai GBP 3.5billion, dan isterinya pula Leila Ben Ali boleh dicop sebagai Imelda Marcos negara Arab yang gemar menghabiskan harta dan wang rakyat bagi memenuhi nafsu serakahnaya

Monday, January 3, 2011

Selamat Tahun Baru 2011



Isnin ,3 Jan 2011.SELAMAT MELANGKAH KE TAHUN 2011, hari ini merupakan hari ke 3 kita melangkah ke masuk ke tahun baru 2011...Alhamdulillah.Kesempatan petang ini saya teruskan penulisan yang tertangguh beberapa jam yang lalu dek oleh mood menulis yang kurang lancar dan keperluan pada sedikit masa untuk revision pada teknikal manual process bagi urusan kerja....Ternyata kerja2 tersebut terpaksa saya tangguhkan lagi kerna memerlukan masa yg banyak untuk saya cernakan processnya..........hahaha mungkin mencari waktu bertenang pada mlm hari kot..



Jadi ruang yg ada ini saya teruskan utk mengisi posting blog ini sebagai catatan diri.Walhal sudah beberapa hari rasa nak menulis sudah ''mari'' ore kata @ilham menulis.Tapi saya tangguhkan juga bagi melunaskan tuntutan yang memerlukan saya hadir pada tempat-tempat tertentu.Sungguh terlalu cepat masa berlalu '' DEMI MASA"





'' Manusia sentiasa dalam kerugian melainkan mereka yang mengerjakan amal solleh dan menyeru pada perkara kebaikan dan kesabaran''... Surah Al' Asr






Kebetulan mode bercuti selama 4H3M di kampung.Seperti biasa niat asal nak bersama Mak-ayah melayan dan menyulam kasih dengan mereka serta beberapa keperluan lain .Al maklum sebagai anak kebetulan sudah hampir 2 bln tidak ''Kelik'' di kampung.Selain itu juga, bertujuan untuk membuat sedikit persiapan untuk majlis walimas beberapa bulan lg...Insyallah akan saya postingkan seketika nanti.





Alhmadulillah......dalam Kesempatan Bercuti..



1 ) Melakukan ziarah saudara mara,mereka yg diuji dengan ujian kesakitan



“Ada lima Hak seorang Islam keatas orang Islam yang lain : menjawab salam, menziarahinya semasa sakit, melawat jenazah, menerima jemputannya, dan mendo’akannya apabila dia bersin”





Walaupun agak racing dalam mode cuti, sempat juga membuat kunjungan ke HUSM, ziarah ustaz Soh,yang sudah 2 minggu diwad di unit kawalan@ ICU.Dan ziarah ke rumah Tok Ayah Dee yang sudah berbulan sakit tua.Syafakallah.Moga Allah mempercepatkan penyembuhan diatas ujian kesakitan yg dialami.





2) Membuat Persiapan Majlis Walimas.





Dalam menghitung hari-hari mendatang....selain membuat persiapan diri tentang ilmu berkaitan rumah tangga.Persiapan material dan majlis kearah itu juga tidak boleh kecilkan.Perlunya kesiap siagaan dan perancangan yang particular supaya majlis yang akan berlangsung berjalan dengan lancar.Alhamdulillah, what can i say that all the preparation still on going.....





Ya Allah Permudahkanlah segala Perancangan kami.Ikatan yang bakal menjadi asbab untuk kami terus menjadi HAMBA yang patuh menitih perintan TuhanNya.










..: TAHUN 2011 Datang TAHUN 2010 Berlalu :.



Seperti biasa...setiap perubahan angka tahun menandakan perubahan masa berlalu yang sifatnya sentiasa menganjak kedepan.Serasi dengan perubahan angka dan waktu yang berlalu sepatutnya kita ( sebut sebagai HAMBA ) perlu diserasikan dengan amal@kerja-kerja yang baik yang kita kerjakan..bersifat bertambah,menaik,bertambah baik.dll dengan maksud ada kualiti yang kita titipkan.JOM Kita bermuhasabah dan tetepakan VISI & MISI tahun baru yang baru menjengah masuk ini,agar ianya dapat bertepatan dengan Konsep S.M.A.R.T G.O.A.L ( posting sblm ini) seterusnya selari dengan nilai2 kebaikan .





Wassalam


Rismail

Terengganu

Friday, December 17, 2010

Teruskan Perjuangan


Gambar Kenangan bersama Prof DR Hashim , Moga2 ilmu yg hadamkan dpt diaplikasikan dan memberi kebaikan dalam tugasan harian.

Insyallah, Ada kesempatan kita bersua kembali DR Hashim.

Kami Doakan kebaikan & kemudahan buat DR dalam kehidupan harian.

Terima kasih Daun keladi lain masa berjumpa lagi


IKhlas

Rismail
Team Hj Nizar@shah
Teruskan perjuangan

Monday, December 13, 2010

Are you Ready for Marriage ?

Salam.Alhamdulillah & Good days

Insyallah, on this entry i will try to written & posting the article that will trigger, who are waiting and planning to get the marriage, eventhough it is not too much detail about the philosphy of marriage (Nikah) in islam but i thought that is enough for pre understanding about concept and purpose of marriage in Islam



In Reality......Are you Ready for Marriage ?



Almost of us either girls & man will be trigger on this statement or will be ask from family for get the marriage (Nikah). Basically, the young people (man@women) around 23 years above and mostly just completed from study and starting to have the their career and job that related to skills they have and learned from kolej and university.So,when the time is come and when the statement of marriage or are you ready to get maariage ? is starting to circulate in mind .......For me, when this subject of feeling of love and the marriage issues is come in mind of thinking.Generally this will be some effect in our life and action in order to figure out this question. Are You Ready for Marriage ? .......

The Action .......

This is should back to the basic to our self.Are you ready to this ?Men's and including girl's .When we come to talking about the readines and preparation on this,our consideration is based on knowlegde and understanding about purpose of marriage (pls scroll down as per attach file about ), readiness of material,wealth and money for be coming day of married and life after marriage, how much commitment will be give inter marriage and after marriage ?..

Al Chukai
Rismail


MARRIAGE IN ISLAM.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Islam is a strong advocate of marriage. There are no religious clerical appointments where one must be celibate like for example a priest or nun. The prophet Muhammad (pbuh) said "There is no celibacy in Islam." The prophet has also said, "Marriage is my tradition whosoever keeps away from it is not from amongst us".

Marriage is a moral safeguard as well as a social building block. Through marriage, families are established and the family is considered to be the fundamental unit of our society. Furthermore, marriage is the only valid or halal way to indulge in intimacy between a man and a woman.

Islam takes a middle of the road position to sexual relations. It neither condemns it like certain religions, nor does it allow it freely. Islam urges us to control and regulate our desires, whatever they may be, so that we remain civilized and equity reigns in society. Marriage also acts as an outlet for physical needs and regulates it as well.

The purpose of Marriage.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

The word "Zawj" is used in the Quran to mean a pair or a mate. In general it's usage refers to marriage. The general purpose of marriage is so that men and women can love one another, provide company to each other, procreate and live in peace and tranquility to the commandments of God.

* Marriage serves as a means to emotional and physical gratification. It is also a form of worship because it is obeying God and His messenger - i.e. Marriage is seen as the only possible way for the sexes to unite under God. One could choose to live in sin but by choosing marriage one is displaying obedience to God.

Marriage is a "Mithaq" - a solemn covenant or agreement. It should not be taken lightly. It should be entered into with total commitment and full knowledge of what it involves. Your partner should be your choice for life. One should be mature enough to understand the demands of marriage so that the union can be a lasting one.

For a marriage to be valid certain conditions must be met:

1) Consent of both parties.
2) "Mahr" - a gift from the groom to the bride.
3) Witnesses.
4) The marriage should be publicized. (It should never be kept secret as this can lead to suspicion and troubles within the community.)

Is Marriage obligatory?

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

According to Imams Abu Hanifah, Ahmad ibn Hanbal and Malik ibn Anas, marriage is recommended, however for certain individuals it becomes Wajib (obligatory). Imam Shaafi'i considered it to be nafl or mubah (preferable). The general opinion is that if a person, male or female fears that if he/she does not marry they will commit Zina (sex outside of marriage), then marriage becomes obligatory. If a person has strong sexual urges then it becomes obligatory for that person to marry. Marriage should not be put off or delayed, especially if one has the means to do so.

A man, however should not marry if he does not possess the means to maintain a wife and future family, if he will not consummate the marriage, if he dislikes children, or if he feels marriage will seriously affect his religious obligation. The general rule is that the Prophet (pbuh) enjoined people to marry. He said "When one marries, they have fulfilled half of their religion , so let them fear God regarding the remaining half." This Hadith is narrated by Anas ibn Malik. Islam greatly encourages marriage because it shields one from wrongful actions and upholds the family unit.

Selection of a partner:

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

The choice of a partner should be the one with the most "Taqwa" (piety). The Prophet recommended suitors see each other before going through with marriage. It is unreasonable for two people to be thrown together and be expected to relate and be intimate when they know nothing of each other. The couple is permitted to look at each other with a critical eye and not a desireful one. This ruling does not contradict the Ayah which says that believing men and women should lower their gaze.

- The couple, however is not permitted to be alone in a closed room or to go out together alone. As the hadith says "When a man and a woman are together alone, there is a third presence i.e. shaitan.

- There is no dating or living in defacto relationships with each other before they commit to each other seriously. There is to be no physical relationship before marriage. The romantic notions that young people often have, have proven in most cases to be unrealistic and harmful to those involved. We only have to look at the alarming divorce rates to understand this point. e.g. the couple know each other for years, are intimate, live together and so on yet somehow this does not guarantee the success of the future marriage. "Romance" often dies out very quickly when we have to deal with the real world. Unrealistic expectations often contributes to problems within relationships. It is better to focus on compatability of the couple and critical evaluation than solely physical attraction.

Consent of parties.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

There is a halal arranged marriage and a haram one. It is OK to arrange marriages by suggestion and recommendation as long as both parties are agreeable. The other arranged marriage is when parents choose the future spouse and the couple concerned are forced or have no choice in the matter.

One of the conditions of a valid marriage is consent of the couple. Marriage by definition is a voluntary union of two people.

The choice of a partner by a Muslim virgin girl is subject to the approval of the father or guardian under Maliki school. This is to safeguard her welfare and interests. The Prophet said "The Widow and the divorced woman shall not be married until she has consented and the virgin shall not be married until her consent is obtained. The Prophet did revoke the marriage of a girl who complained to him that her father had married her against her wishes.

The husband/wife relationship.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

The wife's rights - the husband's obligations.

(1) Maintenance

The husband is responsible for the wife's maintenance. This right is established by authority of the Quran and Sunnah. It is inconsequential whether the wife is a Muslim , non-Muslim, rich, poor, healthy or sick. A component of his role is to bear the financial responsibility of the family in a generous way so that his wife may be assured security.

The wife's maintenance entails her right to lodging, clothing, food and general care, like medication, hospital bills etc. He must provide for her where he resides himself according to his means. The wife's lodging must be adequate so as to ensure her privacy, comfort and independence.

If a wife has been used to a maid or is unable to attend to her household duties, it is the husbands duty to provide her with a maid if he can afford to do so. The Prophet is reported to have said: "The best Muslim is one who is the best husband."

(2) "Mahr"

The wife is entitled to a marriage gift that is her own. This may be prompt or deferred depending on the agreement between the parties. A marriage is not valid without Mahr. It does not have to be money or gold. It can be non-material like teaching her to read the Quran. " Mahr" is a gift from the groom to the bride. This is the Islamic law, unlike some cultures whereby the bride's parents pay the future husband to marry the daughter. This practice degrades women and is contrary to the spirit of Islam. There is no specification in the Qur'an as to what or how much the Mahr has to be. It depends on the parties involved.

(3) Non-material rights.

A husband is commanded by the law of God to treat his wife with equity, respect her feelings and show kindness and consideration, especially if he has another wife. The Prophet's Last Sermon stresses kindness to women.


The wife's obligations - the husband's rights.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

One of the main duties of the wife is to contribute to the success and happiness of the marriage. She should be attentive to the comfort and wellbeing of her husband and vice-versa. The Quranic Ayah which illustrates this point is:

"Our Lord, grant us wives and offspring who will be the coolness of our eyes and guide us to be models for the righteous"

The wife should be trustworthy and honest. She cannot deceive her husband by deliberately avoiding conceiving. She should not have any sexual intimacy with anyone other than her husband. She should not receive or entertain strange males in the house without his knowledge and consent. She should not accept gifts from other men without his approval. This is meant to avoid jealousy, suspicion and gossip. She shouldn't dispose of his belongings without his permission.

A wife should make herself attractive to her husband and be responsive to his advances. The wife should not refuse her husband without reason as this may lead to marital problems and worse still - tempt the man to adultery. The husband, of course, should take into account the wife's health and consideration of circumstances.




Will be continue

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432









:. Gambar Hiasan :.

Salam Maal Hijrah 1432

Dari Epilogrijal..........





Alhamdulillah,Ucapan syukur ke hadrat Allah swt dengan izin kita dapat terus hidup di bumiNya untuk melaksankan tugas sebagai khalifah dan mengimarahkan bumi ini sebaiknya.Hari ini genap setahun masa berlalu, tahun 1431hijrah berlalu pergi dengan muhasabah setakat mana pencapaian yang telah ditetapkan@ setkan ,adakah dibawah atau mengjangkau dari matlamat masing-masing,Tepuk dada tanya diri ...


Tahun 1432H dengan G.O.A.L Baru


Saban tahun kita menyambut ketibaan tahun baru,hari ini kita khususnya seluruh umat islam menyambutnya dengan permulaan tahun baru islam @ awal muharram dengan bacaan doa akhir & awal tahun,membuat majlis doa selamat, menzahirkan ucapan kegembiraan tahun baru kpd sahabat2 terdekat,sms ,facebook ,twitter,posting dihalaman blog peribadi dll.....
Suatu fitrah bagi manuasia yang sentiasa berhajat pada sesuatu, dan ianya bertepatan untuk menjadi muslim yang hari ini qualiti hidupnya lebih baik dari semalam (agar tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya),Maka ini pasti bermula dengan Smart (specific,measured,achievable,reliable n timeable ) G.O.A.L atau matlamat tahun ini diawalnya.Insyallah saya yakin,dengan dengan adanya G.O.A.L @ matlamat yang baik dan memenuhi ciri-ciri smart ditambah usaha dan tawakal sebaik mungkin untuk mencapainya,segala matlamat yg ditetapkan pasti dituai hasilnya dengan nilai emas@goal.

Salam Maal Hijrah 1432
Rismail,Paka Terenganu

Saturday, December 4, 2010

.:.Monsoon Camp 2010 .: '' Teenagers Islamic Adventure Camp ''


27 November 2010, Lagoona Resort, Cherating Pahang DM, Alhamdulillah sebagai melabuhkan tirai sesi 2010, sekali lagi PPDC Chukai Kemaman berjaya menganjurkan program 2H1M Kem Ibadat & motivasi pelajar bertempat di Lagoona Villa Beach Resort, Cherating, Kuantan.

“ Monsoon Camp : Teenagers Islamic Adventure Camp ”

Program pada kali ini agak mudah dan berjalan lancar bermula dari sesi pendaftaran peserta, pengendalian sesi LDK, slot-slot pengisian dan semua pengaturan disiplin peserta sepanjang sesi,ini adalah kerana adanya sumber tenaga@ manpower yang cukup dari facilitator mahasiswa/wi IPTA tempatan yg turut serta memberi sumbangan dari mula sehingga akhir program.Insyallah semua itu ada kredit@ value pada yg menyumbang tenaga,idea ,masa @ wang ringgit bagi menjayakan program seumpana ini terus berjalan.Apetah lagi program pengislahan seperti ini, bertujuan untuk membentuk jati diri remaja muslim sama kini, sebuah program memberi motivasi untuk mencipta kejayaan pada masa hadapan.

Selain adanya slot2 kuliah agama, pengisian motivasi , LDK bersama abe-abe@kakak-kakak fasilitator (baca fasi ),peserta juga didedahkan dengan pelbagai cabaran & rintangan malalui slot ''adventure Challenger'' seperti kembara malam,beredah bakau & denai, berkayak ke lagoo dll..
semua cabaran tersebut bertujuan bg membina muslim yg kuat & berani menempuh cabaran dengan pembinaan fizikal & mental yang sehat dan kuat.

Nabi SAW pernah bersabda

'' Jadilah seorang muslim yang karena sesungguhnya Allah SWT menyukai muslim yang kuat daripada muslim yang lemah ''


Siri Kembara epilog

Wassalam

Thursday, December 2, 2010

.:. Tirai Semester berlabuh .:.









Nota Diri 1 :

Bila ON saja Laptop & tangan mula di papan kekunci ini terasa banyak pulak idea nak ditulis sebagai perkongsian,sampai over flow@ mencurah-curah idea keluar tanpa control,....haaa...bila sebut saja Term, control,behaviour control, back flow and feedback @backforward ..itu semua adalah sebahagian daripada subjek yang telah ku hadam dan ku cernakan pada kelas semester yang lepas......semester yang agak menarik,mencabar dan banyak applikasi boleh diterjemahkan dalam kehidupan dan kerjaya harian.

Pertama aper Yang Menarik & mencabar ?.......

Biasanya benda yang menarik & mencabar ,adalah suatu benda yang value dan membuatkan kita asyik dengan benda baru tersebut selain kita dapat belajar dan hand on terus applikasinya....Kebetulan pada semester yang lepas antara subjek adalah :

1. Process Control Dynamic & Behavior control...
2. Separation Process 1( Distillation, evaporator, extraction..ect....
3. Separation process 11 ( Drying,solid-liquid sepataion ect....
4. Hand On Lab.....

Menariknya lagi, selain belajar teori & amali di kelas dari Dr prof..(Dengan izin perkongsian: Dr Hashimi, Dr Saharudin & Dr Ghazali @ dekan FKKSA ) yang mana routine class dr 8.00-10.00 mlm....pembelajaran ku juga berjalan dan diapplikasikan di tempat kerja,yang mana ..most of the equipment & process control has been there and norm to production operation...basically i just learned directly from the field other than theory @ technical manual from classes...i thought that is the credit for me from this semester.

Mencabar & menarik ?..

Sebenarnya,...setiap semester ada yang menarik dan mencabar,cuma semester ini ada sedikit transformasi, biasalah gomen @kerajaan pun ada transformasi dari ekonomi,kabinet dll...yang tranformasi yang ku maksudkan adalah transformasi department,bermula pada pertengahan tahun baru-baru ini,aku telah dipromotekan ke department baru...EOG (Ethylene Glycol depart)...jadi perlulah belajar & menyesuaikan diri di tempat baru.,...sambil buka buku subject tersebut..sambil2 tu jugaklah buka technikal manual plant prosess...




Alhamdulillah, sebenarnya banyak yang nak dikongsi untuk paparan kali ini.Insyallah saya cuba ruangkan sedikit masa lagi pada Nota diri II nanti..

wassalam.
rismail

Paka @Al chukai Terengganu

Monday, November 22, 2010

Al Fatihah buat Allahyarham M Sobri Husain Kenalan Di UMP


Assamualaikum wth

Allahuakbar 3X...walillahilHamd

AL Fatihah,



Dalam SUA GEMA Takbir Aidiladha yang masuk hari ke 2 hari ini dan dalam keriahan menyambut perayaan aidiladha dengan aktiviti ibadah korban@ sembelihan binatang ternakan yang terus berlangsung...Satu SMS masuk ke inbok h/p ku mengatakan bhw sdr M Sobri B Husin telah kembali Ke rahmatullah,Kenalan di UMP sesi 2005/06.Walaupun usia perkenalan kami agak singkat dan seingatku medan perkenalan kami bermula di Masjid Besi UMP,tempat kami berta'aruf,bertanya khabar,berkongsi penah dan lelah seusai kelas pengajian...SUNGGUH,terasa senang bila bersama dengan Arwah yang bersifat suka berkongsi dan pendengar yg baik.Pemergiannya amat dirasai buat kenalan di UMP Gambang dan jugak di UTM Skudai (Pelajar2 Master UTM , Fakulti Mekanikal & Pembuatan )......

'' Moga rohmu di tempatkan bersama dengan mereka yang soleh ''..

Wednesday, November 3, 2010

Mengapa Takaful Ikhlas lain dari yang lain ??





Ramai di antara kita sering tertanya-tanya apakah kelebihan Takaful Ikhlas berbanding dengan insurans islam yang lain seperti Etiqa, Takaful Malaysia atau PruBsn Takaful?

Setiap insurans yang ada di dalam negara kita Malaysia ini mempunyai kelebihan masing-masing. Ia diibaratkan seperti saling melengkapi antara satu sama lain.

Antara kelebihan yang terdapat di dalam Pelan Insurance Takaful Ikhlas ialah...Takaful Ikhlas mempunyai satu borang yang di panggil borang Hibah.

Kita biasa dengar Borang Penama ialah borang untuk nama pewaris kita sekiranya berlaku sebarang musibah ke atas kita. di sini pengguna perlu tahu apakah sebenarnya fungsi Borang Penama dan Borang Hibah

Borang Penama : setiap nama yang diletakkan di dalam Borang Penama ialah orang yang layak menuntut wang pampasan, TETAPI bukan orang yang layak menerima wang pampasan. Wang pampasan masih lagi tertakluk di bawah Hukum Faraid.

Borang Hibah : setiap nama di dalam borang ini adalah waris yang layak menerima wang pampasan tersebut. dan Borang Hibah juga mengecualikan wang pampasan daripada Hukum Faraid.

Maksud yang lebih jelas ialah borang hibah memudahkan proses tunttan dimana wang pampasan akan di bayar 100% terus kepada waris2 yang tercatat nama nya di dalam borang hibah tersebut. Tidak mengira nama waris tersebut terlibat dalam Hukum Faraid atau tidak.

Manakala borang penama ialah borang yang akan di uruskan oleh amanah raya untuk membuat proses tuntutan. Setiap nama yang tercatat di dalam borang penama tidak semestinya layak menerime wang pampasan kerana pembahagian wang pampasan mengikut hukum faraaid..

Borang Hibah ini memudahkan proses tuntutan dan hanya mengambil masa 14 hari dari tuntutan dibuat kerana tidak perlu melalui amanah raya yang kadang kala megambil masa berbulan-bulan sebelum sesuatu pembayaran tuntutan itu dibuat.


trivia : Sebab tu Takaful IKHLAS bahagian Death Claim adalah yang terbaik di Malaysia, paling cepat dalam tempoh 14 hari dan tidak pernah miss lagik kerana adanya borang Hibah :)



Read More...